Wednesday, December 31, 2008

END OF 2008

We are at the end of 2008.

Sejak diwujudkan pada 06.06.06, dengan menggunakan URL http://al-irfan.blogspot.com, blog ini telah melalui pelbagai kisah suka duka penulis yang sudi berkongsi pengalaman dengan pembaca yang budiman. Walau pun penulis tidak terlalu kerap mengemaskini blog ini pada kadar yang segera, namun penulis tetap aktif dan sentiasa memantau aktiviti blog sahabat-sahabat yang lain.

Bersempena dengan kedatangan 2009, dengan semangat dan azam yang unggul, penulis mengambil keputusan untuk memberi sentuhan terbaru pada blog ini. Dari sebuah blog yang bersifat kekeluargaan yang lebih menjurus kepada kisah perjalanan hidup seorang anak, pada hari-hari yang mendatang penulis cuba untuk menambah nilai pada blog ini dengan membuka ruang yang lebih luas terhadap tema jurnal berfoto (photo journalism).

Bagi menyesuaikan nama dengan subjek yang diketengahkan, penulis telah menukar URL blog ini kepada http://nukilancahaya.blogspot.com dengan tajuk blog; SHOOT AJE LAH, yang merujuk kepada penulis bakal menyajikan cerita bergambar yang dapat memberikan impak yang lebih berkesan kepada pembaca.

Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat darinya.

Terima kasih.

SURIA CHERATING BEACH RESORT

DAY-1
On our way back to KL, kami singgah dulu di Suria Beach Resort, Cherating.
Saje suka2 nak makan angin + relaks + irfan nak mandi swimming pool. Satu malam jer. Irfan punyalah suka dari mula2 sampai ceria jer. Nampak jer swimming pool lagilah dia suka. Tak henti2 ngajak ayah gi mandi, tapi ayah kata tunggu lepas asar. Lagi pun cuaca ada sikit hujan. So tunggu hujan berhenti lagi, jam 6.00pm baru kami turun kolam. Sebelum turun kolam, kami belasah keropok lekor yang kami kat Dungun masa on the way tadi. Marvelous!
Tengok ayah & bonda solat, ifran pun nak solat jugak. Alhamdulillah… siap selawat lagi bila dia dah habis solat.
Splashing time!!! Tengoklah aksi al-irfan nih…

Dah puas berendam kat swimming pool, kami lepak kat bilik sementara menantikan dinner time. Apalagi… shoot aje lah!



Dah puas bergambar & solat maghrib / isyak kat bilik, it’s time for dinner. Nak keluar pun takde mood pasal tak familiar sangat mana tempat makan yang ok kat area cherating ni, so kami ambil keputusan untuk makan di resort coffee house sahaja. Official name dia “Bunga Padi Coffee House”. Letaknya kat ground floor bersebelahan dengan swimming pool. Irfan pulak menangis-nangis nak makan airkrim bila terpandang peti ais krim kat kedai resort ni. Masalahnya kedai tu dah tutup, peti air krim tu pulak terkunci. Kalau tak, nak juga ambil ais krim tu, lepas tu esok bagitau & bayar. Pujuk punya pujuk nasib baik dia ok. Good boy!
Buffet for dinner RM20 per head. Mak aihhh… mahalnya takat nak makan nasi & pilihan lauk yang tidak seberapa banyaknya. Kami order ala-carte aje lah. Budget below RM15 per head. Pun tak banyak choice. Ayah nak order something special. Nama macam menarik: ”Wok-fried Spicy Sambal Noodle”. Tak tahulah apekebanda tu… mesti special nih… Rupanya mee goreng jer! Ek elleh!
Bonda pulak order nasi ayam. Irfan share jer apa yang ayah & bonda makan.
Nampaknya, MAAL HIJRAH kali ni kami sambut di Cherating. Tak kiralah dimana pun, perhaps tahun baru ini akan membawa lebih kejayaan kepada kami sekeluarga, Insya-Allah!

DAY-2
Sebaik sahaja lepas sarapan di coffee house, kami menuju ke pantai untuk bersiar-siar dan melihat pemandangan di sana. Bagi kami yang sudah biasa dengan kehidupan di pantai, pantai Suria Cherating tiada apa yang istimewa padanya. Biasanya sahaja. Nak mandi laut pun tiada selera. Hanya bersiar-siar dan mengambil gambar sahaja.
Sedang kami leka melihat gelagat manusia di pantai, kami dikejutkan dengan deruman enjin ATV yang tiba2 muncul entah dari mana. Seronok juga melihat ATV mempamerkan aksi.
Akak yang baju biru tu kelam kabut kemas barang bila tengok geng2 ATV datang main kat situ.

Kami beredar dari pantai apabila gerimis mula turun.
Bersantai di bilik sementara menunggu hujan berhenti. Sambil2 tu, shoot aje lah!
Lepas hujan berhenti, kami turun lagi ke kolam.
Lepas solat zohor, kami pun pulang. Selamat tinggal Cherating.

TELUK LIPAT

Macam biasa, kalau balik kampung, mesti datang sini. Nama tempat ni, Pantai Teluk Lipat. Tak tahulah macamana boleh dapat nama macam tu, tapi kawasan ni memang berteluk. Kalau tengok dalam peta, letaknya dalam kawasan lengkung yang mana kalau mengikut bahasa bakunya – teluk. Jarak dari kampung kami tidaklah jauh. Tidak sampai 5 minit dengan pemanduan biasa. Jalan pun perlahan sahaja sebab melalui kawasan kampung.
Pantai ni kira famous jugaklah di kalangan masyarakat Dungun sebagai salah satu tempat peranginan dan rekreasi. Tambahan pula letaknya dalam kawasan Bandar Dungun. Di sepanjang Pantai Teluk Lipat, terdapat pelbagai jenis tempat rehat dan santai seperti restoran, kedai makan, warung, tapak fun fair, taman permainan kanak-kanak, rumah-rumah kampung dan banglo, resort dan yang last sekali kalau kita ke hujung teluk ada kampus UiTM cawangan Terengganu. Litar go-kart pun ada tau!
Sekitar pemandangan di kawasan Pantai Teluk Lipat. Ini jer yang sempat dishoot sebab nak cepat. Hari dah nak gelap. Korang tengok jer lah…
Bila dah sampai ke Pantai Teluk Lipat ni, kami bukan sekadar bersiar-siar sahaja, tetapi mesti cari keropok lekor, ikan goreng celup tepung, sotong goreng celup tepung ngan fishball celup tepung. Cicah pulak dengan apa yang orang ganu panggil “cuka”. Orang Terengganu ni, bila sebut cuka dia ada dua makna. Satu cuka makan yang berasid tu dan satu lagi cuka keropok, yakni sos yang di cecah dengan keropok. Biasanya berwarna merah pekat dan agak cair jika dibandingkan dengan sos cili komersil. Air pulak mesti mau order air jagung… pergghhhh!!! Memang mantap!!! KL memang tak jumpa makanan nie. Special punya made in Dungun.
Kali ni kitorang order simple jer sebab tak lapar sangat. Cuma rindu rasa nak makan jer. Lagi pun warung pink faveret kitorang tu tutup pulak. Makan kat kedai lain. So takdelah order banyak.

TELUK BIDARA

Kat Dungun ni ada satu pantai berteluk. Namanya Teluk Bidara. Letaknya tidaklah jauh dari Tanjung Jara Beach Resort.
Pemandangan muara Sungai Dungun shoot dari jambatan baru ke Kampung Seberang Pintasan ketika dalam perjalanan ke Teluk Bidara.
Bot nelayan berlabuh di Jeti LKIM muara Sungai Dungun.
Kat pantai ni takde benda pun sebenarnya… pantai dan kampung2 sahaja. Mungkin sebab kedudukannya agak jauh dari Bandar Dungun, maka masyarakat kurang memberi tumpuan ke sini. Maka pantai ini lebih natural, lebih rileks dan lebih klasik tanpa unsur pemodenan yang ketara.
Pantai yang indah menjadi pilihan pengantin baru merakamkan saat indah sesi fotografi outdoor.
Nak bersiar-siar bersama keluarga, teman2 atau pun dating, boleh aje di sini.
Ombak menghempas pantai di hujung teluk. Kat atas bukit tu ada rumah api.
Disember… musim tengkujuh di Pantai Timur. Ombak Laut China Selatan rakus menghempas pantai.

