Friday, November 28, 2008

WALIMATUL-URUS @ KIP

Mungkin ini bakal menjadi satu kenangan di Kuaters Institusi Pendidikan Puchong (KIP) apabila buat pertama kalinya dalam sejarah KIP, berlangsungnya majlis walimatul-urus yang dijalankan dalam suasana harmoni dan penuh kemasyarakatan. Sikap tolong menolong serta kerjasama menyerlahkan lagi semangat kejiranan yang semakin pupus dalam arus kehidupan di kota. Sukar untuk melihatkan amalan kejiranan di bandar seperti ini memandangkan gaya hidup di kota lebih cenderung kepada nilai material, di mana semuanya harus dibayar, hinggakan si penanggah juga mesti di bayar. Alhamdulillah, semua ini tidak berlaku di KIP.

Tahniah kepada semua.



1 comment:

.:: SniPeR j@L@n@n ::. said...

salamz bro, mana hasil shoot wedding kat NUSA PUTRA ari tu? up la cepat...