Monday, October 29, 2007

AIDILFITRI 1428H

Jauh kami berjalan. Raya pertama dan kedua dari Putra Heights, USJ kami beraya di sekitar Cheras Perdana, Sentul, Bukit Lanchong dan Serdang. Pagi raya ke-3 bertolak ke Dungun, Terengganu. Singgah sebentar di Kijal untuk membeli Satar kegemaran mama, tapi masih belum dijual. Yang ada hanyalah lemang, lemang dan lemang.

Sehari sebelum raya, papa tidak sihat. Disebabkan jarang sakit, papa sendiri tidak pasti dia demam hinggalah Tok Ayah sendiri yang memberitahu kami papa demam. Hinggalah ke raya-4, barulah papa kebah dari demam. Raya ke-4 dari Dungun menuju pula ke Kuala Terengganu, seterusnya ke Teluk Ketapang, Wakaf Tengah, Sungai Tong di Setiu, patah balik ke Bukit Tunggal berhampiran Jambatan Sultan Mahmud, masuk ke Kampung Losong dan sebelum pulang singgah pula di Marang. Raya ke-5 dan ke-6 sekitar Dungun sahaja.

Raya ke-7 kami bertolak dari Dungun menuju ke rumah keluarga Tok Su di Kuala Lipis. Papa yang kali pertama ke Kuala Lipis hanya mengikut arah panduan papan tanda jalan sebagai lanjutan dari panduan yang diberikan Tok Su melalui SMS. Taip Tok Su kalau dari LPT, masuk ke Maran, kemudian terus ke Jengka – Jerantut – Kuala Lipis. Kerana mengikut papan tanda, dari Maran, kami terus mengikut satu jalan yang mengarah ke Kuala Lipis. Rupanya cabaran menanti. Dalam suasana hujan lebat, Kami melalui jalan kampung yang sempit dan berliku di Kuala Sentul mengikut arah ke Jengka / Jerantut. Setelah dianalisa, rupanya kami melalui jalan belakang yang secara keseluruhannya sempit dan berliku. Sudahlah begitu, hujan pula turun mencurah-curah sepanjang perjalanan kami. Hinggalah sampai ke Bandar Kuala Lipis, barulah terasa lega. Selamat juga akhirnya.

Tok Su menetap di kawasan perumahan kakitangan di Felda Kechau 8.

Pulang dari Lipis, sekali lagi laluan penuh berliku menanti setelah kami mengambil keputusan mengikut jalan pintas untuk menuju ke Bukit Beruntung / Templer Heights. Segalanya bermula selepas Bandar Raub, kami mula merentasi banjaran Titiwangsa, memanjat jalan ke Bukit Fraser untuk keluar melalui Kuala Kubu Baharu. Jalan turun naik bukit diselangi dengan selekoh tajam dalam keadaan hujan lebat sememangnya mencabar kemahiran memandu seseorang.

Alhamdulillah, walau jauh kami berjalan, merentas hutan, meredah hujan, meneroka jalan yang tidak pernah kami lewati, kami tetap selamat sampai ke destinasi. Iswara 1.3 papa sememangnya tidak mengecewakan (walaupun tayar sedikit botak).

Thursday, October 11, 2007

MALAYSIA HISTORY

10-10-2007, tepat pada jam 9.21 malam, satu lagi sejarah tercipta buat negara setelah seorang warganegara Malaysia berlepas (lift-off) dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang letaknya kira-kira 333km dari atmosfera bumi, menandakan rakyat Malaysia pertama dan antara 500 (464-466) manusia pertama dalam sejarah manusia berjaya sampai ke angkasa.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor (Dr. SMS), 35, telah memahatkan namanya selaku angkasawan pertama negara, 46 tahun selepas Yuri Gagarin memulakannya. Terdetik rasa bangga dan gembira, akhirnya Malaysia telah melahirkan seorang personaliti yang tidak ada kaitan dengan dunia hiburan, terutama sekali reality tv (kononnya…)

Wajah angkasawan pertama negara. Beliau merupakan seorang pakar bedah ortopedik di HUKM, yang juga model sambilan serta rakan niaga di Restoran Rebung, Bangsar – ketika berusia 35 tahun, anak kepada Datuk Sheikh Mustapha Shukor dan Datin Zuraida Sheikh Ahmad (oohhh… memang keturunan pak sheikh rupanya).

famous picture of Dr. SMS inside the soyuz spacecraft








Liputan yang diberikan oleh media tempatan tentang program angkasawan negara memang luar biasa. Ironinya bagi masyarakat dunia, kejayaan menghantar manusia adalah satu kejayaan yang besar... sangat besar. Buletin Utama yang biasanya tamat jam sebelum 9.00 malam dilanjutkan hingga 9.45 malam bagi memberi liputan langsung acara ini. Perlu juga dinyatakan nama Kapten Faiz Khaleed, seorang lagi calon akhir dan teman pelatih Dr. SMS turut layak setelah melepasi semua ujian dan cabaran yang ditetapkan, namun hanya seorang yang terpilih.

(berita selanjutnya sila rujuk lampiran di bawah)

Satu lagi catatan sejarah yang mendapat liputan meluas media hanya sebelum pelancaran angkasawan bermula, iaitu pada 04-10-2007, buat pertama kalinya satu pembedahan pemindahan jantung dari seorang remaja lelaki (yang semestinya telah meninggal dunia) kepada seorang remaja perempuan yang bernama Tee Hui Yee. Mengikut media, pembedahan itu telah pun berlangsung sehingga 10 jam, dan Irfan dapat bayangkan betapa sukarnya pembedahan itu sehingga memaksa pasukan bedah yang diketuai oleh Dr Ezani mengambil masa 10 jam. Pembedahan tersebut berlaku di Institut Jantung Negara (IJN)

Kedua-dua catatan diatas merupakan julung kali berlaku buat negara.

Kedua-dua catatan diatas turut mempunyai kaitan dalam bidang perubatan.

So, Irfan, do you dare to be a medical doctor ?

Bangsa Melayu masih punya harapan, masih cemerlang, gemilang dan terbilang, bukan sekadar layak di pusat serenti atau penjara.

Asal hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Irfan menulis untuk satu lagi sejarah negara.

Lampiran :

BAIKONUR, Kazakhstan 10 Okt. – Dengan iringan doa, perasaan bangga serta kesedaran bahawa tiada lagi perkara mustahil yang tidak dapat dilakukan oleh rakyat Malaysia, angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor meluncur ke angkasa dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 tepat pukul 7.21 malam waktu tempatan di sini malam ini.

Pelancaran roket Soyuz sepanjang 50 meter itu dilakukan dalam keadaan cuaca sejuk dan langit cerah tanpa awan.

Di Malaysia yang pada waktu itu pukul 9.21 malam, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama lebih 10 juta rakyat Malaysia terpaku di depan skrin televisyen menyaksikan detik-detik bersejarah itu.

Ketika imej Sheikh Muszaphar yang berada dalam Soyuz yang dipacu roket selaju 26,000 kilometer sejam terpapar di skrin televisyen, rakyat Malaysia bersorak kegembiraan kerana perjalanan angkasawan itu dianggap sebagai simbol kehebatan baru bangsa.

Kapal angkasa Rusia, Soyuz TMA-11 yang membawa Sheikh Muszaphar, 35, bersama dua krew lain dilancarkan dengan jaya dari tapak pelancar di Baikonur Cosmodrome dekat sini.

Roket itu menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang terletak 333 kilometer dari muka Bumi. Soyuz mengambil masa selama dua hari perjalanan mengelilingi orbit sebelum dijangka tiba di limbungan ISS.

Soyuz dijadualkan mendarat di ISS pada pukul 8 malam 12 Oktober ini di mana Sheikh Muszaphar akan berada di sana selama sembilan hari sebelum kembali ke Bumi.

Dua krew lain dalam Soyuz yang dilancarkan malam ini ialah Yuri Malenchenko, 45, dari Rusia yang merupakan veteran ISS dan Peggy Whitson, 47, dari Amerika Syarikat, iaitu wanita pertama yang bakal mengetuai operasi di ISS apabila mereka tiba di sana nanti.

