Tuesday, June 20, 2006

Selamat Berkursus, Bonda...

Pagi ini dingin sangat. Hujan turun mencurah-curah bagaikan menangisi perpisahan yang akan berlaku antara saya dengan bonda. Saya tersedar yang ayahanda tiada di sisi.

"Ayah kamu pulang ke rumah. Dia tidak tidur di sini, takut lewat ke tempat kerja", bonda memberitahu tatkala Tok Ma datang menjenguk pagi ini.

Saya dan bonda bermalam di rumah Ayah Long. Hari ini bondaa akan berkursus ke Melaka. Mujur juga Tok Ayah sudi menemankan bonda menaiki bas di Shah Alam. Kalau tidak, pasti ayahanda terpaksa mengorbankan cuti sedangkan ayahanda juga sedang berkursus di pejabatnya.

Buat pertama kalinya, malam ini tidur saya tidak lagi ditemani bonda. Hari ini, besok dan sepuluh hari berikutnya. Mujurlah ayahanda berjanji untuk membawa saya berjumpa bonda pada hari minggu nanti.

2 comments:

kunci hilang said...

whoaa.. ni dah hari minggu. Dah jumpa mama?
Tengok-tengok papa tu. Suruh papa tiur awal. Jangan asyik menonton bola sampai subuh. Haha.

**A L - I R F A N** said...

hampeh nyer uncle kunci hilang...
papanya tengok bola game yang awal jer... yg kul 3am waktu malaysia tue tak larat ler papanyer nak berjaga...
jepun kaloh guanne nih??? huru hara dok jepun???
:-)