Friday, March 26, 2010

BERCANDA DI PASIRAN PANTAI

Location: Teluk Lipat Beach, Dungun, Terengganu.

Wednesday, March 10, 2010

WARUNG AZIZ SATAR

Terengganu Darul Iman, negeri tanah tumpahnya darahku, rakyat hidup bersatu dan maju.

Negeri Terengganu mewah dengan makanan tradisi lagi eksotik yang bukan sahaja unik, malah sukar untuk didapati di negeri-negeri lain. Eksotik di sini tiada kena mengena dengan makanan pelik-pelik seperti beruang masak kangkung, asam pedas tenggiling atau pun otak kera bermadu.

Mana nak dapat keropok lekor, laksa terengganu kuah putih yang dimakan dengan ulam-ulaman dengan sedikit belacan, laksam, nasi dagang, satar, otak-otak terengganu, pais, ikan goreng celup tepung, sotong pulut, pulut nyior, kayu keramat (disebut kayu kramak), asam gumpal, pulut lepa isi ikan dan macam-macam lagilah weh... dok rok hambe nok senaraikan semua.

Segalanya hanya di Terengganu!

Ditambah dengan makanan ruji sedia ada, campur lagi dengan makanan eastern dan western, maka bermewah-mewahlah makanan di negeri Terengganu ini.

Kat KL mungkin juga sudah kedapatan sedikit sebanyak makanan-makanan tradisi ini yang mana asalnya pun dibawa oleh pendatang-pendatang halal yang berhijrah dan bermastautin di lembah klang ini. Jangan kata makanan Terengganu, satu dunia punya makanan pun ada kat KL nih.

Pendek kata, bila pulang ke Terengganu, memang wajib menjamu selera dengan makanan eksotik ini. Cuma agak malang kerana saya kurang gemarkan kuih-muih yang manis seperti akok dan lompat tikam. So bila balik, takdelah nak mencari manisan-manisan nih. Save sikit bajet hambe.

Masuk sahaja ke sempadan negeri Terengganu, atau secara spesifiknya di daerah Kemaman, kami langsung menuju ke Kuala Kemaman untuk menikmati hidangan eksotik yang segar lagi menyelerakan. Kat Dungun pun ada, tapi jenis manusia tak sabar-sabar ni kan. Masuk jer sempadan negeri, nafsu terus bergelocak, air liur meleleh-leleh nak makan satar dengan keropk lekor.

Salah satu warung yang menjadi faveret kami adalah WARUNG AZIZ SATAR.

Rupanya AZIZ SATAR pelakon veteren tu sudah meniaga dan membuka warung di Kuala Kemaman.

Logik ke?

Memang tak logik sebab AZIZ SATAR bukanlah pemilik warung ini. AZIZ SATAR juga tak pernah datang berlakon di sini (agaknyer lah... tak perasan pulak kalau benar2 dia pernah berlakon kat sini. Saya bukan hantu TV yang suka tengok drama melayu sepanjang hari). Panjang kata pulak, DATO' AZIZ SATAR PELAKON VETEREN TU MEMANG TAKDE KENA MENGENA LANGSUNG DENGAN INI WARUNG!

Nama pemilik warung ini ialah Encik Aziz bin Awang. Oleh kerana dia menjual satar lalu warungnya itu dikenali kerana satarnya, maka terjadilah nama Aziz Satar, atau dalam bahasa bakunya AZIZ SI PENJUAL SATAR.

Bukan sahaja satar. Ada juga makanan tradisi Terengganu yang lain seperti otak-otak (disebut otok-otok), laksam (disebut laksang), keropok lekor (disebut keppok), ikan, udang & sotong celup tepung serta masakan panas yang lain seperti nasi goreng, mi goreng, tomyam serta makanan yang seumpama dengannya.

Laksam yang lazat kami makan sampai menjilat pinggan. Hoh takdelah melampau sampai kena menjilat pinggan itu. Takat jilat sudu je sikit2. Yang pasti memang habis licin.

Inilah satar yang menjadi idaman kami sejak dulu lagi. Dah lah sedap, harganya pula jauh lebih murah dari yang di jual di KL. Sepuloh bijik, empat ringgit. Empat posen sebijik.

Otak-otak terengganu agak berbeza sedikit dengan otak-otak gelang patah johor, dimana otak-otak terengganu masih mengekalkan isi ikan yang digaul dengan rempah ratus yang saya tak pasti apa bahannya, cuma saya perasan adanya kehadiran sang kelapa. Bentuk fizikal ikannya pula lebih ketara berbanding dengan otak-otak gelang patah yang semua jenis ramuannya telah dilumatkan dengan sebati.

Konsep sumbat dalam dalam kelapa, lepas tu panggang sama jer.