Whitson pernah tinggal di ISS selama enam bulan.

Di ISS, Sheikh Muszaphar, seorang doktor bedah ortopedik yang berasal dari Negeri Sembilan, akan menjalankan tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein.

Beliau akan kembali ke Bumi pada 21 Oktober dengan dua angkasawan Rusia yang telah berada di stesen itu sejak enam bulan lalu iaitu komander Fyodor Yurchikin dan jurutera penerbangan Oleg Kotov.

Yurchikhin dan Kotov tiba di ISS pada 9 April lalu dengan Soyuz TMA-10 manakala seorang lagi angkawasan yang berada di situ, Clayton Anderson pula mendarat dengan kapal angkasa Atlantis milik Amerika Syarikat (AS) pada 10 Jun lalu.

Sheikh Muszaphar dijadualkan meninggalkan ISS bersama Yurchikhin dan Kotov pada 21 Oktober dengan kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang ketika ini berlabuh di ISS.

Whitson dan Malenchenko akan terus berada di ISS sebagai krew baru stesen angkasa itu bersama Anderson yang berada di situ sejak Jun lalu.

Program angkasawan Malaysia yang menyaksikan Sheikh Muszaphar dapat menerokai angkasa merupakan persetujuan timbal balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003.

Beliau dan Kapten Dr. Faiz Khaleed merupakan dua calon terakhir daripada 11,275 rakyat Malaysia yang memohon menjadi angkasawan pertama negara ketika tawaran dibuka pada 2003.

Malam ini semua stesen televisyen di Malaysia menayangkan pelancaran itu termasuk Astro, pengendali stesen televisyen satelit berbayar Malaysia, stesen Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), TV3, CH9 dan TV8.

Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis telah berada di Baikonur di sini sejak kelmarin bagi menyaksikan pelancaran roket Soyuz.

Baikonur Cosmodrome merupakan tapak pelancaran yang digunakan oleh Rusia untuk menghantar Yuri Gagarin ke angkasa lepas pada 1961.

Di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyaksikan siaran langsung pelancaran Soyuz TMA-11 dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Bercakap kepada pemberita, Abdullah berkata: “Dengan menerokai angkasa lepas, kita membuat pelaburan bagi anak-anak kita, masa depan kita, membina jambatan yang merapatkan bidang-bidang ini ke dalam imaginasi anak muda.

“Perjalanan hebat ini, yang kita semua secara tidak langsung bersama melakukannya dengan angkasawan kita, akan membolehkan anak-anak kita untuk memikirkan bahawa impian boleh menjadi realiti.”

Sumber: Utusan Online

Wednesday, October 03, 2007

RETURN OF THE BOY

Sepatutnya sebaik sahaja papa mengerjakan solat Subuh, kami sudah pun bertolak. Akan tetapi, oleh kerana saya turut berjaga tatkala papa dan mama bersahur, saya terpaksa disiapkan dahulu. Walaupun sedikit terlewat, kesannya kami terpaksa mengharungi kesesakan yang sememangnya sudah dijangka ketika menuju ke Sungei Way, mengakibatkan perjalanan ke Vista Angkasa mengambil masa hampir satu jam. Namun, kami terpaksa juga lalu jalan itu untuk mengambil Mak Su Mie yang yang sanggup ponteng kelas kerana mahu turut serta balik kampung.

Sebenarnya tiada apa acara pun yang menyebabkan kami kena balik kampong. Namun setelah sekian lama tidak pulang menjengah Aki dan Nenek, akhirnya Ramadhan ini memberi peluang kepada saya untuk pulang bagi bersama-sama meraikan bulan yang mulia ini.

Lebuhraya Pantai Timur nampaknya telah boleh digunakan hingga ke susur keluar Jabor. Untuk menyusuri jalan pantai, saya terpaksa terus ke persimpangan Sungai Ular. Dan perjalanan ke Dungun yang suatu masa dulu mengambil masa kira-kira 8 jam kini telah disingkatkan kepada 5 jam! Bayangkan pada masa lebuhraya ini telah siap sepenuhnya dan melalui Dungun, perjalanan mungkin mengambil masa lebih kurang 4 jam, 50% lebih pantas ketika zaman tiada lebuhraya. Dungun menjadi semakin hampir dari Kuala Lumpur berbanding Pulau Pinang. Azam kami untuk pulang lebih kerap menziarah Aki dan Nenek di kampung, Insya-Allah.


