





Four young Malaysians, Salmi, Razak, Ani and Angee have been assigned to do a picture book of ‘1957’. While two of them grudgingly carry out the request made by the publisher, Zahari. One of them takes on the role enthusiastically. Along the way, they find themselves immersed in the characters, emotional moments, identifying with and finding meaning in the struggle of ‘1957’. They weave the story of independence by transporting themselves back to the past. Ordinary Malaysians who fell in love, and found their love for the country override their personal emotions. The present characters find new meaning to ‘Merdeka’.
A little bit boring movie for a kid like me as it was hard to understand what it is all about. But since it was free, who cares? Besides, I could eat the caramel pop corn!
Kami ke Sunway Pyramid untuk makan malam dan membeli-belah. Sangka kami “Jualan Tengah Malam di Jusco” pasti menawarkan harga runtuh. Rupanya hanya barangan terpilih sahaja yang runtuh harganya. Sarung kusyen yang menjadi subjek utama pembelian kami langsung tiada diskaun. Nampaknya mama kena beli di Jalan TAR sahaja.
Keluar sahaja dari Jusco, jam menunjukkan hampir 12.00 tengah malam. Saya yang masih belum mengantuk terdorong sama menyertai ribuan manusia lain menyaksikan pertunjukkan bunga api sempena meraikan kedatangan tahun baru di perkarangan Sunway Pyramid.
Selamat tinggal 2007 penuh kenangan. Selamat datang 2008 !
Selang 2 hari kemudian, perjalanan diteruskan lagi dari Dungun ke

Selepas Gua Musang, jalan yang dilalui kembali sempurna tetapi masih lengang. Pertama kali merentasi Banjaran Titiwangsa, melalui kawasan penempatan orang asli di Pos Blau dan Pos Selim, kawasan pertanian sayur di Lojing yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kontroversi akibat penarahan bukitnya seterusnya laluan ke Cameron Highlands, akhirnya keluar ke Jalan Gopeng.
Saga Iswara 1.3 papa cemerlang lagi!
Jauh kami berjalan. Raya pertama dan kedua dari
Sehari sebelum raya, papa tidak sihat. Disebabkan jarang sakit, papa sendiri tidak pasti dia demam hinggalah Tok Ayah sendiri yang memberitahu kami papa demam. Hinggalah ke raya-4, barulah papa kebah dari demam. Raya ke-4 dari Dungun menuju pula ke Kuala Terengganu, seterusnya ke Teluk Ketapang, Wakaf Tengah, Sungai Tong di Setiu, patah balik ke Bukit Tunggal berhampiran Jambatan Sultan Mahmud, masuk ke Kampung Losong dan sebelum pulang singgah pula di Marang. Raya ke-5 dan ke-6 sekitar Dungun sahaja.
Raya ke-7 kami bertolak dari Dungun menuju ke rumah keluarga Tok Su di Kuala Lipis. Papa yang kali pertama ke Kuala Lipis hanya mengikut arah panduan papan tanda jalan sebagai lanjutan dari panduan yang diberikan Tok Su melalui SMS. Taip Tok Su kalau dari LPT, masuk ke Maran, kemudian terus ke Jengka – Jerantut – Kuala Lipis. Kerana mengikut papan tanda, dari Maran, kami terus mengikut satu jalan yang mengarah ke Kuala Lipis. Rupanya cabaran menanti. Dalam suasana hujan lebat, Kami melalui jalan kampung yang sempit dan berliku di Kuala Sentul mengikut arah ke Jengka / Jerantut. Setelah dianalisa, rupanya kami melalui jalan belakang yang secara keseluruhannya sempit dan berliku. Sudahlah begitu, hujan pula turun mencurah-curah sepanjang perjalanan kami. Hinggalah sampai ke Bandar Kuala Lipis, barulah terasa lega. Selamat juga akhirnya.
Tok Su menetap di kawasan perumahan kakitangan di Felda Kechau 8.
Pulang dari Lipis, sekali lagi laluan penuh berliku menanti setelah kami mengambil keputusan mengikut jalan pintas untuk menuju ke Bukit Beruntung /
Alhamdulillah, walau jauh kami berjalan, merentas hutan, meredah hujan, meneroka jalan yang tidak pernah kami lewati, kami tetap selamat sampai ke destinasi. Iswara 1.3 papa sememangnya tidak mengecewakan (walaupun tayar sedikit botak).
Dr Sheikh Muszaphar Shukor (Dr. SMS), 35, telah memahatkan namanya selaku angkasawan pertama negara, 46 tahun selepas Yuri Gagarin memulakannya. Terdetik rasa bangga dan gembira, akhirnya

Liputan yang diberikan oleh media tempatan tentang program angkasawan negara memang luar biasa. Ironinya bagi masyarakat dunia, kejayaan menghantar manusia adalah satu kejayaan yang besar... sangat besar. Buletin Utama yang biasanya tamat jam sebelum 9.00 malam dilanjutkan hingga 9.45 malam bagi memberi liputan langsung acara ini. Perlu juga dinyatakan nama Kapten Faiz Khaleed, seorang lagi calon akhir dan teman pelatih Dr. SMS turut layak setelah melepasi semua ujian dan cabaran yang ditetapkan, namun hanya seorang yang terpilih.
(berita selanjutnya sila rujuk lampiran di bawah)
Satu lagi catatan sejarah yang mendapat liputan meluas media hanya sebelum pelancaran angkasawan bermula, iaitu pada 04-10-2007, buat pertama kalinya satu pembedahan pemindahan jantung dari seorang remaja lelaki (yang semestinya telah meninggal dunia) kepada seorang remaja perempuan yang bernama Tee Hui Yee. Mengikut media, pembedahan itu telah pun berlangsung sehingga 10 jam, dan Irfan dapat bayangkan betapa sukarnya pembedahan itu sehingga memaksa pasukan bedah yang diketuai oleh Dr Ezani mengambil masa 10 jam. Pembedahan tersebut berlaku di Institut Jantung Negara (IJN)
Kedua-dua catatan diatas merupakan julung kali berlaku buat negara.
Kedua-dua catatan diatas turut mempunyai kaitan dalam bidang perubatan.
So, Irfan, do you dare to be a medical doctor ?
Bangsa Melayu masih punya harapan, masih cemerlang, gemilang dan terbilang, bukan sekadar layak di pusat serenti atau penjara.
Asal hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
Irfan menulis untuk satu lagi sejarah negara.
Lampiran :
BAIKONUR, Kazakhstan 10 Okt. – Dengan iringan doa, perasaan bangga serta kesedaran bahawa tiada lagi perkara mustahil yang tidak dapat dilakukan oleh rakyat Malaysia, angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor meluncur ke angkasa dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 tepat pukul 7.21 malam waktu tempatan di sini malam ini.
Pelancaran roket Soyuz sepanjang 50 meter itu dilakukan dalam keadaan cuaca sejuk dan langit cerah tanpa awan.
Di Malaysia yang pada waktu itu pukul 9.21 malam, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama lebih 10 juta rakyat Malaysia terpaku di depan skrin televisyen menyaksikan detik-detik bersejarah itu.
Ketika imej Sheikh Muszaphar yang berada dalam Soyuz yang dipacu roket selaju 26,000 kilometer sejam terpapar di skrin televisyen, rakyat Malaysia bersorak kegembiraan kerana perjalanan angkasawan itu dianggap sebagai simbol kehebatan baru bangsa.
Kapal angkasa Rusia, Soyuz TMA-11 yang membawa Sheikh Muszaphar, 35, bersama dua krew lain dilancarkan dengan jaya dari tapak pelancar di Baikonur Cosmodrome dekat sini.
Roket itu menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang terletak 333 kilometer dari muka Bumi. Soyuz mengambil masa selama dua hari perjalanan mengelilingi orbit sebelum dijangka tiba di limbungan ISS.
Soyuz dijadualkan mendarat di ISS pada pukul 8 malam 12 Oktober ini di mana Sheikh Muszaphar akan berada di sana selama sembilan hari sebelum kembali ke Bumi.
Dua krew lain dalam Soyuz yang dilancarkan malam ini ialah Yuri Malenchenko, 45, dari Rusia yang merupakan veteran ISS dan Peggy Whitson, 47, dari Amerika Syarikat, iaitu wanita pertama yang bakal mengetuai operasi di ISS apabila mereka tiba di sana nanti.
Whitson pernah tinggal di ISS selama enam bulan.
Di ISS, Sheikh Muszaphar, seorang doktor bedah ortopedik yang berasal dari Negeri Sembilan, akan menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.
Beliau akan kembali ke Bumi pada 21 Oktober dengan dua angkasawan Rusia yang telah berada di stesen itu sejak enam bulan lalu iaitu komander Fyodor Yurchikin dan jurutera penerbangan Oleg Kotov.
Yurchikhin dan Kotov tiba di ISS pada 9 April lalu dengan Soyuz TMA-10 manakala seorang lagi angkawasan yang berada di situ, Clayton Anderson pula mendarat dengan kapal angkasa Atlantis milik Amerika Syarikat (AS) pada 10 Jun lalu.
Sheikh Muszaphar dijadualkan meninggalkan ISS bersama Yurchikhin dan Kotov pada 21 Oktober dengan kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang ketika ini berlabuh di ISS.
Whitson dan Malenchenko akan terus berada di ISS sebagai krew baru stesen angkasa itu bersama
Program angkasawan
Beliau dan Kapten Dr. Faiz Khaleed merupakan dua calon terakhir daripada 11,275 rakyat
Malam ini semua stesen televisyen di Malaysia menayangkan pelancaran itu termasuk Astro, pengendali stesen televisyen satelit berbayar Malaysia, stesen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), TV3, CH9 dan TV8.
Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis telah berada di Baikonur di sini sejak kelmarin bagi menyaksikan pelancaran roket Soyuz.
Baikonur Cosmodrome merupakan tapak pelancaran yang digunakan oleh Rusia untuk menghantar Yuri Gagarin ke angkasa lepas pada 1961.
Di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyaksikan siaran langsung pelancaran Soyuz TMA-11 dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bercakap kepada pemberita, Abdullah berkata: “Dengan menerokai angkasa lepas, kita membuat pelaburan bagi anak-anak kita, masa depan kita, membina jambatan yang merapatkan bidang-bidang ini ke dalam imaginasi anak muda.
“Perjalanan hebat ini, yang kita semua secara tidak langsung bersama melakukannya dengan angkasawan kita, akan membolehkan anak-anak kita untuk memikirkan bahawa impian boleh menjadi realiti.”
Sumber: Utusan Online
Sepatutnya sebaik sahaja papa mengerjakan solat Subuh, kami sudah pun bertolak. Akan tetapi, oleh kerana saya turut berjaga tatkala papa dan mama bersahur, saya terpaksa disiapkan dahulu. Walaupun sedikit terlewat, kesannya kami terpaksa mengharungi kesesakan yang sememangnya sudah dijangka ketika menuju ke
Sebenarnya tiada apa acara pun yang menyebabkan kami kena balik kampong. Namun setelah sekian lama tidak pulang menjengah Aki dan Nenek, akhirnya Ramadhan ini memberi peluang kepada saya untuk pulang bagi bersama-sama meraikan bulan yang mulia ini.

Lebuhraya Pantai Timur nampaknya telah boleh digunakan hingga ke susur keluar Jabor. Untuk menyusuri jalan pantai, saya terpaksa terus ke persimpangan Sungai Ular. Dan perjalanan ke Dungun yang suatu masa dulu mengambil masa kira-kira 8 jam kini telah disingkatkan kepada 5 jam! Bayangkan pada masa lebuhraya ini telah siap sepenuhnya dan melalui Dungun, perjalanan mungkin mengambil masa lebih kurang 4 jam, 50% lebih pantas ketika zaman tiada lebuhraya. Dungun menjadi semakin hampir dari
Oleh itu anakku, janganlah kamu menafikan ayat-ayat Allah. Apa sahaja yang termaktub di dalam Al-Quran, itulah yang sebenar-benarnya. Jika kamu menafikan, maka nerakalah tempatmu. Papa dan mama tak boleh nak tolong dah masa tu. Sebab tu papa bagi peringatan sekarang !
Assalamualaikum…
Agak lama juga Irfan tidak mengemaskini laman blog ini memandangkan papa seringkali terleka dengan kesibukan kerja sehariannya. Sudah beberapa kali juga papa berniat untuk menyediakan kemudahan internet di rumah, supaya senang Irfan mengemaskini laman blog, namum belum rezeki lagi agaknya.
Hari ini sudah separuh Ramadhan Irfan lalui. Irfan tidak perasan juga sehinggalah imam membaca Qunut dalam rakaat terakhir sunat witirnya. Alhamdulillah, walaupun belum lagi diwajibkan berpuasa tapi Irfan tidak banyak kerenah yang boleh menyusahkan papa dan mama yang letih berpuasa. Saban malam papa ke surau, dan sesekali menjadi imam. Kata papa, inilah pertama kali papa menjadi imam terawikh. Walaupun papa bukan dari kalangan ahli agama, namum keupayaan dan keyakinan papa ketika memimpin jemaah mula disegani masyarakat KIP.
Semalam juga papa terpaksa berbuka seorang diri di rumah, ketika Irfan menemani mama ke rumah Ayah Long.
Esok Irfan akan pulang ke Dungun, menziarahi Tokki dan Nenek yang sudah lama tidak berjumpa. Papa bercadang untuk bertolak sebaik sahaja selepas subuh. Barangkali di kala itu, Irfan masih lagi lena beradu.
“Dunia dan zaman ini sentiasa berubah. Sesuai dengan peredaran masa, kita juga mesti berubah ke satu tahap yang lebih tinggi dan berkualiti. Kita tidak sepatutnya cepat berpuas hati dengan pencapaian kita sekarang. Gandakan prestasi diri, tingkatkan kualiti diri, keluarga dan masyarakat. Berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik”
Hari pertama di Langkawi, kami hanya berlegar di sekitar pantai dan kawasan penginapan kami. Puas bersiar-siar, kami ke kolam renang untuk berendam. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah telefon talian tetap yang disediakan di dalam bilik penginapan. Pantang berjumpa, perasaan untuk bermain dengan benda itu pasti melonjak. Puas papa dan mama mencari helah untuk menyembunyikan barang milik hotel tersebut, bimbang juga kalau rosak.
this is what we called "CUTI-CUTI MALAYSIA"
Hari merangkak petang... penat! Terbayang tilam dan bantal di tempat penginapan saya seterusnya, Awana Porto Malai. Saya memilih untuk menginap di bilik yang mempunyai pandangan menghadap laut. Senang sekali untuk melihat deretan bot dan kapal layar yang keluar masuk ke marina. Dalam kepenatan, sempat juga saya bersiar-siar di pesisir marina sambil memberi makan ikan-ikan yang berenang-renang bebas. Tidak lupa telefon di bilik penginapan, nampaknya sungguh menarik sekali.
mengintai dari tirai kaca
Hari ketiga, masih ada waktu untuk saya melawat Langkawi Waterworld, atau lebih mudah jika dipanggil 'zoo ikan'. Tidak jauh dari Awana Porto Malai, saya kira ini tempat terbaik untuk mengenali spesies ikan serta beberapa fauna hutan hujan tropika. Puas berlegar di Waterworld, saya menuju ke pekan Kuah. Saya terus mendaftar masuk ke
Tatkala melewati petang, kami bertiga keluar membeli-belah. Mama awal-awal lagi merancang untuk membawa pulang bekas melamine dan coklat ke Kuala Lumpur. Tidak lupa juga beberapa helai kain batik dan kemeja t. Terlalu asyik barangkali, sedar tak sedar jam 9 malam saya masih belum selesai berbelanja. Dari petang sampai ke malam, kami hanya berlegar di sekitar 3 blok deretan kedai pekan Kuah.
air-asia: budak-budak comel macam saya ni boleh naik dulu... hehehe!
Hari keempat, hari terakhir kami di Langkawi. Penerbangan pulang dijadualkan berlepas jam 12.50 tengah hari. Masih sempat untuk saya menghabiskan sisa-sisa perbelanjaan yang tertinggal. Lantas, saya singgah lagi di Pekan Kuah, membeli ole-ole yang tidak sempat dibeli semalam. Sampai sahaja di lapangan terbang, saya mendapat tahu penerbangan telah dijadualkan semula pada jam 1.20 tengah hari, bermakna tempoh berada di Langkawi dilanjutkan lagi 30 minit. Sempat jugalah bergambar kenangan dan berkejaran dengan papa dan mama di sekitar lapangan terbang.
Akhirnya petang itu kami sampai juga ke Terminal Kos Murah LCCT. Melihat bebanan yang dibawa dari Langkawi, kami bercadang untuk mengambil teksi sahaja untuk sampai ke KLIA, namun setelah diberitahu kami terpaksa membayar lebih dari RM30.00 untuk satu perjalanan yang kami fikirkan tidaklah berapa jauh, kami batalkan sahaja niat tersebut dan rela bersusah payah membawa segala barangan kami menaiki bas sahaja.
Berakhirnya satu perjalanan menjelajah pulau lagenda bererti berakhirnya satu perjalanan yang memenatkan tapi amat seronok. Ibarat kata pepatah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Yang pasti cuma mandi sahaja yang basah. Impian seterusnya di Langkawi adalah untuk menyaksikan pameran udara dan maritime langkawi. Bila? 2009 barangkali……
Disebabkan hujan, ayahanda pulang agak lewat dari biasa. Saya dan bonda dari awal lagi menunggu ayahanda pulang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk membuat kejutan. Kotak hadiah yang dibalut rapi bersama-sama sebuah kek yang dihiasi dengan tiga batang lilin, simbolik kepada ulang tahun kelahiran papa yang ke-30 setia menanti kepulangan ayahanda.
Ayahanda sampai ke rumah tatkala maghrib menjelang tiba. Sebaik sahaja melangkah masuk, beliau kelihatan agak terkejut melihat kejutan yang tidak disangka-sangka itu. Selepas mencium bonda dan saya, kami bersama-sama menjamah kek yang dipotong ayahanda. Kemudian beliau membuka hadiah yang diberi oleh bonda, sepasang kasut kasual
Malam itu, saya menemani ayahanda & bonda makan di sebuah restoran yang menyediakan masakan ‘steamboat’ ala Korea di Plaza Pantai. Hidangan ala buffet membolehkan ayahanda & bonda makan semahu-mahunya, ada yang direbus ala yong tau foo dan ada yang dipanggang ala BBQ, sedangkan saya hanya menjamah sedikit agar-agar susu yang lembut dan manis.
Pagi itu, tatkala fajar mula melimpahkan sinarnya, saat yang ditunggu akhirnya tiba juga. Buat pertama kalinya bonda bertarung nyawa dan berjuang demi satu kehidupan. Semuanya kerana saya. Saya menjadi subjek utama mengapa peristiwa ini terjadi.
Tapi itu telah pun berlalu genap setahun yang lalu.
Sejak itu, bermulalah episod baru dalam kehidupan ayahanda & bonda, malah secara tidak langsung turut melibatkan semua insan yang mengenali ayahanda & bonda. Saya ibarat penyeri dalam kehidupan kami sekeluarga. Setiap perlakuan saya menjadi kegembiraan buat ayahanda & bonda. Setiap hari saya dibelai, dikasihi dan disayangi dengan sepenuh hati. Satu hari nanti, saya pasti akan membalasnya dengan mengasihi dan menyayangi ayahanda & bonda dengan sepenuh hati.
Beberapa kisah kejayaan telah dicapai oleh ayahanda & bonda sepanjang tempoh satu tahun kehadiran saya. Kata orang, “itu rezeki anak”, tapi kata ayahanda, “rezeki bukan datang dari anak, tapi dari Allah untuk anak-anak”. Lucu juga apabila sesekali mendengar papa berfalsafah. Namun, perlu juga dinyatakan di sini dua kejayaan besar yang telah dikongsi oleh ayahanda, bonda dan saya.
Pelbagai lagi kisah suka dan duka dikongsi bersama ayahanda & bonda dalam jangka waktu satu tahun pertama ini. Selagi berkemampuan, kisah-kisah tersebut bakal dicoretkan di dalam blog ini untuk tatapan dan kenangan di kemudian hari.
Setahun telah pun berlalu. Hari-hari mendatang pasti tiba. Kehidupan ini masih hijau. Masih banyak cabaran yang harus ditempuh, kerana perjalanan ini masih jauh, malah teramat jauh.
Selamat ulang tahun kelahiran pertama, AL-IRFAN.