Wednesday, February 11, 2009

IKEA DAMANSARA

Melihat sahaja ayah menyarung seluar panjang jenis khakis dan bonda pula mengenakan tudung berwarna hitam, al-irfan ingin tahu.

“Kita nak pegi mana ni ayah?”

“Kita nak pergi IKEA” jawab ayah sambil mengenakan t-shirt berwarna biru-kuning.

“IKEA tu apa ayah?” al-irfan bertanya lagi, penuh minat.

“Errr… IKEA tu gudang beli-belah jual barang-barang rumah” jawab ayah lagi dalam nada penuh yakin, namun tidak begitu pasti apakah definisi tepat untuk menggambarkan maksud IKEA.

Perjalanan lancar menyusuri LDP tanpa kesesakan lalu lintas membolehkan kami tiba ke destinasi dalam masa tidak sampai 30 minit. Mendapatkan parking juga tidak sukar walau pun bilangan kenderaan agak banyak. Barangkali ramai yang mengambil kesempatan keluar bersiar-siar bersempena dengan cuti ganti Thaipusam yang tahun ini jatuh pada hari Ahad.

Setelah IKEA beroperasi di bangunan sendiri di Mutiara Damansara, ini kami pertama kami melangkah ke gedung membeli belah tersohor ini. Sebelum ini pun sewaktu IKEA menumpang di One Utama, tanpa kehadiran al-irfan, ayah dan bonda pernah datang sekali. Walaupun niat kami hanya untuk membeli sebiji lampu lantai, tapi oleh kerana ini adalah lawatan kali pertama, lantas kami mengambil peluang ini untuk menjelajah ke segenap ruang yang ada.

Maka kami begitu gembira mencuba segala peralatan yang ada.

Melewati kaunter pembayaran pada jam 2.15 petang, berikut adalah kandungan di dalam troli kami:

1) Lampu lantai jenis LERSTA

2) Kuali 35 inci jenis PYRA

3) Lilin aromaterapi jenis TINDRA

4) Bekas bag plastic RATIONEL L VARIE

5) Sebiji mentol OSRAM


Cukup memuatkan sebuah troli mini yang secara sukarela ditolak oleh al-irfan.

Sebelum pulang, terasa pula untuk menikmati hidangan tengah hari ala Swedish. Lantas, kami menuju ke Food Court yang penuh sesak dengan manusia. Nak ambik makanan pun kena beratur panjang macam kat asrama pulak.Walaupun begitu, sistem pengambilan makanan di sini sangat teratur, cepat dan mudah.

Hidangan Sweden yang kami makan di IKEA.

1) Poached Salmon with potato.

2) 10 pieces meatball with fries.

3) Mini fish burger with fries.

4) Daim cake (sedap!!!)

5) 2 pieces chicken wing.

6) Soft drink - boleh refill berapa banyak mau minum.

Gambar makanan tiada sebab kamera sudah simpan dalam kereta.

Selesai makan, kami bergegas pulang supaya sempat menunaikan solat zohor di rumah. Al-irfan mula terlena ketika dalam perjalanan pulang, namun terjaga sebaik sahaja sampai di rumah. Lepas solat, ayah dan bonda pula terlena tapi al-irfan pula yang berjaga. Apa dia buat masa ayahbonda tidur, kami tidak pasti. Bila kami terjaga, nampak semua ok jer... Takde benda pelik kot dia buat... hehehehehe!

No comments: