Monday, April 20, 2009

WEEKEND STORIES

Pening jugak pikir kat mana Bukit Mewah, Kajang. Mewah sangat ke tempat tu? Tempat orang kaya ke? Kalau ada internet kat rumah, dah lama aku google map. Pakcik makcik yang nak ikut bertandang sibuk tanya aku kat mana Bukit Mewah. Iskkk... rumah diorang takde internet jugak ke? Ahhh... tak payah pikir... tunggu je rombongan pengantin datang rumah. Kita follow sekali.
Sebenarnya hari tu hari bertandang ke rumah pengantin lelaki, merangkap aku punya adik ipar lah. Itu yang semua sibuk2 nak follow tu. Dah sebulan nikah, baru nak bertandang. Berapa punya lama daaa...

Ramai jugaklah yang follow. Sedara-mara belah ayah yang mostly stay kat lembah kelang, memang lupa daratan lah kalau tak datang kan? Sedara-mara belah mak straight away from Penang pon ada datang. Aku pulak saje tak mboh bawak kamera. Aku nak jadi tetamu sepenuh masa....

Dah abis bertandang tu, makan2, ambik gambor, lepak2, so kitorang pun balik. Mak, ayah, adik beradik aku ngan famili makcik moh from penang lepak rumah aku malam ni. Dah time tu jugaklah ada kerja turap jalan kat kawasan kuarters, terpaksalah tetamu2 aku nih park kete kat luar. Malam tu agak2 tar dah keras, baru bawak masuk. Chef pulak pening2, mabuk2. Tetamu kena layan diri lah masak apa yang patut.

Ahad bila semua orang dah balik, maka bermulalah operasi mengemas rumah. Arghhh... kena buat sorang-sorang la ni memandangkan bonda yang masih lagi morning sickness memang tak boleh buat apa pon. Bukan takat morning jer, afternoon, evening, night semua dia sapu bersih. Takpe... sabar... sabar... bukan senang nak jadi bapa mithali nih.Baru je nak mula operasi, si Kaladevi datang pulak sebab nak pass kat aku buku pelaburan ASW2020 ngan cek mintak tolong aku pass kat kaunter. Kaladevi ni jiran lama. Dulu duduk kat rumah atas, tapi sekarang dah pindah. Banyak duit dia nih. Asal ada produk re-launch, mesti tambah pelaburan. Bukan sikit punya tambah, tapi maksimum limit terus. Dah tu, untuk bukan untuk diri dia jer, laki ngan anak dia pon join sekali. Dia ni cikgu... aku ingat tak kaya mana kot. Laki dia lar kaya giler babeng... Kontraktor kot... bawak kete Mercs punya SUV tue...

Ok... Kala dah balik... boleh mula operasi. Sebelum tu belasah roti canai dulu. Ini roti canai yang ke berapa ntah. Nak elakkan pembaziran punya pasal, aku cuba makan sebanyak yang boleh. Dari pagi sampai tengahari dok cekik roti canai telur jer. Dah makcik moh beli banyak sangat. Nasik lemak pun dia beli. Breakfast tadi diorang pakat cekik nasik lemak jer. Bila semua orang blah, roti canai takde orang nak makan. Nak buang terasa lah pembaziran yang amat sangat. Lunch pon aku suap irfan makan roti telur. Nasib baik dia nak.Sambil-sambil kemas rumah, aku layan F1 Chinese Grand Prix kat Shanghai. Hujan sepanjang race. Kat Puchong baru je lepas hujan. Konfem banyak eksiden lah nie. Last2 team yang tak pernah menang dalam sejarah F1 menang kali ni. Sebastian Vettel & Mark Webber leads Red Bull Racing Team to maiden one-two victory. Kira oklah tu... sejak habis zaman Michael Schumacher, baru nampak banyak variety dalam pemburuan gelaran juara. Kalau tak dulu balik2 schumacher jer...Anyway, aku cukup gumbira bila Man Utd kalah ngan Everton dalam semi-final FA Cup. Hahahahahaha!!!

Thursday, April 16, 2009

GUITAR HERO

Baru-baru ni, masa road tour Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 kat Klang Parade, aku terpesona tengok Rosli Mohalim, guitaris kumpulan rock Sweet Charity buat persembahan. Dah lama aku tak tengok persembahan gitar solo dari gitaris profesional. Dalam muzik rock, gitar karan memang wajib. Rock tanpa gitar karan ibarat teh tarik takde susu. Bukan takat tak sedap, tapi memang tak jadi langsung!

So, pasal aku minat sangat dengan muzik rock, dan untuk meng-rock-kan diri aku yang tak berapa rock kalau dilihat dari mata kasar, maka aku pon mula berjinak-jinak dengan gitar bermula zaman aku mula-mula masuk universiti dulu. Masa tu aku buat matrik UPM kat cawangan Terengganu, sekarang tempat tu dah jadi Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Ntah bila diorang upgrade aku tak perasan. Tapi zaman tu memang heaven lar.

