Thursday, October 01, 2009

AIDILFITRI 1430H


FIRST DAY OF RAYA

Syawal comes again and everybody keep on posting their memorable syawal moment on the net.

This year, with full of joy happiness, we are celebrating aidilfitri together with bonda's family. The celebration was held at Putra Heights, USJ.

Tuan Haji Jamalludin and Puan Sabariah together with their daughter and sons, menantu & cucu. Selain bersalaman memohon kemaafan, satu lagi acara wajib di pagi aidilfitri (pasca moden) adalah sesi fotografi bersama ahli keluarga. Kami mencipta kelainan tahun ini dengan mengadakan sesi fotografi tersebut di luar rumah (outdoor) bagi mendapatkan latar belakang (background) yang lebih menarik dan segar.

Tahun ini irfan mengenakan sepasang baju melayu berwarna merah jambu lengkap bersongkok serta bersamping. Kekangan masa yang begitu terhad menyebabkan ayah & bonda mengambil jalan mudah dengan membeli sepasang baju yang siap dijual. Ok apaa... kualiti setanding dengan yang ditempah.

Hari raya disambut sederhana tetapi meriah dengan kunjugan sanak saudara serta hidangan yang menyelerakan. Empat hari kami beraya di Putra Heights sebelum pulang ke kampung ayahanda di Dungun.

Wanita-wanita yang hadir dalam keluarga Tuan Haji Jamalludin. Berdiri di tengah-tengah adalah isteri Tuan Haji Jamalludin, manakala di sebelahnya yang bertudung kuning itu adalah anak perempuan tunggal beliau. Selebihnya adalah menantu.

Dengan kehadiran 6 orang anak lelaki dan seorang menantu menjadikan bilangan lelaki lebih ramai dalam keluarga ini.

Kasih sayang seorang adik kepada abang diterjemahkan melalui ciuman kasih sayang di aidilfitri yang mulia.

Irfan sedang bergembira menikmati hayunan buaian di taman. Setelah puas beraya di rumah, petangnya irfan bersama sepupu dengan diawasi oleh bapa saudara turun ke padang permainan untuk bermain.

Irfan tak mau tukar itu baju melayu. Main kat taman pun nak pakai baju melayu. Itulah semangat raya yang jitu.

Malam tu kitorang adik-beradik ni pakat2 buat makan malam ala BBQ pulak. Saje je nak tukar2 selera selepas seharian dok telan balik2 rendang, lemang, nasi himpit.

Budak2 seronok lah diorang main bunga api. Selagi tak habis bunga api tu, selagi tu nak main.

Irfan cuba menghidupkan bunga api dari pelita pacak yang lagi tinggi daripada tuan empunya badan.

Hidangan sampingan pelengkap menu BBQ, pastinya ada lemang, rendang, nasi himpit.


SECOND DAY OF RAYA

Tiada gambar untuk hari raya kedua. Kami pergi jalan2 ziarah rumah orang tak bawa kamera.



THIRD DAY OF RAYA
Hari raya ketiga ni kami anak-beranak bercadang nak sambung jalan-jalan menjelajah Lembah Klang untuk menziarahi kaum keluarga yang ada sekitar sini. Kalau semalam kami pergi menziarah rumah saudara mara belah Tok Ayah & Tok Ma, hari ketiga ni kami pergi jalan rumah adik-beradik Tok Ayah & Tok Ma pulak.

Hari ni irfan pakai baju kemeja. Destinasi pertama kami ke Johan Setia, Jalan Kebun, Klang.

Inilah rupa tuan rumah yang kami pergi, beliau yang irfan panggil Tok Cik, adik bongsu sebelah Tok Ma.

Yang ni anak2 perempuan Tok Cik, kecuali wanita yang bertudung kuning of course lah bukan anak dia.

Orang lain sibuk beraya, makan2 cuba memenuhkan tangki perut semaksimum mungkin, boleh tidur plak si kezen irfan ni.

Lepas puas makan2 kat rumah Tok Cik, kami bergerak pulak ke rumah seorang lagi adik Tok Ma, iaitu rumah Uwan di Kota Damansara.

Kat rumah Uwan ada baby kecik, nama dia Muhammad Fahmi Lokman. Baby ni anak pertama kepada Mak Ngah Nisa & Pak Ngah Hasrul, merangkap cucu pertama Uwan.

Ok... dah puas tengok baby, main2 ngan baby, kita makan lagi...

Menu standard... lemang, nasi himpit.

Jemu dah asik2 lemang ngan nasi himpit jer. Ada pulak buah rambutan. Belasah rambutan je lah. Bonda sedang menikmati buah rambutan yang dihidangkan oleh tuan rumah. Walaupun rambutan itu kelihatannya agak kurang masak kerana masih kehijau-hijauan, namun oleh kerana kejemuan menelan lemang & nasi himpit menjadikan rambutan tersebut enak sekali.

Bila semua datang berkumpul serentak, memang penuh lah satu rumah tu. Ini baru yang lepak kat dalam rumah. Yang lepak kat luar ada lagi tu.

Irfan bersalaman dengan Mak Lang Syafikah sebelum pulang. Mak Lang Syafikah yang merupakan sepupu kepada bonda irfan datang dari Kuala Lipis bersama keluarganya untuk beraya bersama-sama kami di Lembah Kelang. Sepanjang kedatangan Mak Lang Syafikah, irfan begitu seronok dan manja sekali dengannya. Lihatlah aksi dibawah nie, dah macam hape ntah!

Habis dah raya tahun ni.

No comments: