Showing posts with label Vacation. Show all posts
Showing posts with label Vacation. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

WARUNG AZIZ SATAR

Terengganu Darul Iman, negeri tanah tumpahnya darahku, rakyat hidup bersatu dan maju.

Negeri Terengganu mewah dengan makanan tradisi lagi eksotik yang bukan sahaja unik, malah sukar untuk didapati di negeri-negeri lain. Eksotik di sini tiada kena mengena dengan makanan pelik-pelik seperti beruang masak kangkung, asam pedas tenggiling atau pun otak kera bermadu.

Mana nak dapat keropok lekor, laksa terengganu kuah putih yang dimakan dengan ulam-ulaman dengan sedikit belacan, laksam, nasi dagang, satar, otak-otak terengganu, pais, ikan goreng celup tepung, sotong pulut, pulut nyior, kayu keramat (disebut kayu kramak), asam gumpal, pulut lepa isi ikan dan macam-macam lagilah weh... dok rok hambe nok senaraikan semua.

Segalanya hanya di Terengganu!

Ditambah dengan makanan ruji sedia ada, campur lagi dengan makanan eastern dan western, maka bermewah-mewahlah makanan di negeri Terengganu ini.

Kat KL mungkin juga sudah kedapatan sedikit sebanyak makanan-makanan tradisi ini yang mana asalnya pun dibawa oleh pendatang-pendatang halal yang berhijrah dan bermastautin di lembah klang ini. Jangan kata makanan Terengganu, satu dunia punya makanan pun ada kat KL nih.

Pendek kata, bila pulang ke Terengganu, memang wajib menjamu selera dengan makanan eksotik ini. Cuma agak malang kerana saya kurang gemarkan kuih-muih yang manis seperti akok dan lompat tikam. So bila balik, takdelah nak mencari manisan-manisan nih. Save sikit bajet hambe.

Masuk sahaja ke sempadan negeri Terengganu, atau secara spesifiknya di daerah Kemaman, kami langsung menuju ke Kuala Kemaman untuk menikmati hidangan eksotik yang segar lagi menyelerakan. Kat Dungun pun ada, tapi jenis manusia tak sabar-sabar ni kan. Masuk jer sempadan negeri, nafsu terus bergelocak, air liur meleleh-leleh nak makan satar dengan keropk lekor.

Salah satu warung yang menjadi faveret kami adalah WARUNG AZIZ SATAR.

Rupanya AZIZ SATAR pelakon veteren tu sudah meniaga dan membuka warung di Kuala Kemaman.

Logik ke?

Memang tak logik sebab AZIZ SATAR bukanlah pemilik warung ini. AZIZ SATAR juga tak pernah datang berlakon di sini (agaknyer lah... tak perasan pulak kalau benar2 dia pernah berlakon kat sini. Saya bukan hantu TV yang suka tengok drama melayu sepanjang hari). Panjang kata pulak, DATO' AZIZ SATAR PELAKON VETEREN TU MEMANG TAKDE KENA MENGENA LANGSUNG DENGAN INI WARUNG!

Nama pemilik warung ini ialah Encik Aziz bin Awang. Oleh kerana dia menjual satar lalu warungnya itu dikenali kerana satarnya, maka terjadilah nama Aziz Satar, atau dalam bahasa bakunya AZIZ SI PENJUAL SATAR.

Bukan sahaja satar. Ada juga makanan tradisi Terengganu yang lain seperti otak-otak (disebut otok-otok), laksam (disebut laksang), keropok lekor (disebut keppok), ikan, udang & sotong celup tepung serta masakan panas yang lain seperti nasi goreng, mi goreng, tomyam serta makanan yang seumpama dengannya.

Laksam yang lazat kami makan sampai menjilat pinggan. Hoh takdelah melampau sampai kena menjilat pinggan itu. Takat jilat sudu je sikit2. Yang pasti memang habis licin.

Inilah satar yang menjadi idaman kami sejak dulu lagi. Dah lah sedap, harganya pula jauh lebih murah dari yang di jual di KL. Sepuloh bijik, empat ringgit. Empat posen sebijik.

Otak-otak terengganu agak berbeza sedikit dengan otak-otak gelang patah johor, dimana otak-otak terengganu masih mengekalkan isi ikan yang digaul dengan rempah ratus yang saya tak pasti apa bahannya, cuma saya perasan adanya kehadiran sang kelapa. Bentuk fizikal ikannya pula lebih ketara berbanding dengan otak-otak gelang patah yang semua jenis ramuannya telah dilumatkan dengan sebati.

Konsep sumbat dalam dalam kelapa, lepas tu panggang sama jer.

Saya masih ingat ketika zaman kanak-kanak dahulu, memang ada seekor ikan di dalam tu. Ikan yang kecik je lah, muat2 daun kelapa tu. Kalau ikan besar nak sumbat camane? Mungkin sekarang ikan sudah mahal atau pun ikan spesis tu sudah pupus, yang ada cuma secebis isi ikan sahaja.

Kamu turut menjamu selera dengan sotong celup tepung yang pada zahirnya sama sahaja dengan sotong celup tepung di restoran ala-thai di sekitar lembah klang ni. Tapi bila disebut ikan goreng celup tepung, mungkin itu agak luar biasa sedikit di lembah klang.

Pada kami, walau pun warung ini bukanlah yang ter-best of the best antara warung-warung satar & otak-otak yang terdapat di pesisir jalan Kuala Kemaman ini, tapi memandangkan kalau dari KL kami akan sampai sini menjelang waktu malam, maka warung ini sahaja yang masih buka. Yang lain semua dah tutup. Cukuplah sekadar untuk melepas gian, rindu dan dendam terhadap satar, otak-otak dan kepok lekor. Jika tidak ke sini, kami lebih gemar ke sebuah lagi warung yang berhampiran dengan Pantai Teluk Mak Nik, tapi mungkin sebab sedap sangat kot, manjang penuh jer warung tu. Bila dah sedap, makanan cepat habis. Bila dah habis, dia bukak sampai maghrib jer.

Ekceli satar dan otak-otak di WARUNG AZIZ SATAR rasanya masih lagi dalam kategori lazat dan berkhasiat, cuma belum cukup mantap untuk menjadi the best of the best.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Sudah puas makan, baru ada feel nak continue the journey. Perjalanan ada sejam lagi neh.

sekiang!

Thursday, March 04, 2010

PETROSAINS

Hari itu merupakan hari jadi AL-IRFAN yang ke-4.
Anakku yang sudah semakin besar dan bijak. Juga aktif dan suka cakap banyak. Terasa sepi jika beliau tiada di sisi.

Tiada upacara makan-makan seperti lazimnya. Tiada kek dan kerlipan api lilin. Tiada jemputan dari sanak-saudara serta sahabat-handai untuk meraikannya. Tiada kotak-kotak hadiah yang memenuhi sudut rumah.

Hanya kami sekeluarga sahaja.

Kami menukar cara sambutan dengan bersantai di KLCC, suatu lokasi yang saya kira sudah agak lama kami tidak singgahi bersama.

Akan kami turuti segala kehendak beliau. Apa yang beliau nak makan, apa yang beliau nak beli, apa yang beliau berkenan, kami akan turuti sahaja. Sekali sekala kasi chance ler dah harijadi dia.

Dan saya merancang untuk membawa beliau menjelajah ke PETROSAINS bagi mendedahkan minda beliau akan keajaiban sains dan teknologi.

AQUARIA itu umpama zoo untuk hidupan laut. Tidak terlalu membina minda. Mungkin untuk seronok2 sahaja.

Inilah kunjungan julung kali kami ke PETROSAINS. Ternyata Al-IRFAN sangat gembira.

Birthday boy. Gaya Ben-10 atau Ultraman? Batman atau Spiderman? Mungkin Naruto atau Bidaman... Kalo bab watak2 animasi ni, terror aje budak nih!

Adik pon nak celebrate sama ngan abang.

Saya mahu terus membesar dengan sihat dan kuat!

Jom kita bergerak maju menuju ke KLCC.

"Wah... bestnyer ada swimming pool! Nak mandi boleh?"
"Isk mana boleh... ini kolam bukan untuk mandi laaa".

Makan time... nak udang, nak waffle, nak nasik, nak soup, nak fishball...

Lepak kat Toys R Us sementara tunggu ayah & bonda solat. Punyalah banyak mainan takde satu pun dia nak beli. Semua nak try test main kat situ jer.

AL-IRFAN in low light mode. Kasi nampak bayang jer.

Seronok dapat main macam2 benda kat PETROSAINS. Takde sape nak marah, takde sape nak larang.

Wah... tiba2 BATMAN datang dengan BATMOBILE nyer. Apalagi... ayuh kita kejar penjahat2 itu (sambil mempamerkan aksi dan reaksi yang penuh imaginasi). Sempat lagi naik kereta batman sebelum masuk ke dalam PETROSAINS. Takkan lah dalam PETROSAINS tu ada kereta batman.

Sangat menarik apabila sebelah tangan menyentuh balang plasma dan sebelah tangan lagi memegang hujung lampu kalimantang, maka menyalalah lampu kalimantang itu. Maknanya dalam badan saya ada cas elektrik, atau lebih tepat ada elektron mengalir dalam badan kita seperti kata uncle itu.

Mengukur tinggi dan berat untuk mengetahui jumlah tenaga dalam badan. Tenaga fizikal lah maksudnya. Barang mustahil untuk mengukur tenaga batin menggunakan mesin nie.

Ayahanda merangkap jurugambar rasmi keluarga berada dalam kotak infiniti. Hasilnya, jika dilihat dari sudut yang betul, imej yang terhasil seolah-olah tiada kesudahan.

Memahami konsep pergerakkan jentera penggali berfungsi dengan menggunakan aplikasi hidraulik.

Penghasilan molekul oksigen dalam air secara semulajadi.

Ayah cuba menyelamatkan QISTINA dari serangan dinosaur T-REX yang ganas.

Control centre to ISS, please report your status, over!

ISS di sini. Kami baru sahaja menumpaskan The Rebellion Army yang diketuai oleh Darth Veder, over!

Simulasi F1. Saya mesti cuba!

The real F1 car (without engine perhaps). Mantop giler!!!

Skrin tak nampak tapi nak pulas jugak. Hantam sajalah!

I am shooting the silver ballons!

Tekan-tekan-tekan takkan jahanam itu komputer.

Looking for a 3D image.

Shooting the colors. Seronok sangat sampai tak mboh balik. Nak main lagi.

End of the journey. Boleh ambik gambar sendiri di ARIFOTO STATION, lepas tu print dan bawa balik sebagai kenangan.

Kesimpulannya, memang seronok lepak kat PETROSAINS. Rasa tak puas sebab masa singkat sangat (walau pun sebenarnya dah habiskan masa kira2 dua jam kat dalam tu). AL-IRFAN pon macam tak nak balik. Dua jam tak cukup lah dude! Banyak benda nak explore. Next time datang pagi, baru puas hati!

Tuesday, February 23, 2010

A NIGHT AT PUTRAJAYA

Suatu malam di hari tahun baharu cina.

Jiwa kacau, tak tahu nak buat apa.

Langsung mengusung tripod dan kamera, saya ke Dataran Putra, cuba bermain dengan cahaya.

Kata orang bijak pandai bermain kamera, "PHOTOGRAPHY IS ALL ABOUT LIGHT".

Walau pun tidak sehebat mana, practice makes perfect.Persoalannya, apa beza 'baru' dengan 'baharu'?

Pasti saya tahu jawabannya. Izinkan saya berteka-teki dahulu sehingga ada yang sudi bertanya!

Tuesday, May 26, 2009

CAMERON: FINAL EPISODE

Ini hari terakhir saya berada di cameron. Dah nak balik dah...huhuhuhuhu!

Memandangkan kejap lagi nak balik, saya nak tidur dulu puas2. Macam lazat jer tidur kat sini. Sejuk & nyaman bagaikan berada dalam peti sejuk... Cheh! Macam lah pernah tidur dalam peti sejuk.

Dah siap mandi, kemas barang & breakfast, lebih kurang pukul 11.00 pagi, maka tibalah masanya untuk balik ke pangkal jalan. Chop! bukan terus balik lagi. Singgah lagi kat satu dua tempat nak shopping lagi.

Ok... mula2 kitorang pergi satu tempat ala English Tudor style peninggalan tok nenek penjajah British yang telah diubah suai menjadi sebuah hotel & restoran ekskelusif. Memang nampak macam mahal. Mengikut catatan sejarah, hotel ni telah dibina seawal tahun 1939 masihi. Perghhh, memang mat salleh habis lah kalau stay kat sini!

