Wednesday, December 31, 2008

END OF 2008

We are at the end of 2008.

Sejak diwujudkan pada 06.06.06, dengan menggunakan URL http://al-irfan.blogspot.com, blog ini telah melalui pelbagai kisah suka duka penulis yang sudi berkongsi pengalaman dengan pembaca yang budiman. Walau pun penulis tidak terlalu kerap mengemaskini blog ini pada kadar yang segera, namun penulis tetap aktif dan sentiasa memantau aktiviti blog sahabat-sahabat yang lain.

Bersempena dengan kedatangan 2009, dengan semangat dan azam yang unggul, penulis mengambil keputusan untuk memberi sentuhan terbaru pada blog ini. Dari sebuah blog yang bersifat kekeluargaan yang lebih menjurus kepada kisah perjalanan hidup seorang anak, pada hari-hari yang mendatang penulis cuba untuk menambah nilai pada blog ini dengan membuka ruang yang lebih luas terhadap tema jurnal berfoto (photo journalism).

Bagi menyesuaikan nama dengan subjek yang diketengahkan, penulis telah menukar URL blog ini kepada http://nukilancahaya.blogspot.com dengan tajuk blog; SHOOT AJE LAH, yang merujuk kepada penulis bakal menyajikan cerita bergambar yang dapat memberikan impak yang lebih berkesan kepada pembaca.

Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat darinya.

Terima kasih.

No comments: