Tuesday, February 02, 2010

AQIQAH

Sebuah majlis yang dirancang sejak kehadiran orang baru dalam keluarga kami, akhirnya menjadi kenyataan pada tanggal 30 Januari 2010. Alhamdulillah, tengah ada rezeki lebih sikit ni, baik buat cepat2. Lebih afdhal kiranya dapat ditunaikan sebelum budak tu akil baligh. Nanti bila dia dah baligh, budak tu pon membesar dengan sihat dan kuat, dah tak berapa best. Apa yang tak bestnya bila budak tu dah besar? Kan senang kalau budak tu dewasa terus lepas tu dia buat sendiri, save duit ayah bonda. Cheh nak ngelat lah tu. Sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab, aqiqah tetap dilaksanakan dengan khusyuk dan tawadduk. Lagipun, bila budak tu dah besar bukan lagi aqiqah namanya. Itu namanya korban tau!

Setelah hampir 3 bulan dilahirkan ke dunia yang fana ini, AYU QISTINA, diraikan dalam satu majlis aqiqah tanda kesyukuran di atas kelahiran serta pemberian dari Yang Maha Esa. Syukur kerana dianugerahkan baby yang comel dan sempurna sifatnya. Moga2 beliau akan menjadi insan yang berguna dan juga solehah suatu hari nanti.

Kalau mengikut syarat aqiqah ni, yang penting adalah sembelihan binatang ternakan. Kemudiannya, hasil sembelihan tersebut hendaklah dimasak dan dijamu kepada sesiapa yang berkenaan. Dalam erti kata lain, buat kenduri sahaja dah cukup. Itu sahaja syaratnya. Tapi bonda pula nak selitkan sekali dengan upacara marhaban dan berendoi (naik buai). Saya pon tak faham sangat apa signifikan perlunya kita buat benda-benda macam ni. Cuma saya melihat benda-benda ni lebih menjurus ke arah amalan budaya masyarakat melayu, sama seperti bersanding. Maka saya andaikan perbuatan sebegini hanyalah untuk bagi nampak meriah sahaja. Demi menjaga hati orang2 yang tersayang ni supaya happy, saya tidaklah menghalang, malah menyuruh pun tidak. Saya berikan kebebasan sepenuhnya untuk mereka mencorakkan perjalanan majlis tersebut. Fokus saya hanyalah pada kambing serta jamuan untuk meraikan tetamu yang hadir sahaja kerana bagi saya itu yang lebih utama.

Punyalah meriah bonda punya planning seolah-olah macam nak kahwinkan anak pulak. Siap dengan bunga telur, goodies bag, telur rebus bagai. Ini baru aqiqah nih. Kahwin besok, kurang2 mau kena tempah grand ballroom neh!

Tengoklah buaian dah macam ala2 pintu gerbang nak majlis kahwin! Sekiranya anda berminat dengan dekorasi buaian ini, silalah menghubungi saya untuk tempahan. Walau bagaimanapun, tidak mungkin saya yang lakukan semua ini. Tanpa isteriku, semua ini takkan terjadi.

Majlis berlangsung dalam suasana gilang gemilang penuh berprestij macam anugerah juara lagu, cuma AJL lebih bling bling penuh dengan artis seksi lupa diri serta penuh dengan sifat lagho. Majlis aqiqah ni of course penuh dengan cahaya keimanan dan ketakwaan serta tiada yang seksi lagi membuka aurat. Ditambah pula dengan kehadiran model2 cilik, majlis ini sememangnya meriah.

Jemputan terdiri daripada saudara-mara serta jiran terdekat sahaja. Kalau ikutkan perasaan, memang nak jemput semua manusia yang mengenal diri kami sekeluarga, tapi apakan daya dengan bajet yang ada, bila congak2 balik, cukup2 untuk 200 orang sahaja, yang mana antaranya terdiri daripada kumpulan marhaban dah 30 orang, saudara-mara belah saya & bonda, bila campur dengan pasangan dan anak masing2 ada dalam 100 orang jugak rasanya. Itu baru yang ada kat sekitar lembah kelang. Kalau nak dijemput semua sedara-mara yang ada satu malaya nih, datang makan angin je lah jawabnyer. Lepas tu jiran2 terdekat lagi, nak kena jemput jugak, kena pulak kawasan tu memang ramai melayu. Bab jiran ni, walaupun bukan ahli keluarga, dah pasang khemah, buat makan2 depan mata diorang, kalau tak dijemput sangatlah tidak adil. Orang jauh2 boleh pulak jemput, takkan jiran yang tinggal sebelah menyebelah buat tak tahu jer? Lagi jemaah masjid dekat rumah pon jemput jugak sebab kawan2 FIL ramai kat situ. Lagipun bila dah buat majlis sosial sebegini rupa, orang masjid memang kena panggil. Kalo mati besok, orang masjid jugak yang nak uruskan mayat awak tu.

Harus diingat majlis ini adalah majlis joint-venture dengan pak cik sham, jadi beliau pun ada jemputannya yang tersendiri. Walau pon tak ramai, tapi kenalah bagi sedikit kebebasan kepada beliau untuk menjemput sesiapa sahaja yang disukainya memandangkan dua per tujuh daripada perbelanjaan keseluruhan datangnya dari poket dia.
Anak pak cik sham, HUSNA nama panggilannya, turut diraikan dalam acara yang penuh gilang-gemilang.

Rasa terkilan jugaklah sebab tak mampu nak jemput kawan2 opis, kawan2 sekolah dan kawan2 universiti. Tapi kalau jemput karang diorang datang tak cukup makan siapa yang malu? Tuan rumah serta keluarga mereka juga yang malu. So, to be safe, yang mana kategori kawan2 ni tak payah jemput lagi. Tunggu time irfan atau qistina kahwin nanti, baru jemput semua satu malaysia. 1 Malaysia, yeahhhhh!

Untuk mendapatkan ruang tanah yang selesa dan luas, majlis dilangsungkan di rumah PIL di Seksyen 10, Putra Heights. Senang boleh bentang khemah, bentang kerusi meja semua. Boleh lepak2, sembang2, jalan2 ke hulu ke hilir. Kalau buat kat rumah saya yang ala2 condominium tu, nampak gaya nak masuk rumah ikut turn lah. Nak lepak2, sembang2 pon amatlah tidak sesuai dengan suasana yang sangat crowded. Mana nak letak lauk pauk, mana budak2 katering nak buat keje, mana nak letak buai, dengan pasukan marhabannya lagi. Senang cakap, memang tak sesuai lah!

Kalau nak buat jugak boleh sebenarnya. Buat kat surau kuaters. Hanya bersebelahan sahaja dengan blok kediaman saya. Surau di kuaters saya ni, bukan hanya sekadar surau, tapi merangkap dewan orang ramai serta pusat kegiatan masyarakat kuaters di sini. Kawasannya lapang, siap dengan dapur dan peralatan memasak. Kalau nak masak gotong-royong pun, ramai yang sudi membantu. Cuma kalau buat kat situ, kenalah jemput semua masyarakat kuaters tu. Dengan bajet yang ciput, tak mungkin perkara itu akan berlaku.

Majlis bermula tepat jam 11.00 pagi apabila kumpulan marhaban sampai dengan penuh bergaya. Akak2 nie datang, siap dengan uniform berpakaian seragam lagi. Memang sedondon dan well-organized gitu!

Lepas diorang masuk, maka bermulalah marhaban diorang tu. Ini pengalaman pertama saya terlibat secara langsung dengan majlis marhaban. Saya tidak ingat bila kali terakhir saya menghadiri majlis yang ada marhaban, mungkin juga tak pernah langsung walau pun marhaban itu kedengaran agak familiar serta macam biasa jer, padahal tak biasa langsung.

Pada mulanya saya fikir marhaban ini ada selawat macam tu je. Rupanya siap dengan nasyid, zanji dan syair penuh nasihat. Rasa macam kelakar jugak, tapi sebab semua orang serius dan takde sorang pon yang gelak, maka saya ketawa dalam hati sahaja sambil muka kontrol serius yang amat sangat.

