Monday, January 12, 2009

AL-IRFAN GOES TO CENTRAL MARKET

Irfan belum pernah ke Pasar Seni. Bonda pula sudah lama tidak ke sini. Begitu juga dengan ayah. Tujuan kami untuk menempah 12 unit plak kenang-kenangan untuk dijadikan cenderamata pada program hari keluarga yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sebagai salah satu tempat tumpuan pelancong asing, barangan yang paling banyak terjual di Pasar Seni tentunya cenderamata. Pelbagai jenis cenderamata ada dijual. Paling banyak tentunya model mercu tanda era moden negara, Menara KLCC.
Barangan cenderamata yang menjadi matlamat kami ke Pasar Seni. Rambang mata memilih...

Tempahan di buat di kedai ini. Milik seorang warga negeri Terengganu. Setelah maklum kami juga dari Terengganu, kami ditawarkan harga istimewa.

Terserempak pula dengan Amber Chia di sini :-)

Terlalu banyak cenderamata hinggakan tidak tahu apa bendanya ini.

Pasar Seni… seumpama namanya… pelbagai bangsa, pelbagai budaya mempamer kesenian masing-masing.Since 1888? Hmmm... tidak pasti bagaimana sejarah bermula.

Menjadi tumpuan orang luar & orang dalam.

Katakanlah mengikut cara orang Malaysia… err… bukan Malaysia sebenarnya, tapi cara orang Kuala Lumpur.

Beca… pengangkutan awam yang pernah digunakan ketika awal penubuhan Kuala Lumpur.

Senibina ukiran antara lanskap yang mewarnai Pasar Seni.

Wajah-wajah di Pasar Seni.

No comments: