Puas sudah ayah & bonda memujuk saya meminum susu yang sudah dibancuh. Saya tak nak! Ok, kita tanggalkan puting dia, sedut susu dengan straw. Saya cuba minum sikit, tapi aduhhh pedihnya bibir ini. Cheh... itu baru kena minum dengan straw... kalau minum dengan tiub? Oh tidak... saya tidak separah itu.
Nampaknya umpan dengan susu tak jalan. Ok, try suap nasi lemak yang ayah beli kat Brinchang pagi2 tadi. Aduhhh... nak bukak mulut pun seksa... camane nak makan?
Fine! Makan tak boleh, minum tak boleh, jom kita mandi. Kejap lagi nak jalan.
Mandi??? Alamak sejuknya... air panas kan ada... ekceli tak panas sangat lah bila campur dengan air sejuk, maka suam lah jadinya.
Takde mood nak mandi... bibir sakit... tolongggggg!!!
Bosan dengan perilaku saya yang baik budi pekerti ni, ayah tak teragak lagi angkat saya masuk dalam bilik air, jirus dengan air suam. Saya menangis2 meminta simpati. Tapi kejap je lah.
Tadaaa... nampak macam dah ok tak? Sebenarnya bibir sakit lagi ni... kontrol je macam takde apa2.Dah mandi, dah hensem, dah wangi, dah siap semua, kita jalan lagi. Mula2 nak pergi Boh Tea Plantation kat Sungai Palas. Nak masuk kilang proses daun teh. Nak tengok cara-cara buat teh.
Tadi eksyen tak mau makan, tak mau minum susu. Dalam kereta masa on the way ke Sungai Palas, tak yah suruh, tak yah paksa, diam2 jer saya minum susu abis sebotol, lepas tu bantai nasik lemak pulak. Lapor ber... lapor!!! Ayah & bonda buat tak nampak jer. Di tegur karang, terbantut pulak selera.
Lepas mendaki laluan sempit penuh berliku masuk ke kawasan ladang teh, nawaitu mula2 tu nak pergi ziarah kilang buat teh. Alih2 tutup pulak. Haiyokkk!!! Dalam banyak2 hari, bakpelah mung tutup hari ni. Banyak gak kereta lain sangkut tak boleh masuk. Trafik jem kejap kat dalam ladang tu. Nak u-turn pun tak boleh, jalan sempit. Lajak lagi ke depan, daki bukit, curam, selekoh semua hantam sampai jumpa tempat lapang sikit, then baru u-turn. Mencabar sungguh.
Masa nak turun tu, ushar2 lah port menarik untuk ambik gambar. Gambar lanskap ladang teh yang indah permai. Ala2 begini:
Inilah dia pokok teh, atau nama saintifiknya: Camellia sinensis. OMG! Ayahku memang kacak di kelilingi camellia sinensis. Lepas ni kalau nak order teh, cakap "mamak! camellia sinensis satu!!!"
Peserta rombongan sedang buat2 sibuk memetik daun teh.
Aiyokkk... raksasa datang mengganas. Takutnyer... bonda lepaskan saya. Saya hendak bertukar menjadi ultraman.Ok... dah puas lepak2 kat ladang teh, mari kita menuju ke Butterfly Farm.
Kat sebelah Butterfly Farm yang kitorang singgah ni, ada kedai jual pokok kaktus. Macam2 jenis kaktus ada, yang besar, yang kecik, tua, muda, macam2 jenis lah senang cakap. Dah tertarik dengan kaktus pulak. Ok, masuk kedai kaktus dulu.Lepas ni nak pergi mana pulak? Rasanya nak pergi Tanah Rata kot, makan tengah hari kat sana. Dalam perjalanan tu, kalau ada tempat menarik, kita singgahlah.
Tempat menarik yang pertama (kononnya):
Tempat menarik yang kedua:
Saya pun asyik jugak. Asyik melayan aiskrim malaysia berperisa strawberi kaw punya sambil duduk atas pokemon.Lama jugak lah bersantai kat taman bunga multicrops ni, sambil menunggu kedatangan ayah long sekeluarga dari ipoh yang nak ikut serta dalam percutian ni.
Lepas ayah long sampai, dia ajak lunch dekat food court Brinchang je. Tak jadi Tanah Rata. Follow je lah. Makan nasi lagi... alhamdulillah.
Semua dah kenyang, dah makan, rasa nak balik bilik je lah untuk merehatkan badan yang comel ni. Ehh kejap! Mana boleh terus masuk bilik. Singgah dulu kat kebun strawberi pulak. Dekat je ngan rumah gomen. Park kete kat dalam, pas tu jalan kaki tengok pokok & buah strawberi.
Inilah rupa ladang strawberi yang ditanam oleh penternak2 strawberi di Cameron Highland. Buahnya ada, tapi ciput2 sahaja. Mungkin buah-buahan yang ada di sini mutant kot. Ingatkan buleh petik sendiri, tapi langsung tak dipelawa pun. Kawasan penanaman pun di kelilingi pagar besi supaya pelawat tidak senang2 masuk dan memetik buah-buahan seperti berada di dusun sendiri.
Sebenarnya untuk memetik buah strawberi ada musim2 yang tertentu bak kata signboard nie...
"HAND PICK (SEASONAL)... anda paham apa maksud seasonal?"
Strawberi atau nama saintifiknya Fragaria × ananassa.
Bonda sedang mencuba tahap kekebalan jari jemarinya daripada dicucuk duri pokok kaktus yang saiznya lebih kurang macam jarum peniti. Ternyata bonda memang kebal. Bukan sahaja tak lut, malah luka pun tidak... Bonda hebat!!!Ok... sampai di situ sahaja kudrat kami menziarahi ladang strawberi. Lepas tu, masing2 balik ke bilik dan buat aktiviti masing2. Sepatutnya saya kena tidur, tapi payah sangat nak lelap, maka aktiviti seterusnya ialah main! Mentang2 lah ada geng, cargas jer.
Dah petang sikit, kitorang semua2 nih pergi menziarahi kawasan pentadbiran terunggul di cameron, iaitu Tanah Rata. Bagi penduduk cameron, Tanah Rata ni ibarat pusat bandar bagi diorang. Kat sinilah terletaknya hospital, balai polis, balai bomba, stesen bas, pejabat2 kerajaan dan bangunan2 lain yang sewaktu dengannya. Tapi amat tidak sesuai bagi saya melawat tempat2 itu. Yang paling sesuai sekali adalah bermain2 dengan gembira di taman permainan yang ada replika buah-buahan yang sangat besar, ibarat nak mengumpan raksasa datang makan buah tu, tapi tertipu sebab buah tu dibuat dari simen, kemudian datang ultraman cuba membunuh raksasa tersebut. Raksasa itu pasti menyesal sebab dah lah tertipu tak dapat makan buah, lepas tu kena belasah dengan ultraman. Imaginasi tahap tinggi.
Dah penat bergembira kat taman tu, repeat pergi pasar malam Brinchang. Happening sangat lah tempat ni sampai nak kena repeat. Bukan itu macam. Ekceli semalam ushar jer. Hari ni lah ketikanya untuk menghabiskan duit yang dibawa berkoyan-koyan tu. Maka dapatlah saya beberapa pasang baju bergambarkan cameron highlands. Ek elleh... tak rock langsung. Ingatkan nak beli t-shirt yang ada gambor Iron Maiden tu. Hilang pedoman.
Lepas berjaya menghabiskan duit yang berkoyan-koyan tadi, terus balik dengan keletihan. Malam tu ada orang tengok konsert final AF7. Ayah biasalah, tak layan pun AF yang takde pekdah tu. Tekan2 channel sport nak tengok bola, tak subscribe pulak. Sukan yang begitu penting dalam kehidupan rakyat malaysia takde dalam list? Akhir kata, ayah surf internet sahaja sambil mata beliau mencuri-curi pandang ke arah AF7.
Sekiang!
No comments:
Post a Comment