Wednesday, January 14, 2009

MALAYSIA OPEN 2009 - FINAL

Saban minggu ayah pasti akan bermain badminton. Malah ayah pasti akan menonton perlawanan badminton di televisyen andainya ada tayangan langsung. Ayah juga turut mengikuti perkembangan badminton antarabangsa. Sememangnya ayah penggemar badminton.

Namun inilah kali pertama kami menonton pertarungan kelas dunia secara langsung di stadium. Bonda bukanlah seorang yang gemarkan sukan, namun dia ikut sahaja. Jelas ketika pasukan Negara beraksi, bonda turut bertepuk bersorak member sokongan.

Seawal jam 12.00 tengah hari terlebih dahulu ayah ke stadium mendapatkan tiket. Risau pula kalau kehabisan. Juga bagi mengelakkan kesesakan andainya tiket dibeli di saat akhir.

Selesai makan tengahari dan solat Zohor, kami menuju ke Stadium Putra, Bukit Jalil. Kami tiba ketika berlangsungnya perlawanan bergu campuran antara pasangan Indonesia menentang pasangan Korea Selatan. Tidaklah terlalu menarik untuk memberi sokongan lantaran tiada pemain Negara, namun persembahan kelas dunia yang ditonjolkan mereka ternyata memukau pandangan.

Penonton sudah pun membanjiri stadium di waktu kami melangkah masuk ke stadium. Sementelah perlawanan sudah pun bermula pada jam 2.00 petang.

Pentas penyampaian hadiah.

Tekun melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi menyiarkan liputan langsung di televisyen.Entah dari mana fanatik Indonesia ini muncul.

Juara bergu campuran Terbuka Malaysia 2009, Nova Widianto – Liliyana Natsir.Seterusnya, kami menyaksikan pula pertarungan 2 jagoan wanita, Zhou Mi dari Hong Kong menentang Tine Rasmussen dari Denmark.

Jurugambar profesioanl sentiasa bersedia merakamkan aksi terbaik.

Tidak pasti siapa, namun lagak umpama wartawan sukan barangkali.

Keputusan akhir perseorangan wanita Terbuka Malaysia 2009.

Girangnya sang juara.

Perlawanan yang ditunggu-tunggu, satu-satunya wakil negara beraksi dalam final Terbuka Malaysia 2009 setelah pemain-pemain lain terkandas di pusingan sebelumnya.

Lee Chong Wei vs Park Sung Hwan.

Pertarungan yang sangat menarik dan berkelas dunia, tentunya persembahan dari 2 pemain yang menduduki ranking 10 terbaik dunia.

Anak didik Misbun Sidek.

Antara VIP yang hadir menyaksikan perlawanan.Kecemerlangan Chong Wei mengawal setiap inci gelanggang memastikan kejuaraan perseorangan lelaki Terbuka Malaysia 2009 milik negara buat kali kelima dalam tempoh enam tahun.

Habuan untuk sang juara, USD15,000!

Kami meninggalkan stadium ketika aksi beregu wanita berlangsung. Kami pulang awal kerana banyak sebab. Kerana tiada lagi wakil Malaysia beraksi, kerana ayah selsema, kerana irfan mahu tidur dan kerana tidak mahu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Sampai di rumah, sambung layan tengok beregu lelaki pulak. Letih punya pasal, akhirnya tertidur di depan televisyen. Tidak ketahuan apa kesudahannya hinggalah menonton Buletin Utama pada malamnya.

Keputusan penuh perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2009

Perseorangan Lelaki: Lee Chong Wei (Mas) bt Park Sung-Hwan (Kor) 21-14, 21-13

Beregu Lelaki: Jung Jae-Sung / Lee Yong-Dae (Kor) bt Alven Yulianto / Hendra Gunawan (Ina) 18-21, 21-14, 21-14

Perseorangan Wanita: Tine Rasmussen (Den) bt Zhou Mi (Hkg) 21-17, 15-21, 21-16

Beregu Wanita: Lee Hyo-Jung / Lee Kyung-Won (Kor) bt Yang Wei / Zhang Jiewen (Chn) 21-15, 21-12

Beregu Campuran: Nova Widianto / Lilyana Natsir (Ina) bt Lee Yong-Dae / Lee Hyo-Jung (Kor) 21-14, 21-19

No comments: