Thursday, September 27, 2007

Salam Ramadhan

Ketegasan Allah dinyatakan lagi:

Oleh itu anakku, janganlah kamu menafikan ayat-ayat Allah. Apa sahaja yang termaktub di dalam Al-Quran, itulah yang sebenar-benarnya. Jika kamu menafikan, maka nerakalah tempatmu. Papa dan mama tak boleh nak tolong dah masa tu. Sebab tu papa bagi peringatan sekarang !

Assalamualaikum…

Agak lama juga Irfan tidak mengemaskini laman blog ini memandangkan papa seringkali terleka dengan kesibukan kerja sehariannya. Sudah beberapa kali juga papa berniat untuk menyediakan kemudahan internet di rumah, supaya senang Irfan mengemaskini laman blog, namum belum rezeki lagi agaknya.

Hari ini sudah separuh Ramadhan Irfan lalui. Irfan tidak perasan juga sehinggalah imam membaca Qunut dalam rakaat terakhir sunat witirnya. Alhamdulillah, walaupun belum lagi diwajibkan berpuasa tapi Irfan tidak banyak kerenah yang boleh menyusahkan papa dan mama yang letih berpuasa. Saban malam papa ke surau, dan sesekali menjadi imam. Kata papa, inilah pertama kali papa menjadi imam terawikh. Walaupun papa bukan dari kalangan ahli agama, namum keupayaan dan keyakinan papa ketika memimpin jemaah mula disegani masyarakat KIP.

Semalam juga papa terpaksa berbuka seorang diri di rumah, ketika Irfan menemani mama ke rumah Ayah Long.

Esok Irfan akan pulang ke Dungun, menziarahi Tokki dan Nenek yang sudah lama tidak berjumpa. Papa bercadang untuk bertolak sebaik sahaja selepas subuh. Barangkali di kala itu, Irfan masih lagi lena beradu.


“Dunia dan zaman ini sentiasa berubah. Sesuai dengan peredaran masa, kita juga mesti berubah ke satu tahap yang lebih tinggi dan berkualiti. Kita tidak sepatutnya cepat berpuas hati dengan pencapaian kita sekarang. Gandakan prestasi diri, tingkatkan kualiti diri, keluarga dan masyarakat. Berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik”