Monday, October 05, 2009

THUNDERBIRDS AIRSHOW

Last saturday, ayahanda dapat info akan adanya satu pertunjukkan udara di TUDM Subang. Wah, menarik! Memang kalau ikut perancangan kami nak ke Langkawi hujung tahun ni untuk menyaksikan LIMA 09. Tapi oleh kerana time tu kami akan menyambut kedatangan orang baru, maka rancangan tersebut tergendala begitu sahaja.

Maka tengok dekat Subang pon jadilah.

Irfan pergi dengan ayahanda sahaja. Bonda duduk rumah, tak larat.

Pertunjukkan tersebut dinamakan "THUNDERBIRDS AIRSHOW".

Its the air demonstration squadron of the US Air Force (USAF) Thunderbirds perform aerobatic formations and solo flying in specially marked USAF Thunderbirds F-16 aircraft. The Thunderbirds are based at the Nellis Air Force Base in Las Vegas and regularly tour the world and the US itself.

Hoh, tak tahu pulak kat Vegas pon ada air force base. Ingatkan tempat orang main judi jer.

Show yang dijadualkan bermula jam 10.30 tertunda hingga jam 12.00 tengah hari berikutan hujan yang turun. Nasib baik tak lebat. Renyai2 sahaja.

Rakyat jelata pon ramai memenuhi jalan2 sekitar Subang, hinggakan dalam perjalanan kami, lagi 4km nak sampai airport jalan sudah jem. Walau pun begitu, dalam merangkak-rangkak tu, akhirnya sampai jugak ke tempat yang dituju. Siap dapat port baik lagi dalam kawasan landasan.

Kasi warm-up dulu, mula2 Sukhoi TUDM tunjuk skill. Nampak mantap dan bergaya di angkasa raya. Irfan pulak dah mula mengelabah time ni sebab tak tahan bunyi bising. Ayahanda kata "kalau tak mboh bunyi bising buat macam nie", sambil menutup kedua-dua telinga dengan telapak tangan. Melampau punya bising desibel tahap maksimum.

Lepas tu start hujan renyai. Show kena delay.

Muka budak yang letih sebab tunggu lama jet tak keluar. Hujan punya pasal, kitorang lepak dekat pondok guard MAB tu. Jeles jer tengok orang keluar masuk kawasan landasan.

Memang kami dan rakyat jelata yang lain tak boleh masuk kawasan tu. Pagar memang encik guard tu tak bukak langsung untuk public. Hanya staf dan kawan2 staf jer nampak keluar masuk. Tapi sekonyong-konyong pertunjukkan nak diadakan, tetiba je dia bukak gate tu seluas-luasnya dan bagi orang masuk. Memang rezeki lah bagi orang2 yang lepak kat situ, dapat jugak masuk landasan. Tak yah gi exactly dekat TUDM nun. Dengar citer, jem teruk!

Ready to take off...

Mula bergerak ke hujung landasan untuk berlepas.

Budak ni pon kejap2 nak duduk, kejap2 nak berdiri, kejap2 nak dukung... betol2 menguji kesabaran tukang gambar.

Manusia ada dimana-mana. Atas bangunan, bawah bangunan.

Atas menara kawalan pon ramai. Musykil gak camane diorang buleh terlepas kat atas tu. Mungkin staf serta ahli keluarga serta sahabat handai mereka kot.

Ekceli ada 6 biji semuanya. Lagi satu biji ada kat belakang tu tak muat masuk frame gambor. Format pelepasan 4-1-1.

Lepas tu baru kawan dia follow.

Maka mulalah berlagak tunjuk aksi hebat.

Formasi four-diamond yang berjaya mencemarkan alam sekitar.

4-serangkai mendongak ke langit.

Real punya terbalik bukan camera trick okay!

Bila tengok balik gambar ni saya rasa macam duduk sebelah2 jer dengan jet ni.

Aksi lagak ngeri tonggang terbalik yang menggegarkan jiwa. Silap sikit... berkecai!

Formasi wa pon tak tahu nama apa... tapi yang pasti, menarik!

Membuat aksi balik kuang di udara.

Formasi diamond memang tidak syak lagi.

Up.. up... and away... dari kedudukan mendatar, terus mencacak mencapai 90 darjah.

Diamond jugak tapi menggunakan 5 buah jet.

Menjunam... kalo terhempas harus jadi otromen!

VIP punya... bukan untuk buat main...

Macam mainan jer...

Mengutip bunga kononnya nak bagi kat bonda... simpan letak dalam poket... sampai rumah habis lunyai dah bunga tu.

Thanx to Petronas Dagangan yang membuka pintu belakang dan memberi kami perlindungan dari hujan serta duduk lepak2 kat belakang.

4 comments:

Naili said...

zuri, ketinggalan monorail nya kak lah baru tau keja sampingan awak yang glemer dan buat duit nih...

the air show indeed looked awesome though i'd prefer juz to look at the pix rather than looking up the skies non-stop. a big no no for someone like me.

nice shots they were..keep up the good work!

almustaqeem said...

its ok kak lah... better late than never kata org dungun...

naili said...

nyampoh. byk thn dah ambe gi ke dungun, xde pon org dungun cakap gitu. cess.. mai secha wannnn.

Anonymous said...

SortSoxyadvar [url=http://wiki.openqa.org/display/~buy-cytotec-without-no-prescription-online]Buy Cytotec without no prescription online[/url] [url=http://wiki.openqa.org/display/~buy-flomax-without-no-prescription-online]Buy Flomax without no prescription online[/url]