Tuesday, April 17, 2007

STEP BY STEP

Minggu ini saya mula mengatur langkah. Sudah tentu menggunakan kaki dan bukannya merangkak seperti kebiasaannya. Walau pun pincang dan terhuyung hayang, namun setelah hampir 14 bulan menunggu akhirnya keberanian itu muncul juga. Hanya satu permulaan, langkahan awal bagi meneroka dunia luas ini.

Wednesday, April 04, 2007

HAPPY BIRTHDAY, AYAHANDA!

3 April 2007. Petang itu, seperti hari-hari sebelumnya, hujan datang lagi. Walau pun tidak lebat, tapi sudah cukup membasahi baju hujan yang dipakai ayahanda yang bermotosikal ketika pulang dari kerja.

Disebabkan hujan, ayahanda pulang agak lewat dari biasa. Saya dan bonda dari awal lagi menunggu ayahanda pulang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk membuat kejutan. Kotak hadiah yang dibalut rapi bersama-sama sebuah kek yang dihiasi dengan tiga batang lilin, simbolik kepada ulang tahun kelahiran papa yang ke-30 setia menanti kepulangan ayahanda.

Ayahanda sampai ke rumah tatkala maghrib menjelang tiba. Sebaik sahaja melangkah masuk, beliau kelihatan agak terkejut melihat kejutan yang tidak disangka-sangka itu. Selepas mencium bonda dan saya, kami bersama-sama menjamah kek yang dipotong ayahanda. Kemudian beliau membuka hadiah yang diberi oleh bonda, sepasang kasut kasual gaya terkini.

Malam itu, saya menemani ayahanda & bonda makan di sebuah restoran yang menyediakan masakan ‘steamboat’ ala Korea di Plaza Pantai. Hidangan ala buffet membolehkan ayahanda & bonda makan semahu-mahunya, ada yang direbus ala yong tau foo dan ada yang dipanggang ala BBQ, sedangkan saya hanya menjamah sedikit agar-agar susu yang lembut dan manis.