Thursday, January 08, 2009

AL-IRFAN GOES TO SCHOOL

Date: 7 January 2009.

Venue: Genius Aulad, Bandar Puteri Puchong.

Secara rasmi, hari ini saya mula melangkah ke sekolah. Ia adalah sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam yang moden dan sistematik serta menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan. Moden kerana sistem pembelajarannya yang dinamik hinggakan kanak-kanak seusia saya sudah mempunyai kelas komputer. Sistematik kerana keseimbangan diberikan pada ilmu duniawi & ukhrawi. Sistem 3M juga diperluaskan lagi kepada 4M iaitu mengeja, membaca, mengira & mengaji hinggakan solat sudah menjadi suatu kewajipan seawal usia 3 tahun lagi. Walaupun masih belum mampu untuk solat, kami ditempatkan juga bersama-sama kanak-kanak lain yang lebih senior untuk bersama-sama ‘memeriahkan’ program solat berjemaah.

Sekolah di sini punya 2 sesi. Sesi pagi & sesi petang. Saya lebih selesa berada dalam sesi petang yang bermula jam 1.30pm hingga 4.30pm kerana punya banyak masa untuk tidur lebih lena di waktu pagi. Selain itu, turut memudahkan bonda untuk menghantar & mengambil saya kala waktu itu bersesuaian dengan waktu rehat tengaharinya.

Rata-rata pelajar disini berusia 4 & 5 tahun. Walaupun terdapat pelajar yang berumur 3 tahun namun jumlahnya tidak ramai. Kuotanya hanya 3 orang sahaja untuk setiap sesi. Namun begitu, kini terdapat lebih dari 3 orang untuk setiap sesi memandangkan bagi bulan pertama, kami diletakkan dalam tempoh percubaan. Kami akan dinilai berdasarkan prestasi dan sikap kami yang sentiasa dipantau oleh guru-guru di sini bagi melayakkan kami meneruskan pembelajaran di sini untuk hari-hari seterusnya. Only the best will survive till the end.

sudah punya tanda nama sendiri


ceria sebelum ke sekolah

lepak lepas balik sekolah

No comments: