Wednesday, December 31, 2008

TELUK LIPAT

Macam biasa, kalau balik kampung, mesti datang sini. Nama tempat ni, Pantai Teluk Lipat. Tak tahulah macamana boleh dapat nama macam tu, tapi kawasan ni memang berteluk. Kalau tengok dalam peta, letaknya dalam kawasan lengkung yang mana kalau mengikut bahasa bakunya – teluk. Jarak dari kampung kami tidaklah jauh. Tidak sampai 5 minit dengan pemanduan biasa. Jalan pun perlahan sahaja sebab melalui kawasan kampung.
Pantai ni kira famous jugaklah di kalangan masyarakat Dungun sebagai salah satu tempat peranginan dan rekreasi. Tambahan pula letaknya dalam kawasan Bandar Dungun. Di sepanjang Pantai Teluk Lipat, terdapat pelbagai jenis tempat rehat dan santai seperti restoran, kedai makan, warung, tapak fun fair, taman permainan kanak-kanak, rumah-rumah kampung dan banglo, resort dan yang last sekali kalau kita ke hujung teluk ada kampus UiTM cawangan Terengganu. Litar go-kart pun ada tau!
Sekitar pemandangan di kawasan Pantai Teluk Lipat. Ini jer yang sempat dishoot sebab nak cepat. Hari dah nak gelap. Korang tengok jer lah…
Bila dah sampai ke Pantai Teluk Lipat ni, kami bukan sekadar bersiar-siar sahaja, tetapi mesti cari keropok lekor, ikan goreng celup tepung, sotong goreng celup tepung ngan fishball celup tepung. Cicah pulak dengan apa yang orang ganu panggil “cuka”. Orang Terengganu ni, bila sebut cuka dia ada dua makna. Satu cuka makan yang berasid tu dan satu lagi cuka keropok, yakni sos yang di cecah dengan keropok. Biasanya berwarna merah pekat dan agak cair jika dibandingkan dengan sos cili komersil. Air pulak mesti mau order air jagung… pergghhhh!!! Memang mantap!!! KL memang tak jumpa makanan nie. Special punya made in Dungun.
Kali ni kitorang order simple jer sebab tak lapar sangat. Cuma rindu rasa nak makan jer. Lagi pun warung pink faveret kitorang tu tutup pulak. Makan kat kedai lain. So takdelah order banyak.

1 comment:

SYCLONE said...

5 minit dengan Mini yang slow.

Dengan Iswara yang berMP3 player mesti 2 minit. Power of laser!!!