Tuesday, April 27, 2010

BINTANG POPULAR 2009

Baru2 ini kami berkunjung ke Genting Highlands. Tujuan kami adalah untuk bercuti sambil bersuka ria setelah mendapat tiket percuma untuk dua orang dewasa. Qistina sudah tentu dapat masuk dengan percuma. Maka beli untuk Irfan sahaja, itu pun dengan harga untuk kanak2. Jimat bukan?

Lantas seawal dari bulan Febuari lagi, kami menempah sebuah bilik untuk penginapan selama 3 hari 2 malam di sana. Sebelum ini saya sudah merasa menginap di First World Hotel, lalu kali ini terasa ingin mencuba Theme Park Hotel pula. Tambah memudahkan kami mencapai objektif untuk ke outdoor theme park. Lalu dipilih tarikh 3 April 2010, bersempena dengan hari kelahiran ayahanda. Konon2 nak celebrate kat sana.

Walau bagaimanapun, tanpa dirancang apatah lagi disangka-sangka, rupanya berkebetulan pula dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP) 2009. Ditambah lagi dengan adanya acara bersempena dengan perlumbaan Formula 1 di Malaysia, juga Pesta Songkran yang bakal berlangsung dalam beberapa hari sahaja lagi, dengan kesibukkan para pelancong yang memang sedia ada, maka ramailah manusia.

Lantas ramailah artis2 kita di Genting Highlands. Secara tidak langsung, saya turut menjadi salah seorang tukang sibuk, shoot sana, shoot sini, macam paparazzi, walau pun saya tiada anak yang bernama razzi. Sibuk2 saya pun, tidaklah mencapai tahap masuk ke dalam Arena of Stars. Sememangnya kami tiada perancangan ke situ. Dengan adanya anak2 kecil, saya tidak fikir kami dibenarkan ke dalam. Andai dapat masuk sekali pun, amatlah tidak selesa dan sesuai rasanya dengan kehadiran budak2 kecik. Sudahnya, kami hanya berlegar2 di luar sahaja, lebih spesifik dikatakan di ruangan lobi dan karpet merah, memerhatikan gelagat selebriti dan peminat mereka. Itu pun hanya kerana ianya dilangsungkan di lokasi yang sama dengan tempat penginapan kami.Kalau jauh memang tak kuasa ah!

Walau pun secara dasarnya saya bukanlah fanatik industri hiburan tanah air, pengetahuan yang ada pun sekadar dari akhbar serta tontonan sahaja, jauh sekali untuk mengambil tahu kehidupan peribadi lagi gedik mereka, namun sudah alang2 bersama di Genting Highlands, jom kita shoot ajelah!

Grand Livina untuk pembaca Berita Harian yang bertuah. Sampai sekarang gua tak tahu siapa pemenangnya, serta apa kriteria untuk mencari pemenang, sebab gua dah jarang baca berita harian. Tak tahu apa cerita.

Punyalah ramai manusia yang entah dari mana datangnya. Kalo majlis2 macam ni, buat dalam hutan, puncak gunung pon ramai orang kan? Cuba kalo majlis tilawah quran ke, ceramah agama ke?

Suasana di sekitar red karpet, bermula dari lobi hotel terus ke entrance Arena of Stars. Gua nak dinner layan Marrybrown kat depan tu pon terbantut sebab jalan kena blok. Ingatkan tutup terus. Alih2 bila habis red carpet dia bukak balik.

Tidak pasti siapa namanya. Hanya menyedari kehadirannya melalui filem Adnan Sempit.

Along Cham dengan isteri dia, Zila budak AF season ke berapa ntah! Buleh tahan cun jugak!

Shamsul Yusuf Haslam

Fizo Omar

Mamat polis dalam siri Gerak Khas, tak tahu siapa nama dia.

Hazami dengan tak tahu sape, makwe ke? Bini ke? Ntah!

Budak2 AF musim lepas, Aril dengan Hafiz.

