
Untuk entry kali ni, saya nak ubah sedikit gaya penceritaan supaya kelihatan lebih santai, ceria & childish... childish??? Sudah tentu kerana saya adalah seorang teruna sunti lagi comel yang baru berusia 3 tahun.
Sebenarnya, bukan perkara mudah saya nak sampai ke cameron. Ntah hape benda ntah yang jadi susah sangat tu? Ok... first of all, nak stay kat resort kerajaan ni bukannya senang. Booking kena buat awal2 lagi, kalau tak kempunan lah sebab penuh... manjang penuh je resort gomen nie... logik gak sebab gomen punya rumah rehat kat Malaysia ni ada kat 6 tempat jer. Kakitangan kerajaan ada sejuta lebih... persaingan yang sangat tinggi... sape cepat dia dapat.
Maka on behalf of bonda, di awal febuari dulu, ayah pun booking lah nak stay kat cameron selama 3 hari 2 malam. Mula2 plan nak ambik unit apartment, tapi penuh pulak. See... bulan 2 booking untuk bulan 5 dah penuh! Ok, then ambik bilik biasa sebanyak 2 unit. Ada kosong. Bayar online guna kad kredit. Ok settle!
As the time goes by, pejam celik pejam celik sampai lah ketikanya bulan mei. Dah nak gi dah ni, tapi bila tengok keadaan bonda yang tak habis2 lagi siang malam pagi petang uwekkk, kitorang dah cuak nak proceed ke tak. Tidak seronok andainya bercuti dalam keadaan tidak sihat bukan?
Lepas consider itu ini, ayah buat decision kita pergi jugak. Rasanya bonda boleh tahan lagi kot, tapi bonda letak syarat kena lalu Simpang Pulai. Tak mboh lalu Tapah sebab jalan dia kona baring, nanti bonda terberanak dalam kereta camane? Ehh.. tak mungkin bonda terberanak sebab adik saya masih lagi seorang fetus. Belum lagi jadi manusia.
Oklah kita ikut Simpang Pulai.
Walau pun saya bangun awal, tapi ayah pulak bangun lambat. Ayah kata driver kena dapatkan tidur & rehat yang secukupnya. Barulah hensem & berstamina tinggi ketika memandu.
Sudahnya, bertolak dari Puchong lebih kurang jam 10.30 pagi.
Kali ni ayah saje gatal nak lalu highway Guthrie, sebab selama ni kalau pergi utara, memang tak pernah lalu sini. Biasa ikut NKVE je sebelum keluar ke highway PLUS. Nak tengok lah highway ni best ke tak, apa yang menarik kat sini, tol dia best ke...
Ternyata highway ni memang hampeh. Takde mende yang menarik pun. Dah lah banyak tol. Jalan sikit, tol... jalan sikit, tol... tobat tak lalu dah highway ni. This is the first and last lah. I'm sorryyyy!!!
1.30 tengah hari kot, sampai R&R Tapah makan nasik dulu. Lapor beb... Oh ya! Hari ni hari jumaat, jadinya ayah telah mencatat sejarah makan nasik pada pukul 1.30 tengah hari & tidak pergi solat jumaat. Takpelah ayah... musafir kan? Tapi ramai bebenor musafir kat R&R ni. Yang menjual tu kira musafir jugak ke? Agaknya dalam seminggu berapa ramai orang kantoi solat jumaat?
Ok... sambung perjalanan sampai ke simpang pulai. Cuaca yang tadinya terik bertukar redup masa lalu kat Pos Slim (kawasan orang asli nih). Naik atas sikit terus hujan sampailah ke cameron, sampailah kitorang check-in. Sejuk dan nyaman sekali.

Anyway, dalam kolam kecik tu ada beberapa ekor ikan kap kot nama dia. Yang kaler putih bertompok2 oren tu orang panggil ikan kap kan? Ya betoolll!!! Dah check kat google...
Saya meneruskan lagi perjalanan sampai ke Kea Farm. Hari ni survey dulu, besok2 lah beli. Maklumlah, saya kan pengguna bijak.
"ayah nak jagung?"
"ok, kejap ayah gi beli" ayah saya berkata dengan tampannya.
Namanya jagung mutiara sebab dalam banyak2 butir jagung yang kuning tu, ada terselit beberapa biji kaler putih macam mutiara. Atau pun cuba bayangkan jagung albino. Lebih kurang macam tu lah rupa dia. Rasanya sedap, enak, lazat, lemak2 manis.

"Sabarlah wahai anakku. Hari ni baru first day... kita jalan2 dulu, survey apa yang patut. Besok2 kita belilah" wah... sungguh berbudi bahasa ayah ku ini.
Dah puas round kat Kea Farm, lepas ni nak bergerak ke Brinchang pulak ada pasar malam kat situ. Nak cari barang makan dan barang2 yang sewaktu dengannya.
Lepas semua dah beli makanan, kitorang pun balik lah ke bilik. Malam tu, semua pakat tak mandi sebab sejuk. Tapi badan maintain wangi. Tak melekit pun, sebab tahap kelembapan udara kat sini tinggi.
Kat bilik, sambil makan, tengok tv. Siapa kata resort gomen ni koman sangat memang silap besar lah. Biliknya besar, luas, selesa, tv pulak ada full channel astro (hotel biasa pun takde tau), ada free wifi. Memang ok sangat lah dengan bayaran rm25 sahaja untuk satu bilik, satu malam. Kitorang ambik 2 bilik, 2 malam, jadi total RM100 sahaja.
Lepas makan, saya rasa macam best sangat. Semua orang macam nak layan saya main, sambil makan jagung. Lompat2 atas katil, lompat dan lompat lagi. Ayah dan bonda dah banyak kali larang, be careful irfan, watch your step irfan, jangan lompat atas katil irfan... argghhh saya tak peduli. Sukanya... sukanya lompat atas katil.
Tapi betullah orang kata, suka2 akibatnya duka... sekali saya tersalah langkah, maka buruk lah padahnya. Tergelincir sikit aje dari birai katil tu, muka ku terus mencium lantai (nasib baik jugak lah lantai tu bercarpet, kalau simen lagi parah... eh tak logiklah kalau lantai hotel kat cameron takde carpet... sejuk lah nak pijak).
Apalagi, habis terkopek, pecah berdarah bibirku yang kiut ini. Saya pun menangis sepuas hati. Ayah, bonda & semua yang ada nampak cemas, tapi belum mencapai tahap panik lagi. Lap dengan tisu darah tak mau berhenti. Nak pergi klinik, kat mana pulak klinik terdekat kat cameron ni? Nak pusing cari klinik satu hal, then kalau jumpa pun, bukak lagi ke dah pukul 10 lebih ni.
Last2 ayah teringat ada sebuah hospital dekat tanah rata. Kalau hospital, mesti ada wad kecemasan kan? So dengan pantas saya dibawa ke hospital, meredah kesejukan malam.
Sampai kat hospital, bonda bawak saya masuk ke dalam wad kecemasan. Ayah kat luar buat registration. Lepas tu, brader kat kaunter registration tu mintak singgit sebagai bayaran. Ayah bukak wallet, alamak takde singgit lah bro. Semua duit besar ni, boleh ke? Takpelah bang, tak payah lah, kata brader tu sambil tersenyum. Lepas mengucapkan terima kasih ayah pun ikut masuk dalam wad kecemasan.
Tengok2 saya dah tak menangis & darah pun dah tak berapa nak keluar lagi dah. Tak pecah pun bibir ni, cuba kulit dia je tersiat sikit. So, pembantu perubatan tu tak buat apa pun, dia kata nanti akan baik sendiri. Fuhhh legaaa... ingatkan kena jahit ke hape. Then dia bagi paracetamol untuk kanak-kanak sebagai penahan sakit.
Akhirnya saya tertidur (dalam kesakitan). Susu yang sudah dibancuh pun tak minum. Pegang jer... Huhuhuhu... habis dah hari pertama.
Sekiang.
No comments:
Post a Comment