Tuesday, December 22, 2009

THANK YOU WAVE 100R

Thank you HONDA WAVE 100R. 3 tahun 4 bulan bersamamu, kini tibalah masa untuk berpisah. Segala duka nestapa yang kita kongsi bersama pasti terpahat dalam kenangan.

Wah, dah macam orang bercinta lah pulak!

Kalau tidak bercinta pun, itu adalah suatu penghargaan kepada motosikal yang telah banyak berjasa, berbakti kepada tuannya tanpa banyak karenah.

Banyak kenangan manis ketika bersama dengan motor ni. Antaranya:

On time: Sejak pakai motor ni, mmg tak pernah lambat sampai ofis.
Eh pernah ke? Rasa macam tak pernah jer. Kalau pernah pun tak ingat dah bila. Tak macam sebelum pakai motor dulu, dari rumah my wiffy akan hantar ke stesen LRT. Terkejar-kejar lah kita ni naik tren dari sri petaling ke masjid jamek, pas tu tukar next tren sampai ampang park. Dengan keadaan tren yang pack macam sardin nak2 time tren tak ikut schedule atau pun tren lambat ada problem. Lalu menyebabkan tekanan jiwa!

Traffic jammed: Trafik jem? Amende tu? Takde masalah pun?
Orang jem bawak kete merangkak-rangkak macam siput, kita selamba jer main celah, cilok sana cilok sini, masuk highway jer, jalan tak busy terus layan full throttle, dalam 30 minit sampai ofis atau rumah. Kalo bawak keta 30 minit tu tak sampai separuh perjalanan lagi agaknyer.

Cuma agak tension sikit lah bila hujan. Eh... tension is not the right word. Ungkapan 'kurang selesa' lebih sesuai rasanya. Lebih2 lagi waktu pagi time nak gi keje. Walau pun baju hujan berkualiti memang tersedia, tapi agak kurang berkenan nak berhenti tepi jalan, tukar kasut, sarung baju, sarung seluar getah lebih2 lagi kalau pagi tu terlambat bangun pulak. Dah lah masa ngam2 jer untuk sampai ofis, nak kena berhenti tukar baju hujan pulak. Oh tidakkk!
Tapi setakat ni, walau pun menghadapi cabaran sebegitu rupa, sempat lagi sampai ofis...

Apahal tercerita pasal kenangan pahit pulak ni. Kenangan manis dulu daaa... Ok, kenangan manis seterusnya...

Mobile: Dengan adanya motosikal ni terasa senang sekali untuk bergerak pergi ke mana-mana yang saya suka. Rasanya motor ni takdelah bergerak jauh mana pun, setakat bergerak dalam area lembah kelang ni jer, mostly untuk pergi balik kerja sahaja. Tapi nak cerita kat sini senang bergerak sebab tak risau mana nak parking, berapa ringgit nak kena bayar parking, parking penuh lah dan segala-galanya yang berkaitan dengan parking. Agak-agak sesuai tu, parking jer. Jadi boleh pergi ke shopping complex, PC Fair KLCC, lepak2 ngan member, jumpa orang tu, orang ni, serta kemana sahaja dengan hati yang gembira, asal sahaja tidak hujan. Kalau hujan, terus balik rumah. Amat tidak bergetah bercampur dengan masyarakat dalam pakaian getah.

Jimat: Motorsikal kapcai 4 lejang benar-benar menjimatkan belanja. Petrol, takat gi balik kerja sebulan dalam RM50 ke RM60 sahaja. Naik tren dulu beli pas bulanan tu saja dah seratus lebih. Penyelenggaraan, tukar minyak hitam, tukar plug, sekali tukar dalam RM20 lebih jer. Sebab rasa murah sangat kan, serta bagi mengekalkan prestasi maksimum sepanjang masa, tiap-tiap bulan saya akan menukar minyak hitam dan plug, tanpa mengambil kira jarak perjalanan berapa. Tayar tubeless, tak pernah pancit. Sprocket setahun sekali tukar.

Itu belum cerita pasal roadtax ngan insurans lagi. Lagi jimat sebab lepas 3 tahun pakai, boleh dapat NCB 25%... dapat diskaun lagi.

Itu cerita pasal kenangan manis. Kenangan pahit pun ada jugak. Antara yang best adalah:

Tayar pancit: 2 kali, sebelum bertukar kepada rim sukan dan tayar tubeless. Lepas tukar, terus tak pancit-pancit dah. Pernah sekali pancit kat highway Bukit Jalil dekat area Technology Park Malaysia, tengok-tengok dalam wallet ada seploh ringgit jer. Tanya mamat tukar tukar tayar tu, berapa? Dua puluh dia kata. Alamak guanne neh? Pitih ada seploh riyal jer. Bagitau mamat tu, nak pinjam motor nak gi cucuk duit kat ATM, dengan raga yang sarat dengan tiub dan pam, pegi cucuk duit kat ATM dalam TPM. Tengok2 ATM yang sebijik tu out of service pulak. Hampeh tul... dah ler kes kecemasan ni. Last2 talipon member yang keje dalam TPM tu mintak tolong dia pinjamkan seploh hengget. Huhuhu... nasib baik ada member. Sebab member tu pernah tolong kan, nak sebut sikit lah nama dia Sulaiman Yaakob.

Saman: Polis trafik tak pernah. Saman hape roadblock pun tak pernah kena. Memang suci murni tanpa sebarang dosa motor nih.
Walau bagaimanapun, pernah kantoi ngan DBKL 2 kali sebab salah parking. Mana saya tahu tempat tu motor tak boleh parking. Tengok orang lain pun parking situ jugak. Belakang tengok dalam bakul masing2 dapat surat cinta dari DBKL. In adalah akibat daripada mengamalkan prinsip "agak-agak sesuai tu, parking jer".

Masalah teknikal: Pernah sekali ntah hape penyakit ntah, skru karburator tiba2 jer longgar lalu mengakibatkan kebocoran dan pertumpahan petrol tanpa kawalan di bahagian karburator. Cuak jugak time tu, on the way nak gi Tropicana ada taklimat pasal FMUTM. Dah lah tengah2 highway NPE yang jarang-jarang guna, sah-sah tak tahu stesen minyak kat mana. Terpaksa menggunakan kemahiran mengedjas suis petrol untuk mengawal aliran petrol seminimum yang mungkin. Lepas taklimat tu baru perasan puncanya skru longgar. Kasi ketat sikit setel problem. Cheh, kalau tahu, awal2 lagi saya akan mengetatkan skru tersebut secepat mungkin.

Sekali tu aje lah jadi pun. Lepas tu, tiap kali servis, make sure check skru tu ikat ketat2.

Secara teknikal, motosikal ini masih elok, masih mantap dan masih boleh memberikan perkhidmatan terbaiknya walau dimana anda berada. Namun motosikal ini terpaksa ditamatkan perkhidmatannya memandangkan tuannya ingin menaik taraf dengan beralih ke jentera baru yang lebih bertenaga, pantas, serta menyahut seruan kerajaan untuk menyokong dan menggunakan produk tempatan lah konon. Wah, tiba2 je rasa macam patriotik pulok kan!

Tak tahu lah kemana arah motor ni lepas ini. Terpaksa mencari tuan baru barangkali, belum dapat dipastikan lagi. Ye lah, nak simpan sampai dua bijik motor pon nak buat hape. Baik jual jer. Sape berminat nak beli?

No comments: