Thursday, July 23, 2009

BOWLING WITH FAMILY

Program bermain bowling bersama keluarga telah diadakan di Ampang Superbowl Ampang Point pada 19 Julai 2009.

Sudah agak lama kami tidak turun ke gelanggang bowling. Bonda pulak tengah pregnant, lagilah tiada semangat kesukanan yang jitu untuk bermain bowling. Namun memandangkan kali ini telah dijemput dengan cerianya oleh anggota keluarga sendiri, serta menawarkan hadiah yang tak berapa hebat kerana saya melihat hadiah yang paling banyak ialah hamper barang-barang keperluan bayi tajaan johnson & johnson. Tapi bila tak dapat rasa rugi pulak sebab boleh simpan untuk adik yang nak keluar lagi beberapa bulan. Oleh kerana tidak ada rezeki kerana team kami pun tak berapa pandai main, hanya mengharapkan ayahanda seorang sahaja (mana aci macam ni), maka kami gagal untuk mendapatkan hamper johnson & johnson.

Perasmian oleh mak datin tak ingat nama dia sape, tapi yang pastinya dia ni isteri kepada YB Dato' Shabery Cheek, orang kemaman kita jugok. Wah bermain dengan keluarga sendiri pun siap ada perasmian oleh mak datin lagi? Sebenarnya kami hanya menumpang perlawanan yang dianjurkan oleh SK Jalan Cochrane, bersempena dengan aktiviti hari sukan sekolah tersebut, yang mana Acu ada anak yang bersekolah di sana. Memandangkan acu juga merupakan salah seorang AJK pengelola kejohanan, dan pertandingan ini terbuka pula kepada ibu bapa dan guru, maka diajaklah kaum kerabatnya untuk bermain bersama-sama.

Saya tidak melepaskan peluang ini untuk menjadi seorang penjaga bola bowling yang berjaya. Tiada siapa yang boleh mengambil bola bowling tersebut tanpa keizinan daripada saya.

Saya tak ingat ada berapa team semuanya yang main, namun saya kira agak banyak juga. Mungkin mencecah 20 team. Setiap team ada 4 orang di mana team saya dimainkan oleh ayahanda, pokcik amir, uncle E & auntie arnie. Itu nama yang tercatat dalam scoreboard lah. Dengan pemain simpanan seperti bonda, auntie E.G, auntie su & uncle jack yang turut sama menyumbang bakti melontarkan bola untuk team kami yang namanya ialah "MERIAH". Memang meriah sungguh!

Inilah antara pemain simpanan kami yang tidak berapa berjaya mengutip jatuhan pin yang boleh mendatangkan hadiah hamper johnson & johnson.

Di samping permainan bowling yang menyeronokkan, ada banyak sesi fotografi bebas yang dianjurkan oleh jurugambar yang tidak diundang seperti pokcik amor & ayahanda sendiri. Sebenarnya inilah salah satu cara latihan bebas untuk menajamkan kemahiran bertangkap gambar. Bak kata mat salleh "PRACTICE MAKE PERFECT".

Apakah mungkin bagi seorang ibu yang mengandung menghayunkan bola bowling? Sebaling dua untuk melepaskan gian tiada masalah bagi bonda. Masalah hanya hadir sewaktu malam menjelang apabila bonda mula mengadu sakit-sakit badan.

you shoot me, i shoot you!

Tak sangka tok ti kita sangat terer sehingga memenangi kejuaraan untuk individu wanita dewasa. Itu nasib baik bonda kita tak main atas sebab-sebab keselamatan. Kalau main, harus ada tentangan.

Juara kategori kanak-kanak iaitu pokcik adli. Alaaa.. kanak-kanak berapa orang je yang main pun. Chances dia memang tinggi untuk memang. Tak heran!

Dalam banyak-banyak gambar, inilah satu-satunya gambar famili yang mendapat penyertaan teramai.Masing-masing berterabur pegi mana ntah. Kejap ada, kejap takde. Mana yang ada aje lah. Lagi pun benda tak plan nak ambik ramai. Cekup je mana yang ada.

Dah penat bersuka-ria main bowling, ramai-ramai kita pergi makan. Ada orang nak belanja kat Ampang Yong Tau Foo. Rasanya ini 2nd time makan kat sini. Ingat lagi dulu first time nak makan sini, rasa cuak berganda-ganda sebab masuk restoran cina. Tok Ajang lar yang ajar makan kat sini dulu. Ini dia nak bawak lagi.

Tapi bila tengok ramai jer melayu makan kat sini. Pas tu terpampang logo halal sebesar alam kat dinding restoran tu, so kami belasah saja. Kena yakin sebab benda dah masuk perut. Dah jadi darah daging kot.

Begitulah al-kisahnya. Terima kasih.

No comments: