Wednesday, April 08, 2009

3 APRIL (PART II)

Jumaat 3 April 2009 ialah hari lahir ayah yang ke-32. Biasanya, sekiranya hari itu adalah hari lahir ayah atau bonda, kami akan keluar bersiar-siar sambil menikmati hidangan makan malam bersama-sama. Sementelah kami mendapat tahu berlangsungnya penjelajahan anugerah bintang popular berita harian 2009 di Klang Parade, langsung kami ke sana untuk melihat apa yang ada. Tiada apa yang istimewa, cuma ujibakat pertandingan nyanyian . Ayah juga mencuba, tetapi tidak berjaya. Pesertanya hebat-hebat belaka. Bagi kami, sukar untuk memilih 10 peserta terbaik di kalangan hampir 140 pesertayang mencuba nasib. Namun, bagi juri, 30 minit sahaja, sudah dapat 10 yang terbaik.

Sebelum menonton persembahan, kami singgah menjamu selera dahulu di Secret Recipe.jus epal kasturi yang masam

aksi bunuh diri ketika menunggu makanan

patung ben-10 ihsan mc'D

lapar sangat nie... makan fries dulu

ayah punya... chicken chop black pepper herba rice ntahapekebendantah!

irfan punya, share ngan bonda... mini burger, alpha fries blablabla tak ingat dah!

macam nie cara makannyer...

No comments: