Monday, January 18, 2010

THE MANHATTAN FISH MARKET

Journal 'food photography' kali ini membawa kami sekeluarga menghabiskan duit ke restoran makanan laut ala barat. Atau lebih tepat kalau sayakan katakan makanan ala amerika walaupun saya tidak pasti kat amerika ada atau tidak jenis makanan macam ni sebab saya tidak pernah pergi ke amerika syarikat atau amerika latin.

Ekceli memang sejak dulu lagi mengidam nak rasa makan kat tempat ni bila terperasan pulak kehadirannya kat Ampang Park. Tapi untuk keluar pergi Ampang Park waktu tengah hari buta yang terik memancar bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Sampailah suatu ketika apabila si isteri melihat gambar2 restoran ini dalam majalah lalu menyatakan hasratnya bila dia tengok gambar tu "macam best jer makanan kat sini". Tapi tidak perlulah kami ke Ampang Park semata-mata nak menghabiskan duit kat sini. Cukuplah sekadar menziarah ke cawangannya yang terletak di IOI Mall.

Macam biasa, sebelum pergi ke tempat2 yang tak pernah pergi, saya akan survey dulu tempat tu tengok apa ada. Survey bukanlah saya pergi ke tempat tu, lepas tu berbual-bual dengan pelayan atau restaurant manager di situ. Tidak sama sekali kerana itu pastinya menjatuhkan martabat saya yang memang suka makan murtabak. Di zaman teknologi maklumat yang canggih ini, kerja2 survey mensurvey boleh dilakukan dengan hanya bertanya kepada en. google.

Walau pun IOI Mall tu dekat jer ngan rumah, kami tetap melakukan gerak geri menuju ke IOI Mall dalam keadaan yang terhegeh-hegeh. Maklumlah nak siapkan anak lagi, nak siapkan diri sendiri lagi serta nak siap-siapkan apa yang perlu. Dah sampai IOI, bonda nak beli kain lagi, akhirnya 9.30pm baru start masuk restoran. Time tu, ada lar beberapa orang customer tengah menikmati hidangan dengan riang dan gembira, tapi nampak gaya macam dah nak habis makan. Kiranya kami adalah last customer yang memberi keuntungan pada diorang hari tu. Waiter ngan waitress kat situ pon macam tak kisah jer late customer macam kitorang ni. Siap sambut dengan senyuman mesra lagi. Elleh, tak heran. Kita bayar mahal tau nak makan kat sini, layanan mesti mau baek.

Bila dah masuk, cari tempat duduk yang agak tersorok sikit macam penjenayah takut bertembung dengan polis, padahal kami terpaksa juga mencari tempat yang terselindung supaya bonda mudah melakukan aktiviti penyusuan tanpa rasa malu dan segan. Then start baca menu, OMG! nak order hape neh? Semuanya jenis tak pernah makan punya. Nak refer gambar, tak semua menu ada gambar, atau dalam erti kata lain, buku menu itu bukanlah buku menu bergambar yang boleh list down semua menu dengan gambarnya sekali disisi. Cuma apa yang pasti, sesuai dengan namanya, makanan kat sini semuanya ala2 seafood. No meat, no chicken, no lamb. Kalo anda minat seafood macam ikan, udang, sotong, tiram kira ok lah tempat ni.

So toksah pening kepala nak pikir, kita order ikut mana yang ada gambar ajelah.

For starter, kita order FRIED COUNTRY MUSHROOMS.
Macam cendawan celup tepung yang biasa jual kat pasar malam tu, cuma yang ni dia punya tepung tu menggelembung tinggal cendawan cinonet jer kat dalam tu. Digoreng comel2 macam jemput bawang pon ada. Ntah berapa liter minyak diorang guna untuk goreng benda ni, last2 langsung tak habis sebab berminyak sangat.

Kita punya main course, kita order SEAFOOD PLATTER FOR TWO.
Set hidangan ni khas untuk makan berdua-duaan sambil melafazkan kata cinta penuh mesra. Kat dalam dia ada beribu2 biji garlic rice (macam nasi goreng cina), berpuluh2 batang fries, sekeping fish fillet yang boleh tahan jugak besarnya, beberapa gelung sotong goreng celup tepung, beberapa ketul tiram goreng celup tepung, empat ekor udang besar bersalut keju yang dibakar depan mata kami.

Ekceli bukanlah betol2 depan mata sebab kalau kena mata boleh mengakibatkan kecederaan yang parah serta mampu menjadikan anda jutawan segera kerana boleh saman restoran tersebut Dia kasi bakar supaya keju tu mencair dan sebati dengan udang tu, selain memberi perasaan keterujaan kepada pelanggan.

Beginilah rupa mangsa kebakaran pada malam tu.

Untuk Al-Irfan, kami order satu set menu for kids yang diberi nama BIG BOAT.
Mengandungi beberapa ketul fish fillet yang digoreng kecik-kecik macam nugget, sotong goreng celup tepung dengan fries yang berlambak-lambak memang makan tak habis. Mulanya ingat tak cukup kalo seafood platter tu makan 3 orang, sekali bila dah sampai macam banyak sangat lah pulak. Kalo tahu, tak yah order set menu budak2 tu.

Untuk menghilangkan dahaga, kami order segelas besar STRAWBERRY MILK SHAKE.
Cukuplah satu. Nak order banyak2, macam mahal lah pulak air nie. Al-Irfan punya ORANGE JUICE dah siap sedia ada dalam dia punya pakej. Air kosong memang dah ada sebotol kecik kitorang selalu standby bawak pergi mana2.

Demonstrasi cara pemakanan fries yang dah nak sama besar dengan ibu jari dia.

Ayu Qistina pon cool jer. Diam takde buat hal. Cuma dia tak nak baring dalam stroller. Nasib baik kitorang duduk kat seat yang ada macam sofa panjang tu. So kitorang baringkan dia atas sofa. Sambil tunggu makanan sampai, bonda bagi dia susu. Terus dia tertidur. Maka dapatlah kami makan dengan aman dan bahagia. Cuma abangnya saja yang susah sikit nak kontrol. Asik nak main jer. Makannyer sikit ajer. Lepas tu lari2 dalam restoran tu. Nasib baik takde customer lain dah. Tinggal kitorang jer yang makan lewat2 neh.

So bila semua makanan dah sampai kitorang pon makanlah dengan hati riang dan gembira tanpa gangguan dari sape2 lagi sebab semua orang dah balik. Tak pasti pulak restoran tu tutup pukul berapa, diorang yang keje kat situ pun takde warning apa2.

Baru jer nak menjamah fish fillet tu, tiba2 alamak! Apa nie? Fail betol lah makan kat restoran mahal bila ada benda tak best neh. Ada rambut pulak dalam tepung fish nie. Eh, betol ke rambut neh? Pendek jer macam bulu mata pon ada. Tak pon bulu roma kot. Mungkin termasuk masa diorang tengah syok dok menggaul fillet tu dengan tepung. Isk, tak leh jadi nie. Mesti kena komplen! Mana boleh makan kat tempat high class tapi dalam makanan ada rambut!

Panggil dia punya waitress, bagitau dia ini dalam ada rambut. Lepas tu waitress tu bawak pergi jumpa manager dia. Manager datang, cakap sorry lepas tu janji nak ganti yang baru. Kalo ikutkan hati, nak jer aku buat2 naik angin lepas tu blah jer dari situ ala2 taktik makan free. Tapi sebab tengah lapor makanan pon baru jamah sikit jer, kami terima aje lah offer manager tersebut. Lagi pun takat rambut seurat, no big deal! Lainlah kalo ada lipas ke, tikus ke, aku terus saman jer.

Bila dah dapat replacement fish fillet tu, kami pon makan je lah tanpa rasa was-was. Walau pun begitu, kerana terlampau berlemak dan berminyak, kena pulak dengan makanan berkeju tu, terasa cepat muak pulak.

Sedar tak sedar, kitorang stay kat situ sampai pukul 11.00pm. Pekerja kat situ pun takdelah menghalau, tapi dah start sapu2 lantai ngan susun kerusi meja. Paham2 lah bila nak chow tu.

Kesimpulannya, memandangkan hidangan kat sini majoriti semuanya jenis berminyak yang semestinya mengandungi tahap kolesterol serta lemak yang tinggi, andainya dengan belanja sendiri, tidak mungkin kami ke sini lagi. Kalau orang belanja boleh consider jugak lah, sekurang-kurangnya untuk tidak menghampakan perasaan orang yang nak belanja tu :-)

Monday, January 04, 2010

NIKAH @ PUTRA

Fahmi Mokhtar is my cousin. Biologically, his father and mine are siblings. In fact he is the second eldest in the cousin generation of che moh & che hussein family. First ranking of course my self lah.

He used to be my 'pengapit' during my wedding ceremony (err... anybody knows 'pengapit' in english?).

And I am just one year older than him (but look younger than him)

Maka sepertimana yang telah tersurat dan tersirat, pada 25 Disember 2009 baru-baru ni, menikah lah sepupu aku yang sorang ni.

Nikah kat Masjid Putra, Putrajaya.


