Thursday, April 16, 2009

GUITAR HERO

Baru-baru ni, masa road tour Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 kat Klang Parade, aku terpesona tengok Rosli Mohalim, guitaris kumpulan rock Sweet Charity buat persembahan. Dah lama aku tak tengok persembahan gitar solo dari gitaris profesional. Dalam muzik rock, gitar karan memang wajib. Rock tanpa gitar karan ibarat teh tarik takde susu. Bukan takat tak sedap, tapi memang tak jadi langsung!

So, pasal aku minat sangat dengan muzik rock, dan untuk meng-rock-kan diri aku yang tak berapa rock kalau dilihat dari mata kasar, maka aku pon mula berjinak-jinak dengan gitar bermula zaman aku mula-mula masuk universiti dulu. Masa tu aku buat matrik UPM kat cawangan Terengganu, sekarang tempat tu dah jadi Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Ntah bila diorang upgrade aku tak perasan. Tapi zaman tu memang heaven lar.

Time tu, dengan pengaruh muzik alternative & underground (sekarang dah panggil indie pulak, tapi indie lembik tak macam underground dulu... heavy!), makin meluap-luap keinginan aku nak main gitar. Sifu aku time tu nama dia Zuhdi. Bukan takat gitar kapok, gitar karan pon dia bawak masuk hostel. Best giler... maka berkat ketekunan & kesungguhan aku belajar ngan si Zuhdi ni & juga sifu2 yang lain, akhirnya boleh kata aku lulus lar main gitar. Takde lah terror tahap man kidal, tapi kalo takat pegi jemming tu biasanya aku akan main rhythm gitar sambil nyanyi... perghh rasa macam Kurt Cobain tuu. Kadang-kadang aku main dram. Saje rotate bagi semua orang dapat rasa equipment yang ada. 

Tak pun kalo kitorang boring2 kat hostel, kitorang lepak ramai2 kat bilik, buat konsert akustik. Ala2 konsert unplugged nirvana kat new york... Hahahaha! Teringat kenangan silam.

Masa tu, kita punya influence lebih cenderung ke arah lagu-lagu yang dipopularkan oleh Nirvana, Metallica, Greenday, Butterfingers... itu lah antara band yang biasa kitorang bawak lagu dia. Lagu lain pon ada main jugak tapi tak banyak.

So, sampai sekarang aku memang minat giler ngan irama gitar rancak. Kat malaysia, ada few gitaris yang pada aku memang best... tapi personally, dalam ramai2 tu, yang menjadi poojaan hatiku:
man kidal. pada aku, dah ler main gitar terbalik, tali tak tukar pulak tu.

Karl dari kumpulan Cromok. Punyalah minat dengan petikan gitar solo si Karl ni, sampai sekarang aku layan lagi lagu-lagu Cromok.

Joe wings... main gitar terbalik macam man kidal jugak

kalo international pulak, yang menjadi poojaan hatiku:
mr. eric johnson

mr. steve vai

mr. paul gilbert dari kumpulan Mr. Big

mr. kirk hammet from metallica

minat dalam erti kata aku suka melodi & solo diorang menyebabkan walau pun dah jadi bapak orang, aku masih lagi layan lagu2 diorang.

so, pada aku, rock tak akan jadi tanpa gitar, dan peranan seorang pemain gitar sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah kumpulan rock.

Guys, YOU ROCK THE WORLD!!!

4 comments:

Anonymous said...

tak nak letak ker gambor mu masa jadi rock...huhu pegang gitar...

SYCLONE said...

Woi gitar karen...

Kasi prektis la itu staple songs, atau lagu dawai kokot... sume2 tu..

Kata rockers.. ke korokers...

Karang aku panggil jemming bila kete aku dah siap repair.

Hahahhh..

Azim rahman said...

Nak tanye.joe wings main pakai technique apa tu ek?

Fiveeja@79 said...

Ok gak 2 br0..blh kta same2 timba pengalaman..