Wednesday, February 17, 2010

A TRIP TO NORTHERN CITY

This is a one day trip to Kedah Darul Aman.
(background music: Mai cek mai oh cek mai, kita ke negeri Kedah Mai oi bagi ramai, jamu nasi kawah ...) and I heard this song (again) during the kenduri. Loghat Kedah pekat giler... kaloh lagu Tranung Kiter!

Actually, there were two major events:
1) a wedding
2) an engagement

Just to ensure that everybody were available, increase the efficiency and decrease the budget, so we went there together-gether with a bus. Not an ordinary bus, but it was a double-decker bus.

All of us are families. To be specific, "The Che Moh's Family", originated from Dungun. There are the siblings from ayah's side, together with their spouse and children. Even though it was not reaching 100% of attendees, but at least it was the biggest trip we ever had. Sebelum ni gathering kat rumah jer, especially during hari raya or kenduri-kendara.

Tapi dalam ramai2 ni pon, not everyone yang datang dari Tranung. Walau pun berasal dari Tranung, tapi most of them dah hidup, menetap dan bekerja di sekitar lembah klang. That's why kita punya trip ni bermula dari Rawang.

Ladies and gentleman, now we are going to depart. Please seat down and fasten your seat belt.

Macam naik kapal terbang. Ekceli inilah kenderaan yang kami guna, membawa kami terus ke utara. Memang perasaan tu ada rasa macam nak flight, tapi hak ni jalan atas darat. Sangat selesa, lengkap dengan LCD TV 32" di ruang atas dan bawah. Pergi dan balik kami layan DVD, non-stop, cerita ikut suka kami. Juga ada sistem pembesar suara yang mantap. Mudah bagi kami untuk membuat sebarang pengumuman. Tidak perlu terjerit2 bagaikan tarzan.

Berlepas dari Templer Rawang jam 8.00 pagi, dan sampai semula ke titik permulaan yang sama jam 11.00 malam, hari yang sama.

Encik akif menunjukkan keterujaan yang amat sangat kerana dapat naik bas. Mungkin juga pertama kali naik bas memandangkan masing2 dah ada kenderaan sendiri yang hebat2 belaka. Nak pergi mana2 pun naik kereta sendiri. Bila dapat naik bas macam ni, memang tak duduk diam lah budak2 ni.

Kejap ke depan, kejap ke belakang. Boring duduk atas kerusi, budak2 ni duduk kat tangga pulak. Mentang2 lah semua family, buat aje macam bas sendiri.

Destinasi pertama kami, Taman Delima Sungai Petani. Gambar diambil dari sisi depan bahagian atas bas. Dah lah tinggi, clear pulak tu. Saujana mata memandang.

Persinggahan pertama di Taman Delima. Memandangkan bas tu besar sangat, tak boleh nak masuk hantar kami sampai depan rumah ni. Masuk jer setakat mana boleh, lepas tu menapak lah kami dalam 200 meter di bawah terik matahari.

Lepak dan bercerita sementara menunggu pengantin lelaki bersiap. Kain baju penuh bersidai keliling halaman memang tak macam homestay langsung. Ada peluang untuk mencuci pakaian kerana di sini disediakan mesin basuh. Juga lengkap dengan peti sejuk, meja makan, tv serta bilik tidur yang selesa.

Memang selesa hinggakan irfan tidur lena di bawah hembusan angin air-cond sepoi-sepoi bahasa.

Dayang2 pembawa hantaran bersiap sedia.

Sila ambil tempat masing2. Bergerak dalam barisan. Dari kiri cepat jalan!

Waiting for the bride. Lambat pulak. Dah ler panas menggila neh!

Tuu diaa mai dah!

The groom is my cousin from Kuala Terengganu, tapi dah jadi orang Putrajaya, while the bride from Sungai Petani, tapi dah jadi orang KL.

Pasangan pengantin bersama-sama rombongan Che Moh's Family.

Selamat pengantin baru bro. Semoga berbahagia selamanya.

Kami tak boleh tunggu lama. Nak join photo shoot outdoor pun tak sempat. Meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Next stop is Taman Sejahtera, Lunas, Kulim.
Rombongan pengantin bertukar menjadi rombongan meminang pulak.
Encik Amir nak bertunang.
Patutnya tunang dulu, baru kahwin. Tapi event hari ni, kahwin dulu, baru tunang. It's ok... tuan punya badan tak sama.

Berwajah cerita untuk menghilangkan penat. Sama gak macam kat sungai petani, bas tak boleh masuk hantar kami sampai betol2 depan rumah. Redah jer setakat mana boleh, lepas tu jangan malu, jangan segan, jalan kaki sampai ke rumah. Bas tak boleh masuk sebab jalannya kecik saje. Pulak tu banyak kabel letrik bergantungan merentas jalan. Karang tak pasal2 satu taman tu blackout.

Encik Pauzi dari pihak lelaki selaku pemudah cara berjaya menghidupkan suasana dengan lawak spontannya.

Sebahagian dari hantaran dari pihak perempuan, menggunakan warna turqoise sebagai tema.

Sebahagian rombongan dari pihak lelaki bersama hantaran. I see red everywhere. Tikar tuan rumah pun merah jugak. Mentang2 lah raya cina, macam ngam pulak bila pakai merah. Manyak ong woooo!

Pemudahcara dari pihak perempuan yang merupakan seorang imam di kawasan setempat, sambil diperhatikan oleh bapa pihak perempuan.

Salam bertaut, restu dipinta, bakal menantu dan bakal mentua.

Besan dengan besan ni kaler baju macam berjanji pula.

Time balik, semua dah layu jer. Perut dah kenyang, badan dah penat, tak tahu dah apa cerita, saya tidur sahaja dari Bukit Gantang sampai ke tol Rawang. Lepas ni tak tahu lah lagi bila boleh naik bas ramai2 cam ni. Tunggu time encik amir kahwin lah pulak kalau jadi.

Sekiang!

No comments: