Monday, May 12, 2008

WONDERFUL REDANG

Tahun Melawat Terengganu 2008, buat julung kalinya kami bercuti ke pulau yang indah permai, Pulau Redang. Perjalanan bermula pada malam Sabtu, apabila kami bergerak pulang ke Dungun terlebih dahulu, sempat jugalah menziarah tokki dan nenek di kampung. Sampai ke Dungun lebih kurang jam 1.30 pagi.
Sabtu petang, kami menuju ke Kuala Terengganu. Kata papa ini adalah salah satu langkah bagi memastikan kami tidak perlu kelam kabut mengejar masa dan mengejar bot pagi esok, maka kami perlu bermalam di Kuala Terengganu atau mana-mana tempat berhampiran jeti bagi memudahkan perjalanan kami ke jeti Merang seawal pagi Ahad besoknya. Mujur juga ada keluarga bapa saudara papa yang tidak keberatan menumpangkan kami dirumahnya. Dapat juga kami penginapan percuma.

Pagi 11 Mei 2008, saya bangun awal dari biasa. Walau pun bot dijadualkan bertolak ke Redang pada jam 9.30, namun memandangkan ini adalah kali pertama kami ke sana, dan kami tidak pasti di mana letaknya jeti Merang serta jarak perjalanan ke sana, kami mengambil keputusan untuk bergerak jam 8.00 pagi. Rupanya dari Kampung Teluk Ketapang melalui kawasan Gong Badak, Batu Rakit, seterusnya Maras hinggalah ke jeti, perjalanan hanya mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja. Tidak susah untuk sampai ke tempat yang dicari lantaran banyaknya papan tanda dan arah ke jeti.
Setelah meletakkan kereta di kawasan yang disediakan, dengan kadar bayaran sebanyak RM10 sehari, kami menuju ke arah bot yang siap sedia menanti untuk membawa kami ke Redang. Jeti Merang tidaklah besar dan canggih seperti jeti ke Langkawi, namun kelihatan sibuk dengan pelancong dari dalam dan luar negara. Kelihatan juga beberapa gerai menjual cenderamata dan ole-ole bertemakan Pulau Redang. Kami akan singgah membeli barangan cenderamata setelah pulang nanti kerana matlamat kami sekarang adalah untuk sampai ke Redang... takde mood lagi nak membeli belah.

Jam 9.30 pagi, bot mula meninggalkan jeti Merang, membawa saya yang teruja kerana merasai pengalaman kali pertama menaiki bot laju. Bot penumpang bewarna putih yang dikuasai oleh dua buah enjin berkuasa tinggi pantas meredah samudera membawa kami ke Pulau Redang dalam masa 40 minit.


Kami menginap di Redang Kalong Resort yang terletak di dalam kawasan teluk. Pantainya yang memutih dengan air laut jernih bak kristal meyambut kedatangan kami ke pulau yang indah ini. Sebelum diberikan kunci dan dibenarkan ke bilik, kami beserta pelancong-pelancong lain diberi taklimat ringkas khususnya berkenaan dengan aktiviti yang boleh dijalankan di situ, kemudahan yang disediakan, masa makan dan jadual perjalanan pulang. Umumnya kami disediakan dua trip perjalanan pulang sehari iaitu pada jam 8.30 pagi dan 12.30 tengah hari. Kami bersetuju untuk pulang pada jam 12.30 tengahari, 13 Mei 2008.

Bilik yang disediakan tidaklah begitu besar, namun memadailah bagi kami 3 beranak dengan satu katil queen size dan satu katil single. Satu unit pendingin hawa model lama hampir tidak terasa ketika waktu tengahari lantaran kedudukannya yang selari dengan katil menyebabkan hanya bahagian atas sahaja terasa kesejukkannya. Televisyen tidak disediakan di bilik, tapi ada disediakan di Kafe lengkap dengan saluran astro pakej penuh. Namun itu bukanlah masalah besar bagi saya dan papa yang memang datang untuk berehat dan bebas dari TV dan suratkhabar. Cuma mama sahaja agak risau kalau-kalau terlepas siri Bella kegemarannya.
Terpaksa mama menonton di Kafe bersama-sama dengan nenek yang menginap di bilik sebelah.

Hari pertama di Redang, selepas menikmati sajian tengah hari, kami bersiap sedia untuk snorkeling pertama kami yang dijadualkan pada jam 2.30 petang. Lokasinya hanyalah di sekitar Kepulauan Redang. Kami menaiki bot kayu yang agak besar, mirip bot nelayan tetapi telah diubah suai untuk membawa penumpang. Hari pertama, hanya papa sahaja yang terjun ke laut, manakala mama hanya terbaring akibat pening kepala dan mabuk laut. Nasib baik mama tak muntah. Saya pula seronok membaling roti ke laut memberi makan kepada ikan-ikan yang sedia menanti kedatangan kami. Habis semua roti saya campak ke laut, tak kasi chan kat orang lain. Rupanya di setiap lokasi snorkeling bukan resort kami sahaja yang berkunjung ke situ, malah pengunjung-pengunjung dari resort lain turut sama memeriahkan kawasan snorkeling tersebut. Memang meriah dan riuh rendah... nampak macam pesta pulak.
Selepas dua jam, kami bertolak pulang ke resort. Dalam kepenatan, terbayang keseronokkan
di wajah kami dengan keindahan dan kecantikkan dengan hidupan di taman laut Redang. Sampai ke bilik, kami semua tertidur kepenatan.

Malamnya kami disajikan dengan makanan ala BBQ. Memang sedap!!!

Lepas makan, mula-mula ingat nak layan karaoke, tapi penuh lah pulak dengan geng-geng Hong Kong pulak. Habis diorang konker satu bilik tu. Pelancong melayu dah jadi kaum minoriti pulak kat situ, takde chan ler kami nak layan meyumbangkan suara. Takkan ler tiba-tiba kitorang nak masuk pas tu nyanyi lagu melayu pulak. Terpaksalah kitaorang layan benda lain. Papa dengan mama yang mulanya nak main karom, last-last tak jadi pulak sebab saya asyik paw buah karom atas papan, lepas tu susun setinggi yang boleh. Terpaksalah papa dan mama tukar game, main dam haji pulak.

Hari kedua, pagi-pagi lepas breakfast dah nak pergi snorkeling lagi. Kali ni diorang kata tempat best... Redang Marine Park, tapi kena bayar sorang 5 ringgit. Tak kisah lah tu, bukannya selalu. Kali ni tempat memang best. Dalam laut semua cantik-cantik belaka. Tempat yang kitorang pergi tu nama dia Pulau Pinang, bukan Pulau Pinang anak mami tu, tapi nama pulau tu Pulau Pinang sempena dengan pokok pinang banyak kat situ kot. Tapi, sebab dah excited sangat nak snorkeling, tak perasan pulak pulau tu ada pokok pinang ke tak. Pulau ni kecik jer, dan menjadi sebahagian dari gugusan Pulau Redang. Yang speselnya, kat sini menjadi tumpuan pelancong sebab taman laut utama Redang terletak kat sini. Rupanya kat sini jugalah letaknya kuaters kakitangan jabatan laut yang bertugas kat redang nih. Kubur pun ada... ingatkan kubur sape, rupanya itu kubur lama tinggalan orang-orang kampung yang pernah duduk di redang suatu ketika dahulu. Mengikut sejarah, selepas tahun 1979 barulah penghuni di pulau redang dipindahkan ke tanah besar semenanjung, to be specific, sekitar daerah Merang, Setiu dan Kuala Terengganu. Agaknya masa tu takde kemudahan di pulau tu, api takde, air takde, jalan raya takde... lepas tu terpisah jauh pulak dengan masyarakat lain, itu pasal kena pindah tanah besar kot. Lagipun kerajaan nak wartakan pulau redang jadi taman laut malaysia, jadi tempat tu jadi kawasan larangan takut rosak pulak khazanah laut yang ada kat situ. Kitorang yang melancong ni pun boleh tengok jer, takleh ambik apa-apa waima batu karang yang hanyut kat tepi pantai. Tak boleh!!!

Lepas dua jam, balik resort... mandi, rehat, makan dan aktiviti bebas. Petang pukul 2.00 ada skorkeling lagi, tapi mama dah tak larat nak pergi. Mama nak rehat kat bilik sambil tidurkan saya. Nampaknya papa pergi sorang, tapi papa tak kisah pun sebab papa enjoy snorkeling. Lagi pun ramai pelancong-pelancong lain yang boleh temankan papa. Takde hal kata papa. Petang tu, papa naik bot pergi ke Pulau Lima pulak. Redang nie sebenarnya banyak pulau-pulau kecik di sekitarnya. Itu pasal diorang bawak pergi ke tempat yang berbeza. Snorkeling kat Pulau Lima nie lebih kurang macam snorkeling kat tempat semalam jer. Cantik lagi snorkeling kat Pulau Pinang pagi tadi, tapi as long as it is redang, any snorkeling location is not bad lah. Semuanya wonderful!
Petang tu bila papa balik dari snorkeling, saya tak tidur pon.

Lepas minum petang, sambil-sambil mama nak tunggu cerita Bella dia start, kitorang jalan-jalan lah kat tepi pantai tu, sambil-sambil ambik gambar.

Malam tu makan malam macam takde selera jer. Sama ada kami yang takde selera, atau pun makanan tu yang tak sedap, kami memang tak lalu nak makan. Rasanya makanan tu yang tak sedap sebab ada 2, 3 couple melayu kat situ pon makan tak habis. Geng-geng chinese jer nampak berselera sebab malam tu resort tu masak menu ikut style diorang. Lepas makan hujan lebat pulak, so tak de aktiviti menarik sangat. Tidur awal sebab letih. Tadi siang saya tak tidur pun.

Selasa 13 Mei 2008 hari terakhir saya di Redang. Memandangkan bot kami akan bertolak jam 12.30 tengah hari, maka pagi tu sambil-sambil tunggu nak check-out saya lepak-lepak tepi pantai sambil ambil gambar. Patutnya check-out time pukul 9.00 pagi, tapi bila pikir-pikir balik kalau check-out ikut time pun, tapi balik pun pukul 12.30 tengah hari, kami nak buat dalam masa 3 jam lebih tu? Bila tanya orang resort tu, dia kata ok kalau nak check-out lambat sebab takde orang check-in bilik tu. Dekat pukul 11 baru kami check-out. Sambil tunggu pukul 12.30, kami lepak kat kafe dan ambik gambar lagi.

Kami pulang ke tanah besar menaiki bot yang sama seperti kami sampai masa first day hari tu. Saya tertidur dalam bot. Dah sampai ke jeti baru tersedar. Sebelum bertolak pulang, sempat jugalah membeli sedikit cenderamata sebagai kenangan.

Masa on the way balik ke Dungun, saya singgah di pekan Batu 6 sebab mama nak beli kain. Ada satu kedai kain buat sale kat situ.

Kesimpulannya, percutian kali ni memang seronok. Pulau Redang memang marvellous!!!

No comments: