Friday, August 07, 2009

SEARCH DI AWAN BIRU

Dah lama tak tengok konsert rock! Maksud saya konsert yang betol2 rock di tempat terbuka dengan kehadiran puluhan ribu penonton yang sama-sama layan head-banging. Kali terakhir saya menonton konsert yang seumpama ini adalah pada tahun 1997, iaitu konsert Def Leppard di Stadium Negara. Kemudiannya, semasa di universiti saya terjebak dengan dunia muzik "underground" serta seringkali mengikuti gigs yang biasanya diadakan di kelab dan pub sekitar Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya, kali terakhir saya menonton persembahan rock adalah sewaktu mini-concert Wings di Orange Club, KL pada tahun 2006.

Kini saya kembali ke gelanggang rock!

Celcom membawakan kepada anda "Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru". Kenapa di awan biru? Memandangkan tiada siapa yang sudi menjawab persoalan ini, maka saya membuat kesimpulan sendiri; kerana lagu Fantasia Bulan Madu ada lirik yang berbunyi "...bulan madu di awan biru". Mungkin ideanya timbul dari situ, barangkali.

Melihat kepada poster, flyer serta promosi yang dijalankan oleh pihak penganjur menyatakan bahawa konsert berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Namun saya tidak pasti apa masalahnya sehingga konsert terpaksa diadakan di Bukit Kiara Equestrian Club. Maka persembahan yang sepatutnya berlangsung di tengah padang bola sepak terpaksa diadakan di tengah padang lumba kuda. Tak kisah lah tu, sambil-sambil layan konsert boleh tengok kuda.

Saya dikira cukup bertuah kerana dapat berdiri di barisan hadapan setelah mendapat hak eksklusif memasuki "Celcom Blue Zone Area" gara-gara gambar saya beraksi dengan imej rock dalam peraduan MMS Celcom Rockstar berjaya memenangi pas eksklusif untuk menonton persembahan Search pada malam itu, wlau pun hakikatnya malam itu saya masuk menggunakan tiket berharga RM88.00 yang telah dibeli oleh seorang teman. Orang dah beli, nak belanja, nak tak nak terpaksa guna saja. Complimentary ticket yang Celcom bagi tu, terbuang macam tu je. Nak bagi orang tak sempat sebab Celcom bagitau dapat free ticket pun dah last minit.

Ok jom kita layan....

Sepatutnya jam 8.45pm Search muncul buat persembahan. Tunggu punya tunggu tak muncul-muncul jugak. Orang dah ramai nie... berasak-asak, bertolak-tolak tak sabar nak tengok Search beraksi. Tunggu punya tunggu adoiii... mana Search ni. Ini yang saya tak suka bila tengok konsert ni... bukan takat konsert la... aktiviti sukan ke, majlis pelancaran ke, majlis rasmi ke bila orang yang diharapkan datang mengikut jadual tak nampak on time. Kita yang rakyat marhain ni dah tunggu lama... boleh pulak VIP ni tak ikut time. Macam ni ke kepimpinan melalui teladan?

Tunggu punya tunggu akhirnya jam 9.45pm baru nampak kelibat amy, yazid, nasir, hillary & din. Cheisss! Sejam punya tunggu tu! Amy buat pengumuman dia mintak maaf sebab lambat. Kereta tak boleh masuk sebab kat luar jammed teruk. Belakang terpaksalah event organizer gi ambik diorang dengan motor kat highway luar sana. Dalam hati aku kata, "dah tahu nak buat konsert, orang mesti ramai, kereta mesti banyak, jalan mesti jammed. Datang lah awal, jaga hati peminat. Lu orang bukan baru setahun dua buat konsert. 27 tahun dah!"

The show must go on. Rockers-rockers sekeliling aku ni dah macam histeria dah bila Search start main lagu pertama. Ada yang terkinja-kinja melompat, layan head-banging, bukak baju, terjerit-jerit sambil sama-sama nyanyi dengan amy. Keadaan jadi macam huru-hara. Manusia berhimpit-himpit, bertolak-tolak. Sape tak tahan memang buleh pengsan. Nasib baik lar fizikal aku ni tinggi sikit dari orang-orang sekeliling. Jengket kaki sikit, dapat oksigen tambahan.

Nak kata aku minat sangat kat Search tak jugak. Ekceli aku lagi minat Wings dari Search, tapi Search pun aku layan jugaklah. Janji rock! Jadi, bila Search bawak lagu yang tak berapa familiar pada pendengaran aku, especially lagu-lagu dari album terbaru era millenium dia tu, aku tak gheti nak layan camane. Tapi bila main lagu-lagu rock klasik diorang, memang aku layan habis lar. Tetiba je malam tu aku rasa macam sangat muda belia serta bertenaga! Terkinja-kinja macam kera sambil nyanyi lagu2 diorang yang aku tahu.

Gitaris Search malam tu semua turun. By default, Hillary & Din. Alih-alih bila tiba time lagu Isabella onwards, Kid join sekali. Hebat betul diorang menggoreng gitar sampai hangit!

Selain dari kelewatan masa, aku tak puas hati jugak dengan sound sistem malam tu. Hancur lebur! Bila time lagu rancak, vokal amy dengan solo hillary tenggelam langsung. Memang aku tak dengar. Mula-mula aku ingat pasal aku duduk depan sangat kot, dekat ngan speaker pulak tu, itu pasal sound tak berapa nak clear. Tapi bila aku tanya member kat belakang, diorang pun komplen sound sistem memang teruk.

Lagi satu, ada satu part tu, boleh black out pulak dalam 5 minit gitu. Nampak macam sekejap 5 minit jer, tapi dalam keadaan huru-hara macam tu, 5 minit adalah satu tempoh yang lama. Time black out tu takdelah gelap gelita semua benda. Stage je yang gelap dengan sound semua tak bunyi. Gilo! Konsert besor yang dah menjelajah ke seluruh negara buleh jadi cam tu lagi.

Pasal lambat mula, lambat lah habis, kan! Aku yang lebih 3 jam berdiri sambil terkinja-kinja dah rasa cam nak patah pinggang dah. Tekak pun kering tak masuk air sebab tak boleh bawak masuk botol air, tapi aku tengok ramai je lepas bawak masuk botol air? Baju habis basah lenjun dengan peluh, lebih dari gi bersenam lagi.

Akhinya jam 12.45 camtu show pun habis. Itu pun ada lagi fan yang terjerit-jerit nak lagi. Aku dah tak tahan dah. Dalam kepala otak pikir nak keluar je dari kelompok orang ramai tu, pas tu dapat duduk ke, baring ke, pas tu minum 100 plus! Perut pun boleh tahan jugak lapor nih!

Keluar je, aku terus cari air ngan beli burger, dan makan dengan lahapnya. Lepak kejap ngan member-member, lepas tu chow. Sampai rumah 2.00am. Esok 6.30am nak bangun awal kena pergi opis. Letihnyaaaaa huhuhuhuhuhu!

Sunday, August 02, 2009

DIM SUM

Jalan-jalan cari makan kali ini membawakan episod "DIM SUM" - kali ini saya tulis dalam huruf besar kerana sudah lama kami tidak dapat memakan dim sum kerana restoran di Giant Kelana Jaya itu sudah tutup. Nak ke Hartamas pula sudah lupa jalan ke restoran itu. Jadi lebih baik makan di hotel saja.

Kenapa nak makan dim sum? Kan banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan? Kerana ini adalah permintaan dari ibu yang mengandung. Jangan abaikan permintaan pemakanan dari ibu yang sedang mengandung kerana nanti ibu tersebut akan kempunan. Tidak baik untuk perkembangan fetus.

Barang siapa yang tidak kenal dan tidak pernah melihat bagaimana rupa dan rasa dim sum, maka saya tunjukkan sampelnya yang dibuat dari bahan2 tiruan dan dipamerkan di hadapan pintu masuk restoran.
Oh ya! Saya tidak boleh menggambarkan bagaimana rasa dim sum. Jika mahukan pengalaman bagaimana rasa dim sum tersebut, sila ke Restoran Meisan Szechuan Restaurant yang terletak di Hotel Quality Shah Alam. Harga tidaklah melampau mahal. Hanya RM28.00++ sahaja untuk satu kepala. Walaupun kami datang dengan 3 kepala, tapi 2 kepala sahaja kena cas kerana satu kepala lagi diberikan penghargaan dan layanan VIP kerana masih belum cukup umur. Takat makan "chicken rice porridge" dengan "sky juice" je takkan nak cas RM28.00++ jugak. Jangan kata RM28.00++, kalau dia cas RM10.00++ pun dah kira melampaui batasan. Nasib baik perkara tersebut tidak berlaku dan kami dapat makan dengan aman.

Sebenarnya, agak susah juga nak cari restoran yang menyajikan hidangan dim sum secara halalan toyyiban. Kat restoran cina memang berlambak lah dim sum ni, tetapi langsung tak tergamak nak melangkah kaki ke restoran yang dihiasi juga dengan itik gantung. Restoran melayu mana nak cari jual dim sum? Kalau ada memang kamilah pelanggan setia. Jadi, untuk tidak mengeruhkan keadaan, kami makan je kat hotel yang diyakini status halalnya. For chinese, dim sum tanpa binatang mughollazoh tu ibarat makan KFC tanpa ayam. Betol tak tipu sebab pernah baca statement tu kat dalam forum internet yang ditulis oleh seseorang berbangsa cina.

Selepas berjaya beberapa kali tawaf di pusat bandaraya Shah Alam sebab cari hotel tak jumpa kat mana, sambil mata melilau kiri kanan cari bangunan; sambil dalam hati pun berkata "nasib baik pusat bandaraya shah alam ini kecil sahaja, tak kisah ar nak pusing 2,3 kali pon", akhirnya jumpa jugak hotel ni. Ingatkan dia ada bangunan sendiri, rupanya duduk menumpang kat Plaza Perangsang. Ooooo... disini kamu ya!
Dah dapat parking tepi jalan bawah flyover depan plaza, kami pun exercise sikit lah jalan kaki dengan harapan perut akan kosong ke tahap maksima menuju ke restoran yang bagaikan sedang melambai-lambai kehadiran kami. Rupanya kami silap parking daaa... Tempat kami parking tu rupanya bahagian belakang bangunan. So kena pusing setengah round untuk ke entrance bangunan yang mengadap ke Alam Sentral la, bukannya SACC.

Ambik gambor berlatar belakangkan SACC ok juga.

Bangunan ini berjiran dengan Plaza Perangsang

Pura-pura membaca menu bagaikan hendak order ala-carte padahal kalau bayar RM28.00++ tu boleh makan buffet dim sum je.Tak yah ngada-ngada nak order. Maknanya nak order selain dari dim sum kena bayar lain. Tapi nama jer buffet dim sum. Yang ada kat tempat buffet tu banyak makanan jenis dessert seperti contoh buah-buahan, kuih, manisan serta sup ginseng campur sup honey dew yang sangat sedap rasanya sampaikan kami 2,3 kali pergi tambah. Segala bentuk dim sum akan dihidang oleh pelayan-pelayan yang sangat rajin lalu lalang di tepi meja anda untuk mengutip pinggan mangkuk yang sudah tidak diperlukan. Kalau anda suka dim sum tersebut, anda boleh minta lagi tanpa dikenakan bayaran tambahan. Maka siapa kata makan di hotel tidak berbaloi?
Menunjukkan sejenis dessert yang berbentuk seperti puding tetapi rasa sesudu je terus tak mau makan dah kerana tidak begitu lazat jika dibandingkan dengan sup ginseng campur dengan sup honey dew.
Sedang membincangkan masalah dim sum yang tak tahu nama santifik dia kalau rasa nak order lagi. Terpaksalah explain kat waiter tu rupa bentuk fizikal makanan tu kalau nak order lagi.

Antara sajian yang perlu dihabiskan. Kalau tidak habis rasa sangat rugi bayar mahal tapi tak makan banyak, dan ada kemungkinan lain kali malas dah nak makan kat hotel kalau kena bayar sendiri.
Demonstrasi makan dim sum menggunakan chop stick. Harus diingat sesetengah makanan ini teksturnya sangat licin sekali gus mendatangkan cabaran yang besar apabila menggunakan chop stick. Terpaksa menggunakan lebih buah fikiran untuk menyetelkan masalah tersebut.

Air yang dihidangkan hanyalah chinese tea; eh jasmine tea kot? Ntah lah tapi sejenis teh yang tawar tanpa gula tapi sangat harum dan nyaman rasanya. Additional drink requested is sky juice.

Dah kenyang dan sendawa sambil menyebut "alhamdulillah", kami menziarah ke Plaza Alam Sentral yang terletak bersebelahan dengan restoran tersebut, dengan objektif untuk membeli beberapa barang keperluan untuk ibu mengandung. Ingatkan kat KL je ada bintang walk, ampang walk, lepas kedah pulak buat star walk, kat shah alam pun nak walk jugak? Isk, cepat je terpengaruh dengan ideologi dari barat.

Dalam alam sentral ada pesta buku MPH. Dalam pesta buku ada ceramah. Tengok mamat yang bagi ceramah ni rasa macam kenal. Laaa... mamat ni rupanya... azizi ali the writer of buku-buku motivasi kewangan yang menjadi motivasi kami kerana di rumah kami ada 3 buah buku tulisan azizi ali. Niat di hati nak kumpul semua buku tulisan beliau tapi belum cukup lagi.

Selesai membeli belah kami pun pulang.