Time tu, dengan pengaruh muzik alternative & underground (sekarang dah panggil indie pulak, tapi indie lembik tak macam underground dulu... heavy!), makin meluap-luap keinginan aku nak main gitar. Sifu aku time tu nama dia Zuhdi. Bukan takat gitar kapok, gitar karan pon dia bawak masuk hostel. Best giler... maka berkat ketekunan & kesungguhan aku belajar ngan si Zuhdi ni & juga sifu2 yang lain, akhirnya boleh kata aku lulus lar main gitar. Takde lah terror tahap man kidal, tapi kalo takat pegi jemming tu biasanya aku akan main rhythm gitar sambil nyanyi... perghh rasa macam Kurt Cobain tuu. Kadang-kadang aku main dram. Saje rotate bagi semua orang dapat rasa equipment yang ada. 

Tak pun kalo kitorang boring2 kat hostel, kitorang lepak ramai2 kat bilik, buat konsert akustik. Ala2 konsert unplugged nirvana kat new york... Hahahaha! Teringat kenangan silam.

Masa tu, kita punya influence lebih cenderung ke arah lagu-lagu yang dipopularkan oleh Nirvana, Metallica, Greenday, Butterfingers... itu lah antara band yang biasa kitorang bawak lagu dia. Lagu lain pon ada main jugak tapi tak banyak.

So, sampai sekarang aku memang minat giler ngan irama gitar rancak. Kat malaysia, ada few gitaris yang pada aku memang best... tapi personally, dalam ramai2 tu, yang menjadi poojaan hatiku:
man kidal. pada aku, dah ler main gitar terbalik, tali tak tukar pulak tu.

Karl dari kumpulan Cromok. Punyalah minat dengan petikan gitar solo si Karl ni, sampai sekarang aku layan lagi lagu-lagu Cromok.

Joe wings... main gitar terbalik macam man kidal jugak

kalo international pulak, yang menjadi poojaan hatiku:
mr. eric johnson

mr. steve vai

mr. paul gilbert dari kumpulan Mr. Big

mr. kirk hammet from metallica

minat dalam erti kata aku suka melodi & solo diorang menyebabkan walau pun dah jadi bapak orang, aku masih lagi layan lagu2 diorang.

so, pada aku, rock tak akan jadi tanpa gitar, dan peranan seorang pemain gitar sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah kumpulan rock.

Guys, YOU ROCK THE WORLD!!!

Wednesday, April 08, 2009

3 APRIL (PART II)

Jumaat 3 April 2009 ialah hari lahir ayah yang ke-32. Biasanya, sekiranya hari itu adalah hari lahir ayah atau bonda, kami akan keluar bersiar-siar sambil menikmati hidangan makan malam bersama-sama. Sementelah kami mendapat tahu berlangsungnya penjelajahan anugerah bintang popular berita harian 2009 di Klang Parade, langsung kami ke sana untuk melihat apa yang ada. Tiada apa yang istimewa, cuma ujibakat pertandingan nyanyian . Ayah juga mencuba, tetapi tidak berjaya. Pesertanya hebat-hebat belaka. Bagi kami, sukar untuk memilih 10 peserta terbaik di kalangan hampir 140 pesertayang mencuba nasib. Namun, bagi juri, 30 minit sahaja, sudah dapat 10 yang terbaik.

Sebelum menonton persembahan, kami singgah menjamu selera dahulu di Secret Recipe.jus epal kasturi yang masam

aksi bunuh diri ketika menunggu makanan

patung ben-10 ihsan mc'D

lapar sangat nie... makan fries dulu

ayah punya... chicken chop black pepper herba rice ntahapekebendantah!

irfan punya, share ngan bonda... mini burger, alpha fries blablabla tak ingat dah!

macam nie cara makannyer...

Monday, April 06, 2009

3 APRIL

3 april is a writer's birthday. So, I am wishing myself HAPPY BIRTHDAY!

A day that will become history, 3rd april 2009 is the date where YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak became the 6th prime minister of Malaysia.
I guess nothing special to do with him as leader comes and goes. Like it or hate it, base on his position in government and UMNO, who else should be selected?

But I am a little bit menyampah with Big Mama. Feels that there is something wrong with her. Gaya, penampilan, personaliti... eiiii tak sukaaaaa!!!

As usual, when a PM resign, he and his wife will be rewarded Tun from the Agong. That's happened to Abdullah & Jeanne.

Thus, the RAHMAN theory has been completed!

Wednesday, April 01, 2009

VELOCITY ANGELS MODEL OF THE YEAR 2009

An awesome event. 12 models competing for Velocity Angels Model of The Year 2009, in conjuction with DCIM 2009 at MidValley Exhibition Centre Kuala Lumpur.

I was there, trying to hang around with the models, and get my best shot as an experiment for portraiture.

Late arrival for me due to bad weather which caused a very bad traffic jam, even some part of the street, my motorbike cannot cilok.

mrs. mc