Jalan-jalan cari makan kali ini membawakan episod "DIM SUM" - kali ini saya tulis dalam huruf besar kerana sudah lama kami tidak dapat memakan dim sum kerana restoran di Giant Kelana Jaya itu sudah tutup. Nak ke Hartamas pula sudah lupa jalan ke restoran itu. Jadi lebih baik makan di hotel saja.Kenapa nak makan dim sum? Kan banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan? Kerana ini adalah permintaan dari ibu yang mengandung. Jangan abaikan permintaan pemakanan dari ibu yang sedang mengandung kerana nanti ibu tersebut akan kempunan. Tidak baik untuk perkembangan fetus.
Barang siapa yang tidak kenal dan tidak pernah melihat bagaimana rupa dan rasa dim sum, maka saya tunjukkan sampelnya yang dibuat dari bahan2 tiruan dan dipamerkan di hadapan pintu masuk restoran.
Oh ya! Saya tidak boleh menggambarkan bagaimana rasa dim sum. Jika mahukan pengalaman bagaimana rasa dim sum tersebut, sila ke Restoran Meisan Szechuan Restaurant yang terletak di Hotel Quality Shah Alam. Harga tidaklah melampau mahal. Hanya RM28.00++ sahaja untuk satu kepala. Walaupun kami datang dengan 3 kepala, tapi 2 kepala sahaja kena cas kerana satu kepala lagi diberikan penghargaan dan layanan VIP kerana masih belum cukup umur. Takat makan "chicken rice porridge" dengan "sky juice" je takkan nak cas RM28.00++ jugak. Jangan kata RM28.00++, kalau dia cas RM10.00++ pun dah kira melampaui batasan. Nasib baik perkara tersebut tidak berlaku dan kami dapat makan dengan aman.
Sebenarnya, agak susah juga nak cari restoran yang menyajikan hidangan dim sum secara halalan toyyiban. Kat restoran cina memang berlambak lah dim sum ni, tetapi langsung tak tergamak nak melangkah kaki ke restoran yang dihiasi juga dengan itik gantung. Restoran melayu mana nak cari jual dim sum? Kalau ada memang kamilah pelanggan setia. Jadi, untuk tidak mengeruhkan keadaan, kami makan je kat hotel yang diyakini status halalnya. For chinese, dim sum tanpa binatang mughollazoh tu ibarat makan KFC tanpa ayam. Betol tak tipu sebab pernah baca statement tu kat dalam forum internet yang ditulis oleh seseorang berbangsa cina.Selepas berjaya beberapa kali tawaf di pusat bandaraya Shah Alam sebab cari hotel tak jumpa kat mana, sambil mata melilau kiri kanan cari bangunan; sambil dalam hati pun berkata "nasib baik pusat bandaraya shah alam ini kecil sahaja, tak kisah ar nak pusing 2,3 kali pon", akhirnya jumpa jugak hotel ni. Ingatkan dia ada bangunan sendiri, rupanya duduk menumpang kat Plaza Perangsang. Ooooo... disini kamu ya!
Dah dapat parking tepi jalan bawah flyover depan plaza, kami pun exercise sikit lah jalan kaki dengan harapan perut akan kosong ke tahap maksima menuju ke restoran yang bagaikan sedang melambai-lambai kehadiran kami. Rupanya kami silap parking daaa... Tempat kami parking tu rupanya bahagian belakang bangunan. So kena pusing setengah round untuk ke entrance bangunan yang mengadap ke Alam Sentral la, bukannya SACC.
Demonstrasi makan dim sum menggunakan chop stick. Harus diingat sesetengah makanan ini teksturnya sangat licin sekali gus mendatangkan cabaran yang besar apabila menggunakan chop stick. Terpaksa menggunakan lebih buah fikiran untuk menyetelkan masalah tersebut.Selesai membeli belah kami pun pulang.


No comments:
Post a Comment