Thursday, July 23, 2009

BOWLING WITH FAMILY

Program bermain bowling bersama keluarga telah diadakan di Ampang Superbowl Ampang Point pada 19 Julai 2009.

Sudah agak lama kami tidak turun ke gelanggang bowling. Bonda pulak tengah pregnant, lagilah tiada semangat kesukanan yang jitu untuk bermain bowling. Namun memandangkan kali ini telah dijemput dengan cerianya oleh anggota keluarga sendiri, serta menawarkan hadiah yang tak berapa hebat kerana saya melihat hadiah yang paling banyak ialah hamper barang-barang keperluan bayi tajaan johnson & johnson. Tapi bila tak dapat rasa rugi pulak sebab boleh simpan untuk adik yang nak keluar lagi beberapa bulan. Oleh kerana tidak ada rezeki kerana team kami pun tak berapa pandai main, hanya mengharapkan ayahanda seorang sahaja (mana aci macam ni), maka kami gagal untuk mendapatkan hamper johnson & johnson.

Perasmian oleh mak datin tak ingat nama dia sape, tapi yang pastinya dia ni isteri kepada YB Dato' Shabery Cheek, orang kemaman kita jugok. Wah bermain dengan keluarga sendiri pun siap ada perasmian oleh mak datin lagi? Sebenarnya kami hanya menumpang perlawanan yang dianjurkan oleh SK Jalan Cochrane, bersempena dengan aktiviti hari sukan sekolah tersebut, yang mana Acu ada anak yang bersekolah di sana. Memandangkan acu juga merupakan salah seorang AJK pengelola kejohanan, dan pertandingan ini terbuka pula kepada ibu bapa dan guru, maka diajaklah kaum kerabatnya untuk bermain bersama-sama.

Saya tidak melepaskan peluang ini untuk menjadi seorang penjaga bola bowling yang berjaya. Tiada siapa yang boleh mengambil bola bowling tersebut tanpa keizinan daripada saya.

Saya tak ingat ada berapa team semuanya yang main, namun saya kira agak banyak juga. Mungkin mencecah 20 team. Setiap team ada 4 orang di mana team saya dimainkan oleh ayahanda, pokcik amir, uncle E & auntie arnie. Itu nama yang tercatat dalam scoreboard lah. Dengan pemain simpanan seperti bonda, auntie E.G, auntie su & uncle jack yang turut sama menyumbang bakti melontarkan bola untuk team kami yang namanya ialah "MERIAH". Memang meriah sungguh!

Inilah antara pemain simpanan kami yang tidak berapa berjaya mengutip jatuhan pin yang boleh mendatangkan hadiah hamper johnson & johnson.

Di samping permainan bowling yang menyeronokkan, ada banyak sesi fotografi bebas yang dianjurkan oleh jurugambar yang tidak diundang seperti pokcik amor & ayahanda sendiri. Sebenarnya inilah salah satu cara latihan bebas untuk menajamkan kemahiran bertangkap gambar. Bak kata mat salleh "PRACTICE MAKE PERFECT".

Apakah mungkin bagi seorang ibu yang mengandung menghayunkan bola bowling? Sebaling dua untuk melepaskan gian tiada masalah bagi bonda. Masalah hanya hadir sewaktu malam menjelang apabila bonda mula mengadu sakit-sakit badan.

you shoot me, i shoot you!

Tak sangka tok ti kita sangat terer sehingga memenangi kejuaraan untuk individu wanita dewasa. Itu nasib baik bonda kita tak main atas sebab-sebab keselamatan. Kalau main, harus ada tentangan.

Juara kategori kanak-kanak iaitu pokcik adli. Alaaa.. kanak-kanak berapa orang je yang main pun. Chances dia memang tinggi untuk memang. Tak heran!

Dalam banyak-banyak gambar, inilah satu-satunya gambar famili yang mendapat penyertaan teramai.Masing-masing berterabur pegi mana ntah. Kejap ada, kejap takde. Mana yang ada aje lah. Lagi pun benda tak plan nak ambik ramai. Cekup je mana yang ada.

Dah penat bersuka-ria main bowling, ramai-ramai kita pergi makan. Ada orang nak belanja kat Ampang Yong Tau Foo. Rasanya ini 2nd time makan kat sini. Ingat lagi dulu first time nak makan sini, rasa cuak berganda-ganda sebab masuk restoran cina. Tok Ajang lar yang ajar makan kat sini dulu. Ini dia nak bawak lagi.

Tapi bila tengok ramai jer melayu makan kat sini. Pas tu terpampang logo halal sebesar alam kat dinding restoran tu, so kami belasah saja. Kena yakin sebab benda dah masuk perut. Dah jadi darah daging kot.

Begitulah al-kisahnya. Terima kasih.

Thursday, July 16, 2009

VICTORY RESTAURANT

Episod jalan-jalan cari makan kali ini membawakan kepada anda pengalaman menikmati hidangan di restoran victory.

Apa yang best sangat makan kat sini? Ok... first of all, originally, restoran ni base kat arab street, singapore. Dengar cerita, kalo kat singapore sana, memang famouslah restoran nih. Rasanya this is the only branch yang ada kat malaysia, to be specific location dia dekat Taipan USJ, opposite masjid al-falah. Dapat tahu kewujudan restoran ni dari rancangan jalan-jalan cari makan TV3. Nampak macam menarik sangat. Itu pasal kami datang.

Signboard on the entrance. Nama mat salleh ingatkan menu western style, rupa-rupanya mamak. Speciality on briyani and murtabak. Jom kita masuk!

Cashier tempat collect duit. Perhatikan ada plak jalan-jalan cari makan di situ.

Sup tulang merah pilihan ayahanda. Makannya bersama roti perancis. Antara menu istimewa di victory. Sebelum makanan ni sampai, kami fikir sup ni berkuah dan cair macam sup yang biasa kita makan tu. Alih-alih tu dia, kuah dia sikit jer, pekat dan likat pulak tu. Daging ada 2 ketul. Besor-besor! Tapi tak rasa sangat daging tu. Lemak je yang banyak. Dah nama pun sup tulang, dia punya bahan utama mestilah tulang! Ayahanda yang memang alergi tak makan lemak terpaksa lar telan jugak. Dah beli kan. Tak makan rugi pulak rasanya. Mahal tu... RM6.50 sepinggan.... rasa janggal pulak bila panggil sepinggan sup!

Another specialty kat sini. Murtabak victory! Ada macam-macam size pulak tu. Ada S, M, L, XL. Yang kami order ni medium size, saiznya saja sudah luar biasa dari murtabak biasa. Sepinggan hijau tu kena lipat dua. Tak habis makan pon. Tapau bawak balik. Harga: RM10.00.

Untuk irfan, order something yang tak pedas. Interview punya interview akak waiter tu, last-last jadi angkat mee ladna. Confirm tak pedas! Harga... errr tak ingat... RM4.50 kot?

Air yang lazat. Jus buah tropika untuk bonda, sirap bandung cincau untuk ayahanda.

Kita minum dulu........!!!!!

Ayahanda mendemostransikan cara-cara meratah sup tulang daging merah.

Irfan menunjukkan cara-cara memakan mee ladna dengan tertib dan sopan sambil mempromosikan restoran victory.

Blruupppp alhamdulillah!

Wednesday, July 15, 2009

WALIMATUL-URUS: ELEM & HELMI

Ahad 31 Mei 2009 / 6 Jamadil-Akhir 1430.
Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis 2, Kuala Lumpur (dekat Batu Caves).

Warna tema: Oren


Tiada bayaran dikenakan... saje suka-suka ambik untuk memenuhkan portfolio fotografi.

Siapa ELEM?
Nama yang unik... nama penuh beliau ialah ELEM MAZRUNIE BINTI ISMAIL
Siapa dia?
Tiada kena mengena dengan kami sekeluarga.
(p/s: rupa ada iras2 siti nurhaliza tak?)

Siapa HELMI?
Nama yang tidak berapa unik... nama penuh beliau ialah MOHD HELMI BIN ABD. RAHMAN
Siapa dia?
Anak lelaki kedua Acik Ida yang menjaga al-irfan.
Ada kena mengena di situ.

ON THE SCREENkek dengan aksesori butterfly. kalo tambah lagi aksesori tu dengan ulat ke, ular ke, jengking ke, semut ke lagi thrill.

keberangkatan tiba raja & ratu sehari ke balairong seri. aisehman... dia pejam mata lah pulok!

aksi gambar dalam gambar... teknik lama yang sangat biasa dipraktikkan oleh photographer.

angle pengantin dari depan

angle dari pengantin lelaki

angle dari pengantin perempuan

saat-saat syahdu

jelingan manjamu... membuatku terpaku...

satu lagi standard operating procedure dalam majlis perkahwinan... potong kek! kalo tak potong kek tak boleh kahwin ke? huhuhuhuhu!

dah potong tu kenalah makan pulak, takkan nak biar cenggitu jer.

tiba2 lagu negaraku berkumandang dan semua orang termasuk pengantin haruslah berdiri tegak mengadap kiblat... ehhh macam tipu je?

BEHIND THE SCREEN

di sini lokasi persandingan

antara kelibat rombongan pengantin dari pihak lelaki sedang bermesyuarat sambil menganyam ketupat di tengah panas. mana ketupat? sendiri mau ingat lar...

"kami tidak ada apa-apa, itu semua gossip belaka"

karaoke... suara mamat yang baju biru tu boleh tahan jugak. yang tak tahan time ni tengah mendendangkan lagu mat daud kilau: cek mek molek... siap ngan gelek! memang gerek seh!

ayahanda pengantin lelaki

gadis dan bunga (bukan bonda pengantin lelaki yer!!!)

kakak rini & myself. kakak rini is adik pengantin lelaki.

dah nak balik lar nih... huhuhuhuhu!!!

gendang gendut tali kecapi,
ada kahwin, kita cerita lagi.