Hattan… hari tu ada terbaca macam nak kahwin. Dah kahwin ke belum? Kalu dah kahwin, agaknya ini wife dia lah!

Aduhai Diana Danielle… apsal lah gua tak terjumpa dia masa tengah bersiar-siar. Konfem panggil ambik gambar punye!

Ogy Ahmad Daud yang sentiasa ceria.

Gua selalu confuse Intan Ladyana dengan Raja Farah. This one is Ladyana.

Nor Albaniah yang masih maintain dari zaman gua sekolah dulu hinggalah anak dah dua!

Lagi budak2 AF, Akim dan Stacy.

Budak AF lagi, Marsha (I like this one!)

Rosyam Noor dan Watie Elite yang dengan sukacitanya gua anugerahkan sebagai “The sexiest celebrity of the night”.

Genting Highlands adalah tempat orang cina. Dibuka oleh orang cina, mempunyai kasino untuk non-muslim pastinya serta identiti serta monumen2 yang lebih menjurus untuk orang cina khasnya. Namun asal ada sahaja acara hiburan, maka orang melayu lah juara! Sangat susah mencari kaum lain selain dari orang Melayu di majlis ini dan David Teoh menjadi salah seorang dari orang cina dalam ribuan orang melayu. Dan dia juga sangat kaya setelah banyak mengutip duit orang melayu melalui filem2 keluarannya. Fikir-fikirkanlah!

Dalam kebanjiran gadis2 seksi dengan fesyen pun dah ala2 berkemban nampak dada dan paha, muncul beberapa jejaka berkopiah Raihan. Rasa macam janggal pun ada. Tak kena dengan majlis!

Liyana Jasmay yang comey!

Si Black dan Si Jacklyn, atau lebih mudah digelar BLACK JACK!

Nora. Suara sedap tapi lama tak dengar cerita, ke memang gua yang tak tahu cerita. Aishhh... nak kena langgan majalah MANGGA pulak lepas neh!

Khatijah Ibrahim. Lama dia di luar Negara. Balik ke Malaysia, dapat anugerah Datuk pula. Maka jadilah dia Datuk Khaty.

Aliyah dengan fesyen yang entah hape2 konfem susah nak semayang punya!

Joe Wings bersama lain2 anggota Wings sebenarnya, tapi tidak kesempatan untuk shoot semuanya.

Secara peribadi gua rasa penampilan Maya Karin agak kureng malam tu. Dulu masa jumpa macam cun, tapi malam tu macam tak berapa cun pulak. Make up tak kena ke atau sebab masalah rumah tangga?

Remy Ishak, hero cerita Nur Kasih. Wah... si gadis2 kat red carpet tu bukan main suka lagi neh. Asal lalu jer, histeria!

Tanpa sangsi gua mengaku Julia Ziegler memang cun habis! Maklumlah, manusia berwajah pan-asian neh memang buleh jual punya. Cuma nampak badan dia agak berisi sikit. Memang dari dulu macam tu ke?

Orang2 kuat dari Berita Harian dan New Straits Times Press yang saban tahun duk anjur acara neh.

Jadi itu sahaja manusia2 yang sempat saya shoot sepanjang berlangsungnya karpet merah. Yang lain saya tak tahu ke mana, mungkin sudah berlalu ketika saya masih di bilik, mungkin juga terus masuk ke Arena atau mungkin juga tak datang langsung. Tak puas hati punya pasal nak jumpa jugak dengan Nora Danish neh, lepas habis acara, saya turun repeat jadi paparazzi lagi. Dah ler sejuk giler dengan kabusnya, dengan tiupan anginnya. Pakai sweater pon gigil jugak. Maka pelik juga dengan artis yang fesyen ala berkemban neh. Tak sejuk ke?

Tak kira, nak shoot jugak!

Tan Sri Jins Shamsuddin.

Siapa neh? Sorry tak kenal lah. Tapi shoot jugak sebab nampak gaya macam artis!

Kartini dulu pengacara program remaja 3R, sekarang sudah jadi DJ radio. Dah kalo communication skills tu power, keje pon yang melibatkan hal-ehwal percakapan ajelah!

Black Wings dengan wajah “kalau tak kerana ko neh artis, takde sape nak pandang ko dehhh!”

“Ziana Zain” awwww! Aiyohhhh ini olangggg!!!

Yang botak tu saya kenal, tapi yang lain2 tu saya tidak pasti pula siapa. Artis baru dia kot???

Lan MUH nampak sipi2 jer… susah betol nak shoot orang ramai sangat!

Mawi yang semakin merudum. Adatlah bro… dulu lu naik mencanak cepat giler. Lepas tu takde bahan, asik2 tayang bini lu ajer.

Lagi2 budak AF. Agaknya kalo takde AF kat Malaysia nie, artis2 yang datang ke majlis2 anugerah hiburan nie tinggal yang dah tua2 je kot!

Norman Hakim. Dulu tak ngaku bagai nak rak, sekarang balik2 dengan dia tu jugak!

Siapa? Siapa? Siapa? Tak kenal... tak kenal… tak kenal!!!

Fahrin Ahmad. Pasal pompuan cintan cintun pon nangis ke bro! Apa lah luuu kata tough main ragbi lar hapekebenda!

Que Haidar, di sebelahnya tu wife dia Linda Jasmin tapi sebab dia dah dekat sangat, gua plak pakai tele lens, terus si linda tak masuk gambar.

Nabil yang tak habis2 dengan loyar nyer.

Si Sam nie rupanya adik beradik dengan Mrs. Bung Mokhtar rupanya. Series selama nie gua tak tau langsung!

Macam pernah tengok kat TV, tapi nama tak tahu lah.

Irma Hasmie, awek si Nabil Raja Lawak. Pernah menang pertandingan Dewi Remaja Karangkraf tahun bila ntah.

Halimah Jongang dengan teman2 seperjuangan yang lain.

Aduhai apa punya fesyen lar. Mentang2 lah pelawak, pakaian pun lawak habis lorrrr!

Nor Khiriah. Lakonan dia memang mantop, versatile and I like. That's why komedi wanita pon sapu kat dia, kalah mana2 artis yang memang buat komedi jer tak gheti berlakon watak lain dah.

Pengacara Raja Azura yang memang nampak jelas kepenatan di wajahnya. Macam dah ngantuk giler tu. Biasanya time2 nie dia dah tidur kot sebab program dia kat radio awal pagi lagi dah start. Tapi malam tu kena berjaga sampai pukul 12 lebih. Ngantuk lah tu!

Oleh kerana terlalu ramai artis, maka ketika berjalan2 pon kami pasti berjumpa artis. Bila diajak bergambar, pastinya mereka sukar menolak. Walau pun sesetengahnya nampak penat dan macam bosan jer nak layan, tapi kalau tak layan kang dicop sombong pula. Pas tu masuk paper, masuk melodi, jadi isu panas "ARTIS SOMBONG TAK LAYAN PEMINAT". Busuk lar reputasi tu beb. Jadi artis nie, tanpa peminat, macam takde makna lah beb.

Antara yang terawal kami jumpa, Awal dan Scha (Irfan sebuk panggil awan dania). Khabarnya diorang nie bercinta, betul ke? Patutlah jalan berdua jer, tapi depan kami, tak nampak pulak aksi2 pegang tangan.

Pelakon Aaron Aziz bersama anak-anaknya. Isteri dia tak nampak pulak. Irfan sedang ketakutan nak melarikan diri dari 'hantu' yang ada di depannya.

Zizan Raja Lawak.

Walau pun jumpa ramai lagi, tapi malas nak panggil bergambar. Kitorang pon bizi jugak bersiar-siar menikmati keindahan dunia. Tak kuasa ah nak panggil sorang2 ajak bergambar. Yang ada nie pon tumpang lepas orang lain ambik gambar dulu. Lepas diorang blah, kitorang cepat2 enter frame. Hehehehehehe!

Sekiang!