Wednesday, December 31, 2008

TELUK BIDARA

Kat Dungun ni ada satu pantai berteluk. Namanya Teluk Bidara. Letaknya tidaklah jauh dari Tanjung Jara Beach Resort.
Pemandangan muara Sungai Dungun shoot dari jambatan baru ke Kampung Seberang Pintasan ketika dalam perjalanan ke Teluk Bidara.
Bot nelayan berlabuh di Jeti LKIM muara Sungai Dungun.
Kat pantai ni takde benda pun sebenarnya… pantai dan kampung2 sahaja. Mungkin sebab kedudukannya agak jauh dari Bandar Dungun, maka masyarakat kurang memberi tumpuan ke sini. Maka pantai ini lebih natural, lebih rileks dan lebih klasik tanpa unsur pemodenan yang ketara.
Pantai yang indah menjadi pilihan pengantin baru merakamkan saat indah sesi fotografi outdoor.
Nak bersiar-siar bersama keluarga, teman2 atau pun dating, boleh aje di sini.
Ombak menghempas pantai di hujung teluk. Kat atas bukit tu ada rumah api.
Disember… musim tengkujuh di Pantai Timur. Ombak Laut China Selatan rakus menghempas pantai.

1 comment:

SYCLONE said...

Jangan sebut2 dating, karang menggalakkan maksiat.

Hahaha...