BALIK KAMPUNG

Today is balik kampung day...
Lunctime kat Restoran Sabak @ Taman Melati, tepi highway MRR2.
Cantik betul wardrobe kat restoran ni. Pemandangan sebuah perkampungan nelayan di Sabak barangkali. Sabak ni letaknya di Kelantan. Menjadi terkenal kerana menjadi laluan masuk tentera Jepun ke Tanah Melayu semasa perang dunia ke-2. Selain itu Sabak terkenal sebagai perkampungan nelayan yang menampilkan corak dan rekaan bot yang menarik serta berwarna-warni. Pasal restoran ni ambik nama tempat kat Kelantan, pelayan dia majority cakap Kelantan. Towkey dia pun mesti Kelantanese nih!
Tapi wardrobe ni memang power lah. Ntah sapelah yang shoot.
Untuk santapan kami tengah hari ini, kami order 2 set hidangan nasi. Set untuk ayah ada ikan bakar + sup kosong. Set untuk bonda pula ada sup ekor + telur dadar. Setiap set didatangkan dengan menu standard such as ulam, sambal belacan & air. Pilih sama ada mau sirap atau teh o ais. Alhamdulillah.

JOURNEY THROUGH THE NIGHT

First we went to Giant Bandar Puteri Puchong. Our main purpose because ayah want to collect the Phottix battery grip from the online forumer.
The price for the battery grip: RM210
The comfortability using battery grip: Priceless!
First picture captured after the 400D has been installed with the battery grip. Sodap giler pegang kamera ada benda nih!!!
Then we went to Restoran Alissara @ Puchong Perdana. Tom yam kat situ memang the best in town lah! Bila sampai jer… tu diaaa… punyalah ramai manusia. Dekat 15 minit jugaklah kami tunggu sebelum dapat seat. Ada meja kosong pun tak boleh pakai… dah kena reserved… Ramai pulak bawak family makan luar malam tu.
Sambil-sambil tunggu table, shoot aje lah.
Akhirnya dengan pertolongan seorang brader pelayan kat sini, kami dapat jugak tempat duduk awal. Ekceli brader ni memang kenal kitorang pasal ayah dari zaman bujang sampai dah ada anak suka makan kat sini. Itu pasal brader tu kenal ayah. Asal ayah datang jer, mesti bertanya khabar dan nak serve kitorang. Tapi malam tu nampak dia sibuk betul… Maklumlah customer ramai sangat.
Bahagian luar restoran pun penuh. Brader yang tengah ambik order tu “kawan” ayah…. Hehehe!!!
Mula-mula niat kami nak pekena tomyam. Tapi ntah macamane last minute terpesong pulak niat tu. Nampak satu menu dia tulis “Tom Kha Seafood”. Apa benda tu? Jom try?
Inilah bendanya… it has fish, squids, crabs, prawns & lots of garlic and lemongrass cooked in coconut milk tomyam… Rasanya? Hmmm… lemak-lemak manis & tak berapa pedas walau pun ada cili api. Tapi kalau tergigit cili api tu for surelah terasa pedasnya. Harganya… RM15.00 semangkuk untuk hidangan satu orang makan.Lain-lain kami order sotong bawang berlada & kailan ikan masin. Makan dengan nasi putih cicah sambal belacan. Habis licin semua…Selesai makan, kami bergerak menuju ke Putrajaya pula sebab ayah nak ambik lense Sigma 70-300mm yang dibeli dari seorang lagi forumer. First picture captured using Sigma 70-300mm.
Not bad right? So jadiklah angkat ini lens!

Monday, December 22, 2008

IRFAN'S COLLECTION

Personal collection from al-irfan's garage. Irfan's favorite should be the one with the grey / silver colour since that one got the ultraman mascot on it. Ekceli kasut tu besar sikit lar kalau nak masuk kaki irfan. Tapi beli jugak pasal masa tu ada clearance sale. Harga murah pulak tu, cantik dan ada otromen. Besar sikit pon takpe... boleh pakai lama.

Ini baru kasut... selipar & sandal ada berapa pasang lagi ntah. Yang jadi banyak tu pasal beli time clearance sale... harga setiap pasang tak lebih Rm10 expect the black adidas. Dah nama pon adidas kan. That one tak beli pon... Acik Ida yang kasi.

Lepas ni tak beli dah kot... habiskan dulu mana ada... pakai jer sampai buruk atau tak muat.