On our way back to KL, kami singgah dulu di Suria Beach Resort, Cherating.
Saje suka2 nak makan angin + relaks + irfan nak mandi swimming pool. Satu malam jer. Irfan punyalah suka dari mula2 sampai ceria jer. Nampak jer swimming pool lagilah dia suka. Tak henti2 ngajak ayah gi mandi, tapi ayah kata tunggu lepas asar. Lagi pun cuaca ada sikit hujan. So tunggu hujan berhenti lagi, jam 6.00pm baru kami turun kolam. Sebelum turun kolam, kami belasah keropok lekor yang kami kat Dungun masa on the way tadi. Marvelous!
Tengok ayah & bonda solat, ifran pun nak solat jugak. Alhamdulillah… siap selawat lagi bila dia dah habis solat.
Splashing time!!! Tengoklah aksi al-irfan nih…
Dah puas berendam kat swimming pool, kami lepak kat bilik sementara menantikan dinner time. Apalagi… shoot aje lah!
Dah puas bergambar & solat maghrib / isyak kat bilik, it’s time for dinner. Nak keluar pun takde mood pasal tak familiar sangat mana tempat makan yang ok kat area cherating ni, so kami ambil keputusan untuk makan di resort coffee house sahaja. Official name dia “Bunga Padi Coffee House”. Letaknya kat ground floor bersebelahan dengan swimming pool. Irfan pulak menangis-nangis nak makan airkrim bila terpandang peti ais krim kat kedai resort ni. Masalahnya kedai tu dah tutup, peti air krim tu pulak terkunci. Kalau tak, nak juga ambil ais krim tu, lepas tu esok bagitau & bayar. Pujuk punya pujuk nasib baik dia ok. Good boy!
Buffet for dinner RM20 per head. Mak aihhh… mahalnya takat nak makan nasi & pilihan lauk yang tidak seberapa banyaknya. Kami order ala-carte aje lah. Budget below RM15 per head. Pun tak banyak choice. Ayah nak order something special. Nama macam menarik: ”Wok-fried Spicy Sambal Noodle”. Tak tahulah apekebanda tu… mesti special nih… Rupanya mee goreng jer! Ek elleh!
Bonda pulak order nasi ayam. Irfan share jer apa yang ayah & bonda makan.
Nampaknya, MAAL HIJRAH kali ni kami sambut di Cherating. Tak kiralah dimana pun, perhaps tahun baru ini akan membawa lebih kejayaan kepada kami sekeluarga, Insya-Allah!
DAY-2
Sebaik sahaja lepas sarapan di coffee house, kami menuju ke pantai untuk bersiar-siar dan melihat pemandangan di sana. Bagi kami yang sudah biasa dengan kehidupan di pantai, pantai Suria Cherating tiada apa yang istimewa padanya. Biasanya sahaja. Nak mandi laut pun tiada selera. Hanya bersiar-siar dan mengambil gambar sahaja.
Sebaik sahaja lepas sarapan di coffee house, kami menuju ke pantai untuk bersiar-siar dan melihat pemandangan di sana. Bagi kami yang sudah biasa dengan kehidupan di pantai, pantai Suria Cherating tiada apa yang istimewa padanya. Biasanya sahaja. Nak mandi laut pun tiada selera. Hanya bersiar-siar dan mengambil gambar sahaja.
2 comments:
Salam :)
Adehh tengok gambar2 di KT ni buat saya rindu pada kunjungan ke sana .. especially nengok gambar khepok lekor (beli kat Losong kedai Kak Yah ke??)
Kuala Terengganu .. sentiasa dekat di hati huhu ...
Wahai izariza... tidak benar kalau saya katakan keropok itu dibeli di KT apatah lagi sekarang ini keropok losong boleh didapati di luar kampung losong.
Post a Comment