Thursday, September 27, 2007

Salam Ramadhan

Ketegasan Allah dinyatakan lagi:

Oleh itu anakku, janganlah kamu menafikan ayat-ayat Allah. Apa sahaja yang termaktub di dalam Al-Quran, itulah yang sebenar-benarnya. Jika kamu menafikan, maka nerakalah tempatmu. Papa dan mama tak boleh nak tolong dah masa tu. Sebab tu papa bagi peringatan sekarang !

Assalamualaikum…

Agak lama juga Irfan tidak mengemaskini laman blog ini memandangkan papa seringkali terleka dengan kesibukan kerja sehariannya. Sudah beberapa kali juga papa berniat untuk menyediakan kemudahan internet di rumah, supaya senang Irfan mengemaskini laman blog, namum belum rezeki lagi agaknya.

Hari ini sudah separuh Ramadhan Irfan lalui. Irfan tidak perasan juga sehinggalah imam membaca Qunut dalam rakaat terakhir sunat witirnya. Alhamdulillah, walaupun belum lagi diwajibkan berpuasa tapi Irfan tidak banyak kerenah yang boleh menyusahkan papa dan mama yang letih berpuasa. Saban malam papa ke surau, dan sesekali menjadi imam. Kata papa, inilah pertama kali papa menjadi imam terawikh. Walaupun papa bukan dari kalangan ahli agama, namum keupayaan dan keyakinan papa ketika memimpin jemaah mula disegani masyarakat KIP.

Semalam juga papa terpaksa berbuka seorang diri di rumah, ketika Irfan menemani mama ke rumah Ayah Long.

Esok Irfan akan pulang ke Dungun, menziarahi Tokki dan Nenek yang sudah lama tidak berjumpa. Papa bercadang untuk bertolak sebaik sahaja selepas subuh. Barangkali di kala itu, Irfan masih lagi lena beradu.


“Dunia dan zaman ini sentiasa berubah. Sesuai dengan peredaran masa, kita juga mesti berubah ke satu tahap yang lebih tinggi dan berkualiti. Kita tidak sepatutnya cepat berpuas hati dengan pencapaian kita sekarang. Gandakan prestasi diri, tingkatkan kualiti diri, keluarga dan masyarakat. Berhijrah ke arah kehidupan yang lebih baik”

Monday, May 14, 2007

EXPLORING LANGKAWI

Siapa yang tidak kenal Langkawi? Walaupun sudah lama tersohor, pada ayahanda dan saya, inilah kali pertama kami menjejak kaki ke pulau yang masyhur ini. Mama pernah ke sini, satu ketika dahulu, ketika masih kanak-kanak.

pengalaman pertama menaiki pesawat komersil

Penerbangan pesawat Air Asia dari Terminal Tambang Murah LCCT menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi tidak lama. Kira-kira 35 minit. Gamat seketika sewaktu dalam penerbangan, tatkala kapten mengalu-alukan kehadiran penumpang sambil memaklumkan bahawa kami adalah penumpang komersil pertama yang menggunakan pesawat Airbus A300 yang baru dibeli, disambut dengan tepuk sorak penumpang-penumpang lain. Rupa-rupanya, itulah bau "benda baru" atau kata orang "bau kedai" yang menangkap deria bau kami semasa mula-mula melangkah masuk ke perut pesawat tersebut, ditambah pula dengan bangku pesawat yang kelihatan cantik dan kemas. Tidak puas rasanya melelapkan mata, tiba-tiba sahaja penerbangan kami bersiap-sedia untuk mendarat.

aksi kuak kupu-kupu di kolam renang Langskasuka Beach Resort

Hari pertama di Langkawi, kami hanya berlegar di sekitar pantai dan kawasan penginapan kami. Puas bersiar-siar, kami ke kolam renang untuk berendam. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah telefon talian tetap yang disediakan di dