Tuesday, October 27, 2009

MOTOGP GRAND PRIX OF MALAYSIA

It was a fantastic weekend at Sepang International Circuit (SIC) as the world class rider came back for the 19th edition of Malaysia Motorcycle Grand Prix.

As a motor racing fan, pastinya saya tidak melepaskan peluang ini untuk bersama-sama menonton persembahan yang hebat sambil mengasah kemahiran fotografi bagi merakamkan aksi-aksi menarik superbike terulung dunia serta model yang seksi :-p

Saya berpeluang untuk menyaksikan secara dekat aktiviti di sekitar paddock sewaktu kawasan pitlane kepada orang ramai pada 23 Oktober 2009.

Menang kalah lain cerita. Yang penting motor mesti mau kilat, mesti mau nampak cun.

Suasana di kawasan paddock pasukan AirAsia Team Malaysia yang diketuai oleh Ron Hogg selaku pengurus pasukan. Walau pun diketuai oleh mat salleh, namun saya dapati kebanyakkan krew2 yang terlibat ketika menyediakan jentera ini menggunakan tenaga serta kepakaran tempatan, termasuk jurulatih pasukan, Shahrol Yuzy yang merupakan pelumba terakhir negara yang pernah bersaing di dalam pentas MotoGP kategori 250cc.

Orang ramai mengerumuni paddock dimana terletaknya pasukan Fiat Yamaha bagi menyaksikan kemunculan pelumba handalan mereka, Valentino Rossi. Rossi diramalkan akan mendapat tentangan sengit dari rakan sepasukan, Jorge Lorenzo dalam misi mempertahankan kejuaraan dunia buat kali kedua berturut-turut serta kali ke-9 dalam karier.

Kemunculan Rossi walaupun seketika namun sempat melayan peminat untuk bergambar dan sesi autograf.
Jentera perlumbaan milik pelumba Amerika Syarikat, Nicky Hayden dari pasukan Ducati Marlboro. Sekali pun pernah muncul sebagai juara dunia pada tahun 2006, aksi tidak konsisten menyebabkan beliau tidak lagi muncul sebagai pelumba pilihan berbanding dengan rakan sepasukan, Casey Stoner yang lebih menyerlah.

Krew perlumbaan pasukan Repsol Honda sedang mendapatkan setting terbaik sejurus pusingan latihan bebas diadakan.

Jentera perlumbaan milik Dani Pedrosa dari pasukan Repsol Honda.


Suasana di sekitar paddock menyaksikan para mekanik serta krew pasukan sedang bertungkus-lumus menyiapkan jentera perlumbaan masing-masing supaya berada pada tahap terbaik bagi menghadapi sesi latihan bebas di Litar Antarabangsa Sepang.

Saya jarang merakam sukan. Seingat saya, kali terakhir saya merakam aksi sukan ialah pada Mac yang lalu setelah mendapat tugasan untuk mengambil gambar aksi sukan budak2 sekolah rendah di Puchong. Kalau kejohanan bertaraf antarabangsa, kali terakhir saya merakam ketika Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia pada Januari lalu. Namun itu semua berbeza dengan motorsports. Maka kerana itu, pada awalnya beberapa kali saya dikecewakan dengan rakaman yang blur, shaking dan subjek yang tidak memasuki frame seperti yang saya hajatkan kerana gagal mematuhi setting terbaik. Harus diingat bahawa jentera2 tersebut bergerak dengan halaju yang tinggi, maka kejadian seperti gambar blur, shaking atau subjek tidak dapat dirakamkan sepenuhnya ke dalam frame adalah perkara biasa. Oleh itu, kita seharusnya terus mencuba bagi setting terbaik bagi merakam aksi di litar. Bagi mengatasi masalah ini, saya suka mendapatkan posisi di selekoh dimana pada ketika itu jentera perlumbaan bergerak dengan kelajuan yang minimum, lalu memudahkan kita "memperlahankan" jentera tersebut. Secara purata, saya banyak menghabiskan masa di kawasan hujung litar sekitar lap ke-15.

Dari segi setting, saya gemar menggunakan 'aperture (Av) mode' untuk mendapatkan aksi pegun jentera perlumbaan yang diselang-selikan dengan penggunaan 'timing (Tv) mode' untuk mendapatkan teknik panning, dimana saya perlu memperlahankan kelajuan shutter di bawah paras 1/80s. Penggunaan 'manual mode' agak mustahil dilakukan memandangkan saya tidak punya masa yang mencukupi mendapatkan setting serta mengatasi kelajuan jentera perlumbaan.

Selain itu, kita sering merasakan posisi pelumba yang kita rakam seperti kurang menarik berbanding gambar2 yang dilihat di majalah atau internet. Sebagai penonton biasa, kita tidak mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan angle terbaik bagi merakamkan aksi menarik. Lainlah kalau anda memang jurugambar profesional yang telah diberi kebenaran khas untuk masuk ke kawasan litar, mengambil gambar betul2 ditepi litar atau di selekoh2 menarik, pastinya tidak menghadapi banyak masalah untuk mendapatkan aksi 'korner baring' yang terhad sekiranya dirakamkan dari tempat duduk penonton.