Saya masih ingat ketika zaman kanak-kanak dahulu, memang ada seekor ikan di dalam tu. Ikan yang kecik je lah, muat2 daun kelapa tu. Kalau ikan besar nak sumbat camane? Mungkin sekarang ikan sudah mahal atau pun ikan spesis tu sudah pupus, yang ada cuma secebis isi ikan sahaja.

Kamu turut menjamu selera dengan sotong celup tepung yang pada zahirnya sama sahaja dengan sotong celup tepung di restoran ala-thai di sekitar lembah klang ni. Tapi bila disebut ikan goreng celup tepung, mungkin itu agak luar biasa sedikit di lembah klang.

Pada kami, walau pun warung ini bukanlah yang ter-best of the best antara warung-warung satar & otak-otak yang terdapat di pesisir jalan Kuala Kemaman ini, tapi memandangkan kalau dari KL kami akan sampai sini menjelang waktu malam, maka warung ini sahaja yang masih buka. Yang lain semua dah tutup. Cukuplah sekadar untuk melepas gian, rindu dan dendam terhadap satar, otak-otak dan kepok lekor. Jika tidak ke sini, kami lebih gemar ke sebuah lagi warung yang berhampiran dengan Pantai Teluk Mak Nik, tapi mungkin sebab sedap sangat kot, manjang penuh jer warung tu. Bila dah sedap, makanan cepat habis. Bila dah habis, dia bukak sampai maghrib jer.

Ekceli satar dan otak-otak di WARUNG AZIZ SATAR rasanya masih lagi dalam kategori lazat dan berkhasiat, cuma belum cukup mantap untuk menjadi the best of the best.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Sudah puas makan, baru ada feel nak continue the journey. Perjalanan ada sejam lagi neh.

sekiang!

Thursday, March 04, 2010

PETROSAINS

Hari itu merupakan hari jadi AL-IRFAN yang ke-4.
Anakku yang sudah semakin besar dan bijak. Juga aktif dan suka cakap banyak. Terasa sepi jika beliau tiada di sisi.

Tiada upacara makan-makan seperti lazimnya. Tiada kek dan kerlipan api lilin. Tiada jemputan dari sanak-saudara serta sahabat-handai untuk meraikannya. Tiada kotak-kotak hadiah yang memenuhi sudut rumah.

Hanya kami sekeluarga sahaja.

Kami menukar cara sambutan dengan bersantai di KLCC, suatu lokasi yang saya kira sudah agak lama kami tidak singgahi bersama.

Akan kami turuti segala kehendak beliau. Apa yang beliau nak makan, apa yang beliau nak beli, apa yang beliau berkenan, kami akan turuti sahaja. Sekali sekala kasi chance ler dah harijadi dia.

Dan saya merancang untuk membawa beliau menjelajah ke PETROSAINS bagi mendedahkan minda beliau akan keajaiban sains dan teknologi.

AQUARIA itu umpama zoo untuk hidupan laut. Tidak terlalu membina minda. Mungkin untuk seronok2 sahaja.

Inilah kunjungan julung kali kami ke PETROSAINS. Ternyata Al-IRFAN sangat gembira.

Birthday boy. Gaya Ben-10 atau Ultraman? Batman atau Spiderman? Mungkin Naruto atau Bidaman... Kalo bab watak2 animasi ni, terror aje budak nih!

Adik pon nak celebrate sama ngan abang.

Saya mahu terus membesar dengan sihat dan kuat!

Jom kita bergerak maju menuju ke KLCC.

"Wah... bestnyer ada swimming pool! Nak mandi boleh?"
"Isk mana boleh... ini kolam bukan untuk mandi laaa".

Makan time... nak udang, nak waffle, nak nasik, nak soup, nak fishball...

Lepak kat Toys R Us sementara tunggu ayah & bonda solat. Punyalah banyak mainan takde satu pun dia nak beli. Semua nak try test main kat situ jer.

AL-IRFAN in low light mode. Kasi nampak bayang jer.

Seronok dapat main macam2 benda kat PETROSAINS. Takde sape nak marah, takde sape nak larang.

Wah... tiba2 BATMAN datang dengan BATMOBILE nyer. Apalagi... ayuh kita kejar penjahat2 itu (sambil mempamerkan aksi dan reaksi yang penuh imaginasi). Sempat lagi naik kereta batman sebelum masuk ke dalam PETROSAINS. Takkan lah dalam PETROSAINS tu ada kereta batman.

Sangat menarik apabila sebelah tangan menyentuh balang plasma dan sebelah tangan lagi memegang hujung lampu kalimantang, maka menyalalah lampu kalimantang itu. Maknanya dalam badan saya ada cas elektrik, atau lebih tepat ada elektron mengalir dalam badan kita seperti kata uncle itu.

Mengukur tinggi dan berat untuk mengetahui jumlah tenaga dalam badan. Tenaga fizikal lah maksudnya. Barang mustahil untuk mengukur tenaga batin menggunakan mesin nie.

Ayahanda merangkap jurugambar rasmi keluarga berada dalam kotak infiniti. Hasilnya, jika dilihat dari sudut yang betul, imej yang terhasil seolah-olah tiada kesudahan.

Memahami konsep pergerakkan jentera penggali berfungsi dengan menggunakan aplikasi hidraulik.

Penghasilan molekul oksigen dalam air secara semulajadi.

Ayah cuba menyelamatkan QISTINA dari serangan dinosaur T-REX yang ganas.

Control centre to ISS, please report your status, over!

ISS di sini. Kami baru sahaja menumpaskan The Rebellion Army yang diketuai oleh Darth Veder, over!

Simulasi F1. Saya mesti cuba!

The real F1 car (without engine perhaps). Mantop giler!!!

Skrin tak nampak tapi nak pulas jugak. Hantam sajalah!

I am shooting the silver ballons!

Tekan-tekan-tekan takkan jahanam itu komputer.

Looking for a 3D image.

Shooting the colors. Seronok sangat sampai tak mboh balik. Nak main lagi.

End of the journey. Boleh ambik gambar sendiri di ARIFOTO STATION, lepas tu print dan bawa balik sebagai kenangan.

Kesimpulannya, memang seronok lepak kat PETROSAINS. Rasa tak puas sebab masa singkat sangat (walau pun sebenarnya dah habiskan masa kira2 dua jam kat dalam tu). AL-IRFAN pon macam tak nak balik. Dua jam tak cukup lah dude! Banyak benda nak explore. Next time datang pagi, baru puas hati!

Wednesday, March 03, 2010

RESTORAN BASER

Episod jalan-jalan cari makan dengan keluarga kali ini membawa anda ke Restoran Baser.

Asalnya dari Kota Tinggi Johor dan khabarnya mempunyai lima cawangan di Johor sahaja. Kini membuka premis pertama di luar Johor, menjadikan jumlahnya kepada enam.

Lokasinya di No.32, Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri Puchong. Opposite Haier Electrical Malaysia.
Dengan sahaja dengan rumah hambe.

Kenapa makan kat sini?

Stended kami bila sekali-sekala rasa makan di luar, kami akan mencari tempat yang istimewa. Biasanya tempat itu mestilah pernah mendapat publisiti media. Rujukan kami lebih cenderung kepada akhbar Pancaindera (sisipan Mingguan Malaysia), majalah atau pun program televisyen seperti Jalan-jalan Cari Makan (JJCM), Warung Kita serta program2 yang seumpama dengannya.

Jadi maklumat tentang Restoran Baser ini dapatnya dari akhbar Pancaindera. Tak perasan pulak bila program JJCM cover cerita restoran ni memandangkan kami selalu juga terlepas program tersebut bila ke udara. Cuma kami perasan, plak JJCM memang ada di restoran itu.

Apa yang istimewa di sini?

Saya kira nasi ayamnya memang istimewa. Pujian ini saya tujukan kepada nasinya. Memang sangat berperisa ayam. Khabarnya cara masakan nasinya agak berbeza. Inilah menu yang menjadi trademark Restoran Baser, selain dari nasi briyani gam johor yang popular itu.

Kami turut memesan nasi goreng ayam walaupun pada asalnya kami berhajat untuk mencuba nasi briyani gam johor yang saya kira semestinya tulen dan asli. Maklumlah, bila restoran segah Restoran Baser menghidangkan masakan johor, nasi briyaninya mestilah asli, ditambah pula dengan pilihan lauk sama ada rusa, kambing, lembu atau ayam. Namun kami fikir baru sahaja menikmati nasi briyani beberapa hari sebelum kejadian, lalu nasi goreng ayam pun boleh juga. Lagipun media melaporkan ianya sebagai antara menu pilihan yang harus dicuba.

Demi mengikut saranan akhbar, kami turut memesan sayur campur berserta dengan telur dadar yang boleh tahan juga sedapnya.

Untuk menghilangkan dahaga, kami memesan segelas soda bandung dan jus asam boi yang masam giler tobat dah lepas ni tak order.

Tanpa menunggu lama, makanan semua sudah tersedia. Apalagi.... kayuhhhhh!!!

Sesuatu yang menjadikan sesuatu tempat makan itu menarik dan pelanggan tertarik, selain dari tahap kebersihan memuaskan dan menu yang mengkagumkan adalah konsep serta dekorasinya. Saya kira biasa sahaja kalau tidak kerana grafik dinding yang besar menjadikan suasana dalaman lebih berwarna-warni dengan susunan kerusi dan meja kayu yang agak eksklusif.

Kesimpulannya, recommended dan boleh diulang cuba.