Nikah jer dulu. Kenduri & sandingnya bulan dua nanti.
Tak tahu lah apa strategi mamat nie. Biasa time kenduri tu buat nikah, atau time nikah tu buat kenduri (ehh.. same lah tu). Strategi bunting pelamin gamaknyer.

Since ini kali pertama saya membuat liputan secara langsung majlis pernikahan di masjid yang sangat moden dan terkenal macam masjid putra nie, terasa lah dia punya suasana tu ada lain macam sikit.

Antara yang menarik perhatian saya adalah penggunaan label pada setiap entiti penting dalam majlis pernikahan ini seperti imam, saksi, pengantin dan wali, which is yang saya rasakan bagus, sekurang-kurangnya dapat dijadikan rujukan kepada pengantin lelaki sekiranya ditanya oleh imam tentang hal2 yang berkenaan dengan rukun nikah.

Agaknyer kalu takde label2 ni semua, tak kenal mana satu tok imam, wali, saksi, pengantin.

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya adalah karekter imam itu sendiri. Saya tidak pasti imam tersebut merupakan imam besar atau imam kecik, namun beliau sangat pandai berjenaka di saat-saat beliau memerlukan maklumat berkaitan sebelum pernikahan dilaksanakan. Rasanya hampir 30 minit juga beliau bersembang dan berbual, terutama dengan pengantin lelaki dan wali pengantin perempuan. Dan yang paling menarik, beliau mampu bertutur dalam loghat utara dan Terengganu dengan begitu baik sekali. Rasa senang di kedua-dua belah keluarga pengantin.

Lu lambat lah bro... gua anak dah 2 nie... hehehehehe...

RIDE WITH MODENAS

Tahun baru... azam baru... motor pon baru...

Penantian selama beberapa minggu menunggu kehadiran jentera baru dari Terengganu akhirnya menjelma. Memperkenalkan Modenas GT128 baru!

Motosikal yang diorder dari Dungun telah pun selamat sampai melalui perkhidmatan kurier SkyNet, tapi sampai kat ofis dia je lah kat Puchong. Kalau hantar rumah, kena charge lagi RM20. Nasib baik tak jauh, kat area Tesco Puchong jer. Sambil exercise jalan kaki, pergi ambik motor.

Segala urusan jual beli dan pendaftaran diuruskan oleh ayahanda di kampung. Saya kasi duit saje. Berapa mau, kasi saje... janji dapat apa yang diinginkan.

Perghhh... bukan main jauh lagi beli motor? Macam lah kat KL / Selangor ni takde kedai motor yang jual GT128.

Ya benar... kat KL / Selangor ni memang berlambak kedai motor. Bukak pintu rumah jer nampak kedai motor. Jalan sikit jumpa kedai motor. Pergi Sentul, berderet2 kedai motor, sebelah menyebelah jer. Wah, sampai begitu sekali banyaknyer?

Banyak memang banyak. Tapi dalam banyak2 kedai motor tu, takde satu pun yang mampu mengeluarkan motor ber'plet'kan Terengganu. Wah, nak Terengganu jugak tu. Biasalah... siapa lagi yang nak melariskan jualan motor dan menggerakkan nombor pendaftaran kenderaan Terengganu kalau bukan rakyat Terengganu sendiri.

Sebenarnya boleh beli motor kat KL / Selangor, lepas tu register nombor pendaftaran Terengganu. Tapi masalahnya, owner kena pergi register sendiri. Satu hal lah pulak nak pergi ke JPJ Terengganu semata-mata nak register nombor. Lagi pun masa nak bid hari tu, TAX belum keluar lagi dan tak tahu bila keluar dan bila boleh start bid. Nak senang, mintak tolong ayahanda dan orang kedai sana uruskan semua. Settle!

Anyway, the reason why I am choosing Terengganu registration number for this machine is because I am looking for a uniqueness and differenciancy.

Unik tu maknanya sesuatu yang berbeza, tak sama dengan orang lain.

Atau dalam erti kata lain, dalam satu bangunan pejabat ni, siapa yang pakai motorsikal plet Terengganu?

Another reason why I am choosing Terengganu registration number is currently the number starts with TAX. Rasa macam berkenan pulak bila tengok TAX. Nak menyebutnya pun senang, dan boleh mengingatkan orang lain yang tengok tentang kewajipan mereka membayar cukai. Tengah2 menyelit time traffic jem tu, tetiba orang terpandang "eh... TAX lar" lantas mengingatkan mereka "eh, aku ni dah bayar cukai ke belum?"

Wah, dah macam duta LHDN lah pulok!