Seperkara lagi yang harus diberi perhatian ialah jangan malas untuk melepaskan shutter. Gunakanlah continous shot yang boleh merakamkan beberapa frame per second - bergantung kepada jenis kamera kerana untuk merakamkan sesuatu yang sedang bergerak laju, satu klik setiap rakaman tidak mencukupi. Tiada jaminan gambar kita 100% akan menjadi. Sepanjang dua hari kehadiran saya ke Litar Sepang, saya telah membuat lebih daripada 1000 rakaman, yang kemudiannya memerlukan sedikit usaha untuk membuat pemilihan bagi mendapatkan gambar terbaik yang akhirnya setelah ditapis, saya hanya menggunakan dalam 300 gambar sahaja yang saya anggap benar2 berkualiti dan boleh disimpan. Yang lain saya delete, bukan sahaja kerana tidak cantik malah membazirkan ruang hard disk sahaja.

Berikut hasil rakaman saya sepanjang dua hari 'bertugas' di Litar Antarabangsa Sepang (saya buat style ala2 photojournalism).

Aksi juara MotoGP Malaysia 2009, Casey Stoner ketika mengambil selekoh di Litar Antarabangsa Sepang dalam aksi yang tertangguh kira-kira 30 minit akibat hujan lebat. Stoner berjaya menamatkan saingan dengan jurang masa 14.666 saat, jauh meninggalkan pencabar terdekat Dani Pedrosa yang menduduki tempat kedua.

Pelumba pasukan Repsol Honda, Andrea Davioso yang pada suatu ketika berada di tempat ketiga namun gagal menamatkan perlumbaan akibat terjatuh ketika saingan mula memasuki pusingan ke-9. Rakan sepasukannya, Dani Pedrosa berjaya menduduki tangga ke-2.

Litar Antarabangsa Sepang menjadi gelanggang bertuah buat Valentino Rossi apabila ditabalkan selaku juara keseluruhan MotoGP 2009. Sekalipun bermula dari petak pertama, Rossi yang pada satu ketika pernah tercicir pada kedudukan ke-10 berjaya mengejar pelumba-pelumba lain untuk menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketiga, seterusnya memastikan kejuaraan keseluruhan menjadi miliknya.

Rakan sepasukan Rossi, Jorge Lorenzo yang bermula dari pitlane akibat masalah teknikal berjaya memberikan saingan hebat sebelum menamatkan perlumbaan di tangga ke-4. Ketika ini, Lorenzo menduduki tangga ke-2 keseluruhan dengan 245 mata.

Penampilan pertama pelumba wild card negara, Elly Idlianizar Ilias nyata tidak mengecewakan apabila berjaya menduduki tempat ke-16 daripada 33 pelumba dalam saingan bagi kategori 125cc. Seorang lagi pelumba negara, Mohd Zulfahmi Khairuddin sekadar menduduki tangga ke-20.

Aksi dua pelumba ketika berentap dalam kategori 250 cc yang akhirnya dimenangi oleh pelumba Jepun, Hiroshi Aoyama dari pasukan Scot Racing Team 250cc.

Aksi pelumba Jepun, Hiroshi Aoyama ketika meraikan kemenangannya di Litar Antarabangsa Sepang setelah menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 42:55.689. Aoyama berada dalam kedudukan terbaik untuk muncul juara keseluruhan kategori 250cc ketika saingan berbaki satu pusingan lagi. Perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Litar Valencia, Sepanyol.

(Dah macam wartawan sukan pulak)

Biasalah beb... motorsport mesti ada awek seksi. Lumba kereta ke, F1 ke, MotoGP, Cub Prix ke even lumba haram pon mesti kena ada awek. Adakah dengan kehadiran awek2 seksi ini boleh menambah power jentera perlumbaan? Mungkin tidak... Biasanya penganjur akan mengeksploitasikan gadis2 seksi ini sebagai daya tarikan pengunjung sama ada di litar mahu pun booth2 pameran. Bayangkan booth Givi kalau ada kotak2 jer, tentu tidak menarik bukan?

Ok... kita cuci mata layan awek2 seksi di Litar Sepang.

Salah seorang pendamping kepada penunggang San Carlo Honda Gressini MotoGP, Toni Elias ketika sesi bertemu peminat di booth Denso.

Model Shinko - Performance Tires made in USA. Tayar tu yang made in USA, bukan model.

Salah seorang model di booth Petronas Official Merchandise.

Model Givi dengan fesyen berkemban yang sangat popular di kalangan model masa kini.

Model Majalah MotoGP (tak beli pon).

Model majalah Motor Culture - tak beli jugak.

Salah seorang model kawasaki (dalam hatiku berkata - muka dia nie macam penyanyi Elyana)

Lagi model kawasaki dengan bangganya menayangkan pusat namun tidak bertindik.

5 comments:

salman ® said...

ko tgkp gamba moto ke gambo pompuan ni? byk gambo gadis litar dr gamba moto..ahahahha

Zuri Aqim said...

gambar motor tu dah biasa man... kat majalah ngan internet pon berlambak... aku mencari sesuatu yg luar biasa... :-)

庭峰 said...

Shinko Motorcycle Tires made in Korea, not USA

庭峰 said...

Shinko Motorcycle Tires made in Korea, not USA

Zuri Aqim said...

but that lady told me that it was made from USA... hahahahaha... whatever lah... USA ka, Korea ka, Japan ka, the focus is on that lady, not the tyres... hahahahaha