Batu nesan ni menyatakan tempat ni telah dibuka pada tahun 1930. Ntah hape benda lah mat salleh ni buat tahun 30-an tu.

Nama tempat ni YE OLDE SMOKEHOUSE. Kat Malaysia cuma ada 3 cawangan sahaja, di cameron, fraser hill & KL.

Opposite main building Smokehouse tu ada sebuah pondok kecil yang saya tak berapa pasti apa fungsinya. Maybe pondok guard kot masa dulu2. Tapi kat pondok tu ada tulis "A DISTANT RUMOUR OF A LONG FORGOTTEN GARDEN". Gapo dio tu??? Macam falsafah jer. No idea!

Muslimah top model... presenting to you... the one & only... Bonda Nurul Aishah!!! (kontrol je nie... sebenarnya tengah menahan gelora nak termuntah)

Ini lah akibatnya kalau malas nak pasang speed lite. Muka bonda sudah bertompok2 dengan shadow akibat cahaya yang tidak sekata. Alamak bonda... ada jebon lah kat belakang... Jebon? Jebon tu apa? Jebon tu nenek kau... eh... nenek aku che embun! datuk kau? datuk aku james bond.

Kat depan Smokehouse tu pulak ada padang golf. Nak main golf mende, kayu golf lagi tinggi dari saya. Best lari-lari kat sini. Lapang jer. Pemandangan pun cantik.

Kejap lagi kita bertukar jadi power rangers!

Alaaa irfan ni tadi kata nak bertukar, nak lari ke mana pulak? Letih lar nak kejar tengah2 panas ni. Catch me if you can (macam lah saya ni kuat lari sangat).

Aisehman ayah & bonda nie. Diorang buat drama hindustan pulak dah. Anyway, ayah nampak slim lah... hua hua hua!

Bonda oh bonda... tolonglah dukung saya... saya dah tak larat nak jalan ni... bonda ni kontrol ayu pulok doh!

Penat berposing sakan kat area smokehouse, semua gerak ke Kea Farm sebab ada orang nak beli sayur, nak beli buah dan beli belah. Lepas beli baru boleh blah.

On the way balik tu, tengah syok layan korner turun bukit, tiba-tiba ada orang berak. Kena berhenti cuci. Maka berhentilah kat satu tempat ni yang tak tahu apa nama. Tapi yang mables nyer kat tempat ni ada banyak bunga matahari besar2 kepala pulak tu.

Berhenti kejap jer, lepas tu sambung layan korner balik sampai lah ke simpang pulai. Berhenti kejap kat situ sebab ayah long transit masuk kereta saya tumpang balik USJ. Bonda uwekk lagi kat situ. Pening katanya ayah layan korner macam F1. Itu baru sagaburuk. Kalau lamboghini mau keguguran terus gamaknya... hua hua hua!

Ok terus jalan lagi. Ayah dah mula tak sedap badan. Beliau rasa loya dan perut sudah kembung. Masuk angin ke? Selama ni kalau tak lunch pun steady je siap boleh jogging lagi petang2. Perubahan cuaca ke? Ye lah tadi kan sejuk, turun ke darat je terus terik. Ke sebab perubahan altitud & latitud menyebabkan tekanan udara yang berbeza lalu terasa loya? Saintifik sungguh andaian ini.

Apa pun, ayah terus memandu sampai ke R&R Tapah. Lepas solat & lunch dah dekat pukul 4.00pm. Ajaibnya ayah tak lalu makan dan nasi tak habis. Ayam luak separuh je. Biasanya bab makan ni ayah memang champion. Kalau saya punya atau bonda punya lauk tak habis, ayah lah orang yang bertanggungjawab mengelakkan pembaziran. Lepas tu ayah dah tak de mood nak drive. Tukar pilot, tok ayah pulak drive sampai habis.

Sampai USJ pukul 6.00 petang. Lepas punggah barang mana yang patut, terus balik rumah ngam2 sampai dekat azan maghrib berkumandang ke udara.

Malam tu ayah terus flat. Tengok MotoGP kat tv pun ala kadar jer. Lagi frust sebab Rossi tergolek jatuh kat koner.

Habis dah!