Monday, November 30, 2009

WELCOME TO THE WORLD

Akhirnya, yang ditunggu telah tiba!!!

Our latest and newest family member.

AYU QISTINA BINTI AZUHURI MUSTAQIM

Was born on November 08, 2009 / Zulkaedah 20 1430; at Columbia Asia Medical Centre, Puchong Selangor.

After more than 6 hours bonda bertarung dalam labour room, akhirnya jam 10.06 pagi keluar lah manusia seberat 2.85kg ini by normal delivery.

Letih tak hinggat... ayahanda letih sebab bersengkang mata sepanjang malam menemani bonda. Bonda lagi lah... tau aje lah sakit bersalin macamane. Siap ngan muntah lagi 2 kali sebelum bersalin, bonda memang nampak tak bermaya langsung. Nasib baik Irfan tak ikut, tinggal kat rumah nek acik. Jam 2.30 pagi kami kejutkan nek acik mintak tolong jagakan irfan sebab ayah bonda nak ke hospital. Ingatkan dah nak bersalin sangat dah, rupanya kena tunggu lagi 6 jam.

Kalau nak ikutkan kronologi, bonda sepatutnya dijadualkan bersalin pada 18/11/2009. Kira awal 10 hari lah ni. Tengah hari sabtu 07/11/2009 masa pergi check-up dengan Dr. Raja Juhaidah, doktor kata kandungan bonda memang dah turun bawah sangat dah. Anytime je dah boleh bersalin. Tapi sebab bonda takde rasa sakit atau tanda2 lain yang sewaktu dengannya, maka kami takdelah request nak bersalin time2 tu jugak. Kalau boleh nak tunggu hari rabu, 11/11/2009 sebab tarikhnya lebih cantik. Tapi doktor suruh datang balik hari isnin 09/11/2009, pagi tu dia mau kasi induce, maka petangnya bersalin. Ok jugak kalau dapat bersalin siang. Pengalaman berjaga malam masa bersalinkan irfan dulu amat memenatkan. Lagipun tarikh isnin tu boleh consider cantik jugak lah sebab nanti dalam IC dia akan jadi 091109-10-XXXX. Tapi bila pikir2 balik, better hari rabu sebab masih ada 2,3 perkara yang perlu diselesaikan supaya dapat bersalin dengan aman dan tenteram.

Alih2 malam sabtu tu jugak contraction start datang. Walau pun tak kerap, tapi sekali-sekala dia datang jugak. Nak pergi hospital, tapi biar dululah sebab contraction tak kerap sangat. Irfan pon tak tidor lagi. Karang dia nak ikut pergi hospital susah jugak. Lepak kat rumah dulu, makan pizza sambil tengok final bola sepak piala malaysia kelantan lawan negeri sembilan.

Dah abis bola, sambil2 nak tidorkan irfan, kitorang tidorlah sekali. Tengah2 syok tidor, dalam kul 2.30 pagi, bonda kejutkan ayah kata sakit tak tahan sangat dah. Ayah pon cepat2 bangun kumur2 basuh muka tak sempat make up apa pon, terus hantar irfan rumah nek acik, lepas tu cargas pegi hospital yang jauhnya cuma 5 minit sahaja.

Kat hospital, tunggu lah 6 jam dalam labour room sebelum betol2 dapat bersalin. Itu pun lepas tunggu doktor datang jam 8.00 pagi untuk pecahkan air ketuban, baru datang feel real punya rasa nak bersalin.

So ini antara gambar2 detik2 pertama ayu qistina mengenal dunia.

Suasana dalam labour room sementara menunggu saat-saat kelahiran sambil bonda melayan contraction.

Inilah uri atau dalam bahasa kedoktorannya di sebut Plasenta.

Lepas zohor jer, kami mula menerima kunjugan dari saudara mara dan sahabt handai. Kelitana tok ma dan nek acik yang kebetulan sama-sama datang.

comel sebijik macam muka abang dia masa baru lahir dulu.


3 comments:

Aidil, Perth said...

alhamdulillah, tahniah aqeem! moga bertambah seri rumah tangga dgn kehadiran cahaya mata baru dan makin bertambah rezeki dari Allah..amin.

almustaqeem said...

bro...

demo kat perth lagi ke? bila mau balik malayzia?

naili said...

congrates zuri!
1. bagus 'ayah' ni, bertuah 'bonda'. siap story pasal contraction segala. hihihihi... biasanya dgr dari ladies je, not a guy definitely. so sweet.

2. once a photographer, alwiz a photographer: gambar uri pun bleh dijadikan model tu!