Monday, May 04, 2009

HIGHWAY STAR

Seingat aku, sewaktu zaman gila-gila remaja dahulu, tiada istilah mat rempit. Kami hanya diberikan gelaran mat motor sahaja, kata nama umum yang ditujukan kepada remaja penunggang motorsikal tegar.

Barangkali istilah rempit mula popular disebabkan oleh filem "Remp-it" yang bukan sahaja mendapat sambutan di layar perak, bahkan seringkali berulang siar di kaca televisyen. Tidak cukup dengan filem, plot yang sama digarap dengan lebih lanjut dalam episod drama bersiri, kononnya untuk memberi pendidikan moral terhadap tabiat buruk penunggang motorsikal, seterusnya membenteras gejala rempit. Sebaliknya, aku merasakan filem itu lebih cenderung ke arah menggalakkan lagi tabiat permotoran negatif di kalangan remaja melayu. Ahhh!!! Sekali lagi melayu menjadi mangsa.
Aku bukan mat rempit, dan aku sangat meluat melihat aksi-aksi bodoh mat rempit, walau pun aku adalah penunggang motorsikal tegar.

Motorsikal pertama aku satu ketika dahulu, Yamaha RX-Z, dengan nombor pendaftaran WCT3066. Warnanya hijau kebiruan. Sebuah motorsikal terpakai yang dibeli dari sebuah kedai di Setapak, KL. Waktu itu aku masih student lagi. So, tak mampu beli motorsikal baru. Then after sometimes, aku terpaksa jual motor tu kat member sebab nak pakai duit. Lagi pun member aku tu beria-ia nak beli motor tu. Dengar cite motor tu sekarang kat Kedah.

Lepas aku jual RXZ WCT3066, aku beli sebijik lagi RXZ dengan harga yang lebih murah. Kaler merah, plet ABT2305. So dapat lah sikit cash untuk buat belanja. Lama jugak aku pakai motor nie, sampai aku dah keje, sampai lah time aku nak beli kereta, baru aku let go motor tu kat adik aku. So kepada pemilik RXZ3066 & ABT2305, kalo korang terbaca blog ni, kontek lah aku. Rindu aku kat motor-motor tu. Banyak sentimental value woooo....

Zaman aku merempit dulu takdelah macam sekarang. Weng* sana... weng sini... usung bohsia (jangan pilih jalan hitam) ke hulur, ke hilir... aku tak nafikan dulu punya rempit pun ada elemen-elemen tu semua, tapi aku & geng2 aku punya rempit, rempit yang educatedlah. Takdelah ekstrem sangat sampai tak ingat dosa pahala, walau pun aku bersahabat dengan budak joki lumba haram, budak bawak bohsia, budak curi motor, budak hisap ganja, budak tunggang arak, budak belasah orang dan geng-geng jahat yang seumpama dengannya. Namun kini, semua tu dah tinggal sejarah. Gila-gila remaja lah katakan. Sekarang ni kawan yang aku kenal tu sudah insaf barangkali. Mana yang masih dapat dihubungi tu, alhamdulillah diorang masih jadi orang. Mana yang tak dapat kontek tu, wallahu-aklam... harap2 takde yang jadi setan.

Aku dulu kalau layan rempit takat weng sekali sekala jer, sekadar melepaskan geram setelah saban waktu mengulangkaji pelajaran, especially musim final exam. Trek faveret kitorang masa tu kat highway Besraya, kawasan Serdang Raya. Bayangkan litar selebar 3 laluan, luas, lengang & terang. Memang sesuai sangat dengan jiwa muda yang sentiasa memberontak. Jam 3, 4 pagi waktu yang paling sesuai disebabkan jalan yang lengang, kena pulak time tu dah penat study non-stop, biasanya kalau musim exam, lepas maghrib gi lepak library. Apalagi bila ada dalam 20 bijik motorsikal... tak kira dah TZM ke, RXZ ke, 125Z ke, EX-5 ngan Suzuki Best pon ada... Dapat 2,3 round then makan nasi lemak kat Hentian Serdang, masuk ikut belakang.

Ekceli aku punya motor takdelah kuat mana pon. Sebab aku punya objektif bukan untuk racing. Cukup sekadar untuk berulang-alik ke kampus, dan yang paling penting, untuk balik kampung bila cuti semester. That's why aku ambik RXZ, and not EX5 or whatever kapchai. Dengan saiz badan aku yang agak sasa ni, mau patah pinggang kalau bawak EX5 sampai Dungun. So memadailah dengan RXZ yang aku rasakan motorsikal sport touring yang bukan sahaja murah, malah mudah dijaga dengan kos penyelenggaraan yang minima. Itu pasal budak-budak rempit sekarang syok sangat dengan RXZ sampaikan aku tengok RXZ ni dah macam motor budak jahat.

Motor memang aku jaga baik punya. Always in tip-top condition. Servis enjin, bukak blok, cuci piston tu dah takde mende dah... kacang jer. Body mesti always kilat dan bersinar.

Sehinggalah sekarang, aku masih menunggang motorsikal. Sebuah Honda kapchai Wave 100cc, yang bukan sahaja praktikal meredah kesesakan jalan raya di KL, malah jimat penggunaan bahan apinya. Ku pasang Givi-box supaya mudah membawa barang serta menyimpan topi keledar. Ku pasang rim-sukan supaya dapat menggunakan tayar tanpa tiub yang boleh meminimakan kadar kepancitan di jalan raya.
Aku fikir aku tetap akan menunggang motorsikal. Suatu hari nanti, barangkali yang ini pula.

p/s: Ilham tercipta sejurus menonton persembahan hebat Valentino Rossi di Litar Jerez, Sepanyol.
*weng - bunyi ngauman ekzos motorsikal 2 lejang ketika pendikit dipulas dengan keras secara mendadak. Oleh itu, ketika dalam kelajuan malar, perahan pendikit secara tiba-tiba boleh menghasilkan inersia yang tinggi.... (see... aku dulu blajor fizik tak yah guna english pon, buleh jer apply dalam hidup)

No comments: