Monday, March 23, 2009

CIK JA'S WEDDING

1) MAKCIK JA is my auntie. Adik ayah merangkap anak kedua dalam keluarga tokki.
2) Pasangannya ialah Pakcik Yus, jejaka yang berasal dari Kajang. Sebut kajang jer mesti teringat sate kajang, kan???
3) Ayah dan bonda sedari awal lagi sudah merancang percutian pulang ke kampung pada 12 & 13 Mac 2009 memandangkan majlis pernikahan cik ja berlangsung pada hari jumaat 13 Mac 2009. Kendurinya pula pada 14 Mac 2009. Tokki sendiri yang melakukan upacara akad nikah. Sekali lafaz jer... sah!!!
4) Khamis lagi kami dah pulang bagi membantu apa yang patut. Maklumlah, segala urusan masak memasak & menyediakan majlis dilaksanakan secara gotong-royong. Terasa kemeriahan & semangat kerjasama apabila saudara-mara, jiran tetangga & sahabat handai bersama-sama menyingsing lengan membantu apa yang patut. Tidak seperti di bandar yang hanya mengharapkan perkhidmatan katering.
5) Penat memang penatlah... maklumlah gotong royong. Tapi seronok. Irfan pun seronok sebab ramai kawan.
6) Lagi seronok bila nasi & lauk kenduri habis semuanya. Bukan tak cukup, tapi ngam2. Kalau tidak sia2 jer jadi kawan syaitan sebab membazir. Walau pun last2 minit ada lagi orang datang, terpaksalah hidang nasi putih jer. Tak ramai pun yang tak merasa nasi minyak... adalah 3, 4 orang. Lauk pun ada lagi. Nasib baik lepas tu hujan lebat, lagi lah takde orang datang. Hinggakan tuan rumah, pengantin serta adik beradik bila nak makan malam, terpaksa masak nasi goreng.

7) Bila hujan, geng2 basuh pinggan (kawan pokcik mat) tetiba jer resign. Dah tempat cuci tu takde atap, lari lah diorang.
8) Niat nak keluar shoot gambar pengantin di pantai agak terbantut sebab hujan. Rasa macam tak jadi dah. Nasib baik hujan berhenti juga, tapi dah pukul 6 lebih. Pengantin pun masih lagi dengan pakaian rasminya. So apalagi.... cargassss!!! Better late than never.....
8) Ikut tradisi, pengantin kena basuh kawah periuk belanga yang digunakan untuk memasak. Adat lah tu. Tapi hari tu teruk sikit lah pasal kena cuci pinggan & gelas yang dilupakan sebab hujan tadi. Hehehehe... padan muke... alaaa... pengalaman sekali seumur hidup. Tak tahu lah diorang abis cuci pukul berapa sebab as at 12am masa kitorang ngantuk giler & penat nak tidor, diorang tak abis lagi. Dah suruh dah diorang basuh besok je, tapi dah diorang nak basuh malam tu jugak... lantak diorang lah!
9) Hari ahad kami balik KL. Bertolak tepat jam 3 petang dan paling banyak berhenti. Mula-mula singgah beli keropok lekor. Lepas tu singgah lagi beli belacan. Lepas tu masuk Impiana Cherating kejap cari toilet nak buang air. Lepas tu singgah lagi kat R&R Gambang buang air lagi. Terserempak pulak dengan Diana Danielle kat sini. Tapi buat donno je lah. Bukannya minat sangat pun ngan artis-artis ni. Lepas tu, minum-minum lagi dengan Bob G & Acik Norma. Lepas tu singgah lagi kat R&R Temerloh, buang air lagi & buat susu irfan. Last sekali singgah kat Hentian Gombak untuk solat dan makan nasi goreng yang tak sedap.

10) Pasal dah banyak sangat singgah, di campur dengan hujan & jalan yang basah, akhirnya kami sampai rumah jam 11 malam. Rasanya sejak ada LPT, inilah perjalanan kami paling lama.

4 comments:

Azrul said...

aku ingat ko kawen lagi bro....
muka lebih kurang je...
tergezut kejap aku....

Zuri Aqim said...

mana ada sama bro...
aku lagi hensem apeee....

Didie said...

thanks bro for letting me to tag along at ur sister's wedding. tapi my pics tak se'cun' ur pics ler.. malu nak share :-p but one thing for sure, memang agak penat shoot gambar orang kawen yekk.. nampak cam sempoi jek..

Naqiuddin Khirrudi said...

chantek outdoor portraiture!