Anakku yang sudah semakin besar dan bijak. Juga aktif dan suka cakap banyak. Terasa sepi jika beliau tiada di sisi.
Tiada upacara makan-makan seperti lazimnya. Tiada kek dan kerlipan api lilin. Tiada jemputan dari sanak-saudara serta sahabat-handai untuk meraikannya. Tiada kotak-kotak hadiah yang memenuhi sudut rumah.
Hanya kami sekeluarga sahaja.
Kami menukar cara sambutan dengan bersantai di KLCC, suatu lokasi yang saya kira sudah agak lama kami tidak singgahi bersama.
Akan kami turuti segala kehendak beliau. Apa yang beliau nak makan, apa yang beliau nak beli, apa yang beliau berkenan, kami akan turuti sahaja. Sekali sekala kasi chance ler dah harijadi dia.
Dan saya merancang untuk membawa beliau menjelajah ke PETROSAINS bagi mendedahkan minda beliau akan keajaiban sains dan teknologi.
AQUARIA itu umpama zoo untuk hidupan laut. Tidak terlalu membina minda. Mungkin untuk seronok2 sahaja.
Inilah kunjungan julung kali kami ke PETROSAINS. Ternyata Al-IRFAN sangat gembira.
Birthday boy. Gaya Ben-10 atau Ultraman? Batman atau Spiderman? Mungkin Naruto atau Bidaman... Kalo bab watak2 animasi ni, terror aje budak nih!
"Wah... bestnyer ada swimming pool! Nak mandi boleh?"
"Isk mana boleh... ini kolam bukan untuk mandi laaa".
Lepak kat Toys R Us sementara tunggu ayah & bonda solat. Punyalah banyak mainan takde satu pun dia nak beli. Semua nak try test main kat situ jer.
Seronok dapat main macam2 benda kat PETROSAINS. Takde sape nak marah, takde sape nak larang.
Wah... tiba2 BATMAN datang dengan BATMOBILE nyer. Apalagi... ayuh kita kejar penjahat2 itu (sambil mempamerkan aksi dan reaksi yang penuh imaginasi). Sempat lagi naik kereta batman sebelum masuk ke dalam PETROSAINS. Takkan lah dalam PETROSAINS tu ada kereta batman.
Sangat menarik apabila sebelah tangan menyentuh balang plasma dan sebelah tangan lagi memegang hujung lampu kalimantang, maka menyalalah lampu kalimantang itu. Maknanya dalam badan saya ada cas elektrik, atau lebih tepat ada elektron mengalir dalam badan kita seperti kata uncle itu.
Mengukur tinggi dan berat untuk mengetahui jumlah tenaga dalam badan. Tenaga fizikal lah maksudnya. Barang mustahil untuk mengukur tenaga batin menggunakan mesin nie.
Ayahanda merangkap jurugambar rasmi keluarga berada dalam kotak infiniti. Hasilnya, jika dilihat dari sudut yang betul, imej yang terhasil seolah-olah tiada kesudahan.
Memahami konsep pergerakkan jentera penggali berfungsi dengan menggunakan aplikasi hidraulik.
ISS di sini. Kami baru sahaja menumpaskan The Rebellion Army yang diketuai oleh Darth Veder, over!
End of the journey. Boleh ambik gambar sendiri di ARIFOTO STATION, lepas tu print dan bawa balik sebagai kenangan.
Kesimpulannya, memang seronok lepak kat PETROSAINS. Rasa tak puas sebab masa singkat sangat (walau pun sebenarnya dah habiskan masa kira2 dua jam kat dalam tu). AL-IRFAN pon macam tak nak balik. Dua jam tak cukup lah dude! Banyak benda nak explore. Next time datang pagi, baru puas hati!
No comments:
Post a Comment