Dah alang2 bersusah payah register kat Terengganu tu, pilihlah nombor yang cantik sikit. Bayar Rm310, dapat nombor 3 digit. Mula2 nak ambik yang dua digit punya terasa tak berbaloi lah pulok. Mahal sangat. Dengan kemampuan yang ada, dapat lah yang 3 digit punya. Mengikut laporan akhbar, ada orang sanggup bayar RM165,000 untuk nombor pendaftaran TAX 1. Perghhh giler... second highest in the country after TAN 1 (RM200,090).

Kenapa Modenas GT128? Kenapa tak ambik Yamaha LC135ke, Lagenda 110 ke, Wave 125 ke?

First thing, saya akan tetap pilih kapcai. Skuter type memang tolak tepi lah. Tak minat dan tak biasa bawak.

Second thing, setelah melakukan sedikit kajian dan penyelidikan, saya dapati Modenas GT128 adalah motosikal yang paling advance dengan harga yang paling murah. Orang kampung saya kata "value for money". Semestinya terdapat sedikit kekurangan di sana sini, tapi dengan harga dalam lingkungan RM5300, mana nak dapat motosikal dengan spesifikasi sebegitu rupa. Yamaha LC135 memang cun, memang menarik, tapi harga dah dekat nak cecah Rm7000.

Dengan harga RM5300;
1) Saya mendapat sebuah kapcai dengan kapasiti enjin sebanyak 130cc, hanya kurang 5cc sahaja berbanding LC135.
2) Boleh mencapai kelajuan melebihi 110 km/h dengan stabil disebabkan kerangka dan bodynya yang agak besar.
3) Disk brake depan belakang (LC135 pun disk brake berada di depan sahaja taw!).
4) Panel meter yang menarik, lengkap dengan RPM meter dan digital tachometer yang boleh diset kepada multiple mode.
5) Lampu depan yang besar dan sangat terang di waktu malam.
6) Ada teknologi TPS. Amende tu? Throttle Positioning Sensor yang melaraskan penggunaan minyak pada kadar yang menjimatkan di samping pecutan lebih lancar. Lebih kurang macam YPVS (Yahama Power Valve System) kot. Kalo kereta tu, lebih kurang macam Toyota VVTi, Honda V-Tech atau pun Perodua DVVT kot?
7) Rim sukan OEM kilang punya. Tak yah tukar kat kedai aksesori unless kalo memang tak suka nak tukar jenis lain jugak.

Maka kerana itulah, saya memilih Modenas GT128. Saya mesti pilih!

Tapi jaga-jaga. Price tag for a kapcai might be varied depends on the shop. Semacam takde harga standard. Ikut suka dia jer nak letak harga berapa. Berikut adalah pengalaman saya semasa survey harga Modenas GT128 - harga on the road:

1) Master Bikers Puchong: RM5,745.83
2) Kok Motor Jalan Tun Razak: RM5,561.45
3) NKS Sport Bikers Jalan Sentul: RM5,417.90
4) KP Siah Motor Puchong: RM5,320.00
5) Soon Huat Seng Brothers Dungun: RM5,300 (ikut dalam quotation RM5,476.80, tapi ayahanda edjas guanne ntah boleh dapat RM5,300)
6) Member survey kat Rembau: RM5,200

Cukuplah tu survey enam kedai jer. Nak masuk semua kedai kat KL /Selangor ni rasa macam takde kudrat lah pulok. Tapi saya percaya, harganya dalam lingkungan itu juga.

Kelemahan GT128 ni pulok (compare dengan Wave 100R lar, motor lain wa tak tau):
1) Ruang barang bawah seat tersangat lah kecik. Kalo Wave 100R selamba jer boleh masuk sepasang baju hujan ngan kasut getah, GT128 nampak macam tak boleh jer. Baju hujan maybe boleh lepas lah kalo lipat elok2. Kasut getah memang tak muat.

2) Ruang raga yang agak sempit. Tak banyak barang boleh masuk.

2) Additional money for routine service. Sebab kalau Modenas punya brand, dia ada pakai itu oil filter. Sebelum ni guna motor memang tak pernah pakai pon oil filter. So, lepas ni kena top-up sikit lah bajet untuk servis. Tapi as long as it is a kapcai, consider masih murah lagi.

Next plan lepas ni, nak pasang Givi box supaya mudah untuk membawa barang-barang.

Lepas tu tiap2 pagi nak kena bangun awal, gerak gi keje pun awal sebab motor masih dalam pantang. Kena bawak pelan2 tak boleh full throttle lagi. Adoiii... jenuh lar nak layan hiway bawak dalam 60 - 70 km/h jer.