Tuesday, September 14, 2010

AIDILFITRI 2010

Raya tahun ni paling simple.

Baju tak beli. Pakai saje mana yang ada. Tapi sempat jugaklah sambar jeans 2 helai masa sebab masa tu harga murah giler. Lagi pun dah lama tak beli seluar. Kira stok untuk pakai hari2 jugak. Itu pun beli kat tesco jer. Tak kuasa nak bersesak-sesak memenatkan badan kat jalan TAR atau masjid india. Macam lah tempat lain takde jual baju raya. Baju anak2 pon beli kat tesco ngan ware house kat sri petaling masa kebetulan pergi berbuka kat sana. Murah dan cantik jer, takde orang pertikai pon.

Balik kampung pon tak lama. Ambik cuti pon sehari jer sebelum raya. Isnin dah kerja. Rasa macam budak skema rajin giler raya ke-4 pon dah kerja. Apakan daya, cuti dah tak banyak mana. Sebelum ni dah banyak ambik emergency leave pasal pakcik meninggal, adik meninggal. Lepas tu nak simpan jugak untuk raya deepavali ngan raya haji adik-adik 2 orang nak kahwin.

Tapi rasa macam tak puaslah pulok takat 2 hari je kat kampung, tak sempat nak cover semua rumah yang biasa diziarahi tiap kali hari raya. Collection budak2 ni pon sikit jer sebab pergerakkan agak terbatas.