Wednesday, February 25, 2009

AL-IRFAN & KURA-KURA

Al-Irfan ada anak kura-kura. 2 ekor jumlahnya. Tidak pasti pula jantinanya. Boleh jadi kedua-duanya jantan, boleh jadi betina. Boleh jadi juga seekor jantan, seekor betina. Walau apa pun jantinanya, irfan namakan mereka sebagai Peter & Jane, mengambil nama dua karektor utama dalam sebuah buku pembelajaran irfan di sekolah.

Peter & Jane... yang mana satu???

Menjadikan sang kura-kura sebagai haiwan peliharaan bukanlah sesuatu yang dirancang. Mereka adalah pemberian dari jiran, merangkap penjaga irfan sewaktu ayahbonda keluar bekerja, sewaktu hari lahir irfan yang ketiga.

Maka bermulalah tugasan baru dalam hidup irfan. Memastikan sang kura-kura berada dalam keadaan baik sentiasa. Irfan rajin memberi makanan pada Peter & Jane walau pun realitinya, irfan masih ketakutan untuk memegang Peter & Jane. Terlalu rajin hinggakan nampak kura-kura itu tampak terlebih makan sebab irfan tuang makanan kerap sangat.

Monday, February 23, 2009

A 3 YEARS OLD BOY

21 February was al-irfan's birthday!
Seperti tahun-tahun sebelumnya, ada upacara makan-makan & lepak-lepak yang dihadiri oleh saudara-mara serta jiran terdekat. Tetamu tidaklah ramai memandangkan sambutan kali ini hanya ala kadar sahaja. Namun begitu, ia tetap meriah.

Secara rasminya, acara makan-makan bermula sebaik sahaja setelah masuknya waktu isyak walaupun sudah ada jemputan yang datang sejak lepas maghrib lagi. Sebagi tuan rumah, kami menyediakan laksa terengganu sebagi menu utama kami, di samping nasi goreng, nugget & bebola ketam goreng. Menu tambahan adalah pulut kuning beserta rendang ayam yang disumbangkan oleh acik ida.
Antara tetamu yang awal hadir.

Blow it!

I want cake!

Hampir penuh jugaklah rumah irfan.

Upacara membuka hadiah!!

Horeyyy dapat buku!!!

Horeyyy dapat jam!!!

Acara rebut gula-gula yang tidak sepatutnya berlaku!

Tibalah masa untuk pulang

Acara tamat setelah tetamu terakhir pulang lebih kurang jam 12.15am. Ayahbonda sudah letih dan mengantuk namun tetap dengan kerja pembersihan rumah. Irfan juga masih belum mahu tidur. Mujur juga tok ayah dan tok ma ada bersama. Boleh juga bermain bersama irfan.

Terima kasih kepada semua.

Wednesday, February 18, 2009

WORKSHOP 140209

isk... isk... isk... sape lak kahwin nih???
ekceli takde sape yang kahwin pon... ini gambar gua shoot masa join bengkel mini fotografi untuk perkahwinan & bayi anjuran duniafotografi.com.
kononnya konsep perkahwinan tu nak buat ala kampung, tapi pi buat kat kompleks 3C MPSJ kat bandar sunway. memang tak nampak suasana kekampungan langsung... hehehehe
ape2 hal layan jer... cikgu suruh shoot... kita shoot aje lah!

Friday, February 13, 2009

TAG NUSAPUTRA

Saje nak tunjuk gambor pengantin yang aku pergi shoot kat bandar nusaputra puchong hari tu. Ekceli, aku takde kena mengena pon dengan pengantin ni. Sekadar ikut member fotografi yang dapat job ni. Aku tukang sibuk jer sambil2 menambah ilmu dan pengetahuan dalam bidang fotografi pengantin... hehehehehe!

Wednesday, February 11, 2009

IKEA DAMANSARA

Melihat sahaja ayah menyarung seluar panjang jenis khakis dan bonda pula mengenakan tudung berwarna hitam, al-irfan ingin tahu.

“Kita nak pegi mana ni ayah?”

“Kita nak pergi IKEA” jawab ayah sambil mengenakan t-shirt berwarna biru-kuning.

“IKEA tu apa ayah?” al-irfan bertanya lagi, penuh minat.

“Errr… IKEA tu gudang beli-belah jual barang-barang rumah” jawab ayah lagi dalam nada penuh yakin, namun tidak begitu pasti apakah definisi tepat untuk menggambarkan maksud IKEA.

Perjalanan lancar menyusuri LDP tanpa kesesakan lalu lintas membolehkan kami tiba ke destinasi dalam masa tidak sampai 30 minit. Mendapatkan parking juga tidak sukar walau pun bilangan kenderaan agak banyak. Barangkali ramai yang mengambil kesempatan keluar bersiar-siar bersempena dengan cuti ganti Thaipusam yang tahun ini jatuh pada hari Ahad.

Setelah IKEA beroperasi di bangunan sendiri di Mutiara Damansara, ini kami pertama kami melangkah ke gedung membeli belah tersohor ini. Sebelum ini pun sewaktu IKEA menumpang di One Utama, tanpa kehadiran al-irfan, ayah dan bonda pernah datang sekali. Walaupun niat kami hanya untuk membeli sebiji lampu lantai, tapi oleh kerana ini adalah lawatan kali pertama, lantas kami mengambil peluang ini untuk menjelajah ke segenap ruang yang ada.

Maka kami begitu gembira mencuba segala peralatan yang ada.

Melewati kaunter pembayaran pada jam 2.15 petang, berikut adalah kandungan di dalam troli kami:

1) Lampu lantai jenis LERSTA

2) Kuali 35 inci jenis PYRA

3) Lilin aromaterapi jenis TINDRA

4) Bekas bag plastic RATIONEL L VARIE

5) Sebiji mentol OSRAM


Cukup memuatkan sebuah troli mini yang secara sukarela ditolak oleh al-irfan.

Sebelum pulang, terasa pula untuk menikmati hidangan tengah hari ala Swedish. Lantas, kami menuju ke Food Court yang penuh sesak dengan manusia. Nak ambik makanan pun kena beratur panjang macam kat asrama pulak.Walaupun begitu, sistem pengambilan makanan di sini sangat teratur, cepat dan mudah.

Hidangan Sweden yang kami makan di IKEA.

1) Poached Salmon with potato.

2) 10 pieces meatball with fries.

3) Mini fish burger with fries.

4) Daim cake (sedap!!!)

5) 2 pieces chicken wing.

6) Soft drink - boleh refill berapa banyak mau minum.

Gambar makanan tiada sebab kamera sudah simpan dalam kereta.

Selesai makan, kami bergegas pulang supaya sempat menunaikan solat zohor di rumah. Al-irfan mula terlena ketika dalam perjalanan pulang, namun terjaga sebaik sahaja sampai di rumah. Lepas solat, ayah dan bonda pula terlena tapi al-irfan pula yang berjaga. Apa dia buat masa ayahbonda tidur, kami tidak pasti. Bila kami terjaga, nampak semua ok jer... Takde benda pelik kot dia buat... hehehehehe!