Monday, October 06, 2008

AIDILFITRI 1429H

Macam tahun-tahun sudah, Syawal disambut sederhana tetapi penuh kesyukuran di kampung ayahanda di Terengganu Darul Iman. Tiada apa yang menarik untuk diberitakan. Segalanya berjalan lancar mengikut rutin raya di kampung. Dentuman mercun saling bersahutan diselangi laungan takbir menandakan kemeriahan berhari raya di kampung halaman. Ketupat daun palas dicicah bersama rendang, nasi dagang, sate serta nasi himpit antara menu tempatan yang paling popular. Seperkara yang saya perasan, trend menyajikan air berkarbonat pelbagai perisa sebagai hidangan utama untuk tetamu. Rasanya hampir keseluruhan rumah yang dilawati semuanya menyajikan air berkarbonat, hinggakan bimbang kesihatan tak terjaga, air kosong sahaja yang kami minta. Kami berada di kampung sehingga raya ke-4 bagi meraikan majlis pertunangan Mok Cik Ja yang menerima lamaran pemuda yang berasal dari Kajang. Kira raya ni semua ok lah!
aktiviti santai petang raya; yahooooo!!! main air
tahun ni semua balik beraya
tak sabar nak gi beraya...

masjid terapung kuala ibai; raya ke-2 masa gi jalan ke KT
syoknyerrrr rayeeeee!!!