Sambil2 orang tengah duk marhaban tu, katering dari DJU CATERING pon sampai, just in time. Mula2 macam risau jugak bila dah pukul 11 lebih sikit diorang tak sampai2. Kita pon tak tahu bila marhaban nak habis. Tapi diorang ni memang cekap. Dengan kepantasan dan kepakaran yang ada, sampai2 jer, diorang pon setup kita punya table dan menu semua. Servis pon bagus. Takdelah pinggan & cawan kotor terbiar lama2 atas meja.

Menu nasi briyani dengan lauk ayam masak merah, dalca, jelatah timun, air dengan buah oren sebagai pencuci mulut semuanya tersedia just in time. Kambing masak kari dengan kurma yang kitorang tak order ngan diorang, tapi kita mintak hidang sekali pon diorang siapkan just in time. Tetiba jer macam suka pulak sebut perkataan just in time.

Dalam upacara marhaban tu jugak, ada peristiwa naik buai atau secara spesifiknya di sebut berendoi. Buaian yang dihias indah, lengkap dengan bunga-bungaan serta wangian bunga rampai, kemudiannya dimasukkan pulak baby tu kat dalam tu, lepas tu dihayun-hayun kan buai tu. Maka terkebil2 lah budak tu kat dalam buai macam blank jer tak tahu apa yang terjadi sebenarnya nih? Asal tak menangis sudah. Buruk bebenor bila dah pakai lawa2, pastu baring dalam buai cantik2, lepas tu menangis.

Qistina cool jer bila baring dalam buai tu. Maklumlah, orang dah biasa layan buai.

Ada pulak sukarelawan yang nak susun kasut dengan selipar pasukan marhaban.

Sejam jugak lah diorang duk marhaban kat dalam tu. Bila dah siap semua, tibalah acara yang ditunggu-tunggu iaitu makan!

Wah, sekali penuh lah khemah tu diorang konker semua. Nasib baik jemputan lain tak sampai serentak. Kalau tak, nak duduk kena ikut turn lah. Mana2 sedara yang ada pon diorang layan bersembang dulu. Kasi chan geng2 marhaban makan dulu. Kira ngam jugak setup khemah ngan kerusi meja yang saya plan ni, takde sesape yang ternanti2 tak cukup tempat ke, takde kerusi meja nak duduk ke. Kalau diikutkan, setup yang ada ni sememangnya tidak mampu menanggung kapasiti tetamu seramai 200 orang seandainya mereka datang serentak. Tapi secara logiknya, dengan tempoh masa yang diberikan antara 12.00 - 3.00pm, tak mungkin mereka semua datang serentak. So everything just nice and well-organized.

Menjelang jam 3.00pm, orang masih ramai sebenarnya. Tak kisah lah tu memandangkan makanan masih ada, kerusi meja banyak lagi yang kosong, katering pun saya suruh stay sampai pukul 4.00pm, so sape nak datang, datang aje lah. Takkan nak halau pulak kan? Lagi pun biarlah diorang ramai2 lepak kat situ bagi nampak meriah sikit. Yang ada ni pon, mostly saudara-mara jer. Diorang just lepak sambil layan sembang jer. Ada jugak yang main2 ngan baby. Qistina macam susah pulak nak tidur siang tu. Macam tau2 jer orang buat majlis tu untuk meraikan beliau.

Menjelang malam tu baru lah boleh dikatakan clear semua.

Kambing punya pasal, boleh kata 2,3 hari tu jugaklah saya makan lauk kambing jer sebab nak habiskan belen2 lauk mana yang ada tu. Nasi memang tak lalu dah, belasah kari kambing cicah dengan roti pon sodap!

Seterusnya untuk menyempurnakan aturcara aqiqah ni, sunat lah dicukur kepala baby tu sampai botak untuk menghilangkan segala gangguan serta kekotoran yang dibawa sejak lahir.

Maka kami anak beranak ni, lepas majlis semua dah selesai, rumah dah kemas, itu ini dah cuci, hari Isnin dua hari lepas tu kami projek cukur kepala qistina sampai licin. Tak susah pon, asal budak tu diam dan tak meragam. Guna machine dengan pisau cukur, sekejap jer licin.

Kami sengaja tak buat masa hari marhaban sebab akhirnya kitorang jugak yang kena kasi clear kepala dia. Kalo serah kepala tu pada pasukan marhaban, diorang tak cukur pon. Diorang cuma pakat2 gunting jer sorang sikit. Abih tobek kepala budak tu. Satu hal lah pulak nak cari gunting lah, ada tu letak dalam bekas tembaga lah, kelapa muda lah, lepas tu siap tatang dulang bawak keliling. Leceh punya kerja. Ada sesetengah orang tu, siap paksa budak tu rasa gula ngan garam. Belah mulut katanya. Apa relevannya? Objektifnya di sini ialah cukur sampai botak. Tak kiralah bila dan siapa, asal botak sudah.

Before

After

Mari kita flashback sehari sebelum hari kejadian. Maka menjadi kewajiban saya sebagai seorang bapa untuk mencari seekor kambing untuk dikorbankan, sebab untuk anak
perempuan, syaratnya memang seekor sahaja. Untuk anak lelaki, kena korban dua ekor.

Tapi untuk majlis kali ni, kambing itu menjadi dua ekor kerana seekor lagi bukan ayu qistina yang punya, tapi nur nayli husna yang punya.... nayli husna yang punya hua hua hua! Siapa itu nur nayli husna. Dia tu anak pak cik sham, merangkap pakcik kepada bonda, menumpang sekali

Sebab dah ada dua ekor kambing, maka dapatlah kami serta para jemputan merasai keenakkan dua jenis masakan kambing. Seekor di masak kari, seekor lagi dimasak kurma. Ikut perancangan, seekor tu kami nak buat masak kuzi, tapi tukang masak tu tak ghetilah pulak. Dia cuma tahu masak kari ngan kurma jer. Tak kisah lah kak. Janji sedap sudah!

Inilah rupa kambing yang berjaya diaqiqahkan. Kambing jenis FERAL (disebut ferel), dilahirkan di Australia, tapi meninggal di Malaysia. Saiz badan sedang2, lebih besar dari kambing tempatan, tapi kecil sedikit dari boer. Sesuai sangat untuk aqiqah. Dagingnya juga lembut dan tak hamis.

Tempah masak kat Puchong Batu. 14, kroni2 tokey kambing tu jugak. Dan rasanya... wallahhhh!!! Memang superb. So kepada sesiapa yang berhajat nak dapatkan tukang masak kambing, saya rekemen suruh lah akak ni. Dengan harganya yang saya kira berbaloi, secara kesimpulannya memang berbaloi-bali lah order dengan kakak neh.

Lepas majlis selesai, kepala dah cukur, khemah, kerusi, meja pun dia punya owner dah bungkus, maka kehidupan pon berjalan seperti biasa. Alhamdulillah... segalanya selesai dengan jayanya.

p/s: 'akikah' atau 'aqiqah'. saya memilih aqiqah dengan ejaan 'Q' kerana lebih hampir dengan ejaan arab yang menggunakan huruf 'QAF'.

p/ss: PIL: Parents in Law, FIL: Father in Law

4 comments:

naili said...

congrates.. majlis yg smooth (without criminals). adik-beradik kami aritu buat aqiqah serentak bila masing2 dah besar: tumbang sekor lembu utk 6 orang (termasuk yg arwah kakak sulung yg meninggal masa baby). so, masih dipanggil aqiqah wpun dibuat lps akil baligh (hehehe), selagi ayah yg keluar belanja.

ajym said...

sekejab je dah besarkan... rasa mcm baru je lagi...

fara.am said...

salam,
wah dah 3 bulan ehh... congrats!
btw, 'belah mulut' tuh mmg ada dlm sunnah nabi, sama mcm bercukur (kalau ikut buku yg aku baca) .. dalam arab dipanggil 'tahnik' ... afdhalnyer dibuat sejurus selepas bayi lahir lps diazankan .. tahnik dgn air zam zam atau kurma di calitkan sikit kat langit2 baby ...

nadia ilyas said...

salam...boleh tanya....tokey kambing ni puchong di mana..boleh bg detail...tQ..nadia