Wednesday, December 30, 2009

SOLD

Petang semalam publish kat mudah.my.
Memang bagus, mudah dan berkesan (kalau kena gaya penyampaian).

Balik keje, tengok talipong dah ada missed call ngan sms sudah masuk tanya pasal motor.

Malam tu pulak, start dari lepas azan isyak, sampai lah ke pukul 12.30am time terbaring dalam gelap layan mata nak tidor, bertalu-talu sms ngan call masuk. Semuanya pasal motor.

Rule number 1: terima je semua offer. Diorang ni belum tentu jadi mau angkat ini motor. Karang lepas tengok, belek sana belek sini ada pulak tak jadi. Kok customer lain melepas! Barangsiapa yang sanggup dengan harga dan produk yang ditawarkan, dialah juara!

Tak sangka ramai peminat Honda Wave 100R ku.

Hari ni, start dari pukul 9 pagi dah mula call masuk tanya pasal motor lagi dan lagi. First caller hari ini datangnya dari Ampang. Dia kata berminat dan sanggup datang opis nak tengok motor. Tak sampai setengah jam dia sampai. Lepas tengok lebih kurang, terus deal! Duit & roadtax bertukar tangan. Geran time nak tukar nama nanti baru bagi.

Nampak tak? Kalau ada kesungguhan, tak sampai sejam terus deal.

Walau pun pada mulanya saya dah set dengan orang lain, tapi itulah takdirnya. Saya tengok abang nie menunjukkan kesungguhan yang tinggi, sanggup datang jumpa dan tengok kat opis, lepas tu tak banyak cerewet terima jer motor tu seadanya walaupun ada sikit cacat cela dia tak kesah. "Kalau nak perfect 100%, baik angkut baru jer", beliau berkata.

Mujur juga hari ini saya bawa motor tu ke pejabat. Cadangnya nak show-off pada seorang customer, student UM katanya. So dah set ngan dia lepas keje nak singgah UM kejap. Alih2 bila ada orang lain pulak call, sanggup datang tengok dan terus jadi, tak sampai jugak hajat nak ke UM.

Rule number 2: First come, first serve. Customer lain belum tentu jadi. Lepas tu ada pulak yang nak mintak nego lagi. Tu belom dengar customer cerewet komplen itu ini nak semua perfect macam barang baru keluar kedai. So bila good customer dah ada depan mata, jangan tangguh lagi. Kasi jual saja!

Honda Wave 100R WPJ8650:
August 30, 2006 - December 30, 2009.


SOLD OUT!

Tuesday, December 22, 2009

THANK YOU WAVE 100R

Thank you HONDA WAVE 100R. 3 tahun 4 bulan bersamamu, kini tibalah masa untuk berpisah. Segala duka nestapa yang kita kongsi bersama pasti terpahat dalam kenangan.

Wah, dah macam orang bercinta lah pulak!

Kalau tidak bercinta pun, itu adalah suatu penghargaan kepada motosikal yang telah banyak berjasa, berbakti kepada tuannya tanpa banyak karenah.

Banyak kenangan manis ketika bersama dengan motor ni. Antaranya:

On time: Sejak pakai motor ni, mmg tak pernah lambat sampai ofis.
Eh pernah ke? Rasa macam tak pernah jer. Kalau pernah pun tak ingat dah bila. Tak macam sebelum pakai motor dulu, dari rumah my wiffy akan hantar ke stesen LRT. Terkejar-kejar lah kita ni naik tren dari sri petaling ke masjid jamek, pas tu tukar next tren sampai ampang park. Dengan keadaan tren yang pack macam sardin nak2 time tren tak ikut schedule atau pun tren lambat ada problem. Lalu menyebabkan tekanan jiwa!

Traffic jammed: Trafik jem? Amende tu? Takde masalah pun?
Orang jem bawak kete merangkak-rangkak macam siput, kita selamba jer main celah, cilok sana cilok sini, masuk highway jer, jalan tak busy terus layan full throttle, dalam 30 minit sampai ofis atau rumah. Kalo bawak keta 30 minit tu tak sampai separuh perjalanan lagi agaknyer.

Cuma agak tension sikit lah bila hujan. Eh... tension is not the right word. Ungkapan 'kurang selesa' lebih sesuai rasanya. Lebih2 lagi waktu pagi time nak gi keje. Walau pun baju hujan berkualiti memang tersedia, tapi agak kurang berkenan nak berhenti tepi jalan, tukar kasut, sarung baju, sarung seluar getah lebih2 lagi kalau pagi tu terlambat bangun pulak. Dah lah masa ngam2 jer untuk sampai ofis, nak kena berhenti tukar baju hujan pulak. Oh tidakkk!
Tapi setakat ni, walau pun menghadapi cabaran sebegitu rupa, sempat lagi sampai ofis...

Apahal tercerita pasal kenangan pahit pulak ni. Kenangan manis dulu daaa... Ok, kenangan manis seterusnya...

Mobile: Dengan adanya motosikal ni terasa senang sekali untuk bergerak pergi ke mana-mana yang saya suka. Rasanya motor ni takdelah bergerak jauh mana pun, setakat bergerak dalam area lembah kelang ni jer, mostly untuk pergi balik kerja sahaja. Tapi nak cerita kat sini senang bergerak sebab tak risau mana nak parking, berapa ringgit nak kena bayar parking, parking penuh lah dan segala-galanya yang berkaitan dengan parking. Agak-agak sesuai tu, parking jer. Jadi boleh pergi ke shopping complex, PC Fair KLCC, lepak2 ngan member, jumpa orang tu, orang ni, serta kemana sahaja dengan hati yang gembira, asal sahaja tidak hujan. Kalau hujan, terus balik rumah. Amat tidak bergetah bercampur dengan masyarakat dalam pakaian getah.

Jimat: Motorsikal kapcai 4 lejang benar-benar menjimatkan belanja. Petrol, takat gi balik kerja sebulan dalam RM50 ke RM60 sahaja. Naik tren dulu beli pas bulanan tu saja dah seratus lebih. Penyelenggaraan, tukar minyak hitam, tukar plug, sekali tukar dalam RM20 lebih jer. Sebab rasa murah sangat kan, serta bagi mengekalkan prestasi maksimum sepanjang masa, tiap-tiap bulan saya akan menukar minyak hitam dan plug, tanpa mengambil kira jarak perjalanan berapa. Tayar tubeless, tak pernah pancit. Sprocket setahun sekali tukar.

Itu belum cerita pasal roadtax ngan insurans lagi. Lagi jimat sebab lepas 3 tahun pakai, boleh dapat NCB 25%... dapat diskaun lagi.

Itu cerita pasal kenangan manis. Kenangan pahit pun ada jugak. Antara yang best adalah:

Tayar pancit: 2 kali, sebelum bertukar kepada rim sukan dan tayar tubeless. Lepas tukar, terus tak pancit-pancit dah. Pernah sekali pancit kat highway Bukit Jalil dekat area Technology Park Malaysia, tengok-tengok dalam wallet ada seploh ringgit jer. Tanya mamat tukar tukar tayar tu, berapa? Dua puluh dia kata. Alamak guanne neh? Pitih ada seploh riyal jer. Bagitau mamat tu, nak pinjam motor nak gi cucuk duit kat ATM, dengan raga yang sarat dengan tiub dan pam, pegi cucuk duit kat ATM dalam TPM. Tengok2 ATM yang sebijik tu out of service pulak. Hampeh tul... dah ler kes kecemasan ni. Last2 talipon member yang keje dalam TPM tu mintak tolong dia pinjamkan seploh hengget. Huhuhu... nasib baik ada member. Sebab member tu pernah tolong kan, nak sebut sikit lah nama dia Sulaiman Yaakob.

Saman: Polis trafik tak pernah. Saman hape roadblock pun tak pernah kena. Memang suci murni tanpa sebarang dosa motor nih.
Walau bagaimanapun, pernah kantoi ngan DBKL 2 kali sebab salah parking. Mana saya tahu tempat tu motor tak boleh parking. Tengok orang lain pun parking situ jugak. Belakang tengok dalam bakul masing2 dapat surat cinta dari DBKL. In adalah akibat daripada mengamalkan prinsip "agak-agak sesuai tu, parking jer".

Masalah teknikal: Pernah sekali ntah hape penyakit ntah, skru karburator tiba2 jer longgar lalu mengakibatkan kebocoran dan pertumpahan petrol tanpa kawalan di bahagian karburator. Cuak jugak time tu, on the way nak gi Tropicana ada taklimat pasal FMUTM. Dah lah tengah2 highway NPE yang jarang-jarang guna, sah-sah tak tahu stesen minyak kat mana. Terpaksa menggunakan kemahiran mengedjas suis petrol untuk mengawal aliran petrol seminimum yang mungkin. Lepas taklimat tu baru perasan puncanya skru longgar. Kasi ketat sikit setel problem. Cheh, kalau tahu, awal2 lagi saya akan mengetatkan skru tersebut secepat mungkin.

Sekali tu aje lah jadi pun. Lepas tu, tiap kali servis, make sure check skru tu ikat ketat2.

Secara teknikal, motosikal ini masih elok, masih mantap dan masih boleh memberikan perkhidmatan terbaiknya walau dimana anda berada. Namun motosikal ini terpaksa ditamatkan perkhidmatannya memandangkan tuannya ingin menaik taraf dengan beralih ke jentera baru yang lebih bertenaga, pantas, serta menyahut seruan kerajaan untuk menyokong dan menggunakan produk tempatan lah konon. Wah, tiba2 je rasa macam patriotik pulok kan!

Tak tahu lah kemana arah motor ni lepas ini. Terpaksa mencari tuan baru barangkali, belum dapat dipastikan lagi. Ye lah, nak simpan sampai dua bijik motor pon nak buat hape. Baik jual jer. Sape berminat nak beli?

Friday, December 11, 2009

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Ada orang yang solat, tapi masih belum terkesan pada jiwanya, masih lagi melakukan maksiat, masih lagi melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kerana apa? Kerana mereka tidak mengerti apa yang diucapkan di dalam solat. Mereka tidak faham apa yang dilafazkan, ibarat burung kaka tua, mereka hanya menghafal apa yang telah diajarkan kepada mereka.

Kita orang melayu, orang malaysia. Sewajarnya kita memahami setiap patah perkataan yang dilafazkan ketika solat dalam bahasa ibunda kita sendiri supaya kita lebih khusyuk dan tahu apa yang sedang kita lafazkan. Kalau kita orang cina, fahamilah maksudnya dalam bahasa mandarin atau kantonis, kalau kita orang india, fahamilah maksudnya dalam bahasa tamil. Tidak kiralah kita ini orang apa... orang putih, orang hitam, orang kuning, orang cekelat, orang iban, orang penan, orang kadazan, orang dusun... memahami bacaan solat dalam bahasa ibunda masing2 mampu menjadikan solat lebih dekat di hati.

Kita mulakan dengan ALLAH MAHA BESAR

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Iktidal:
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Duduk antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Tahiyyat-awwal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Tahiyyat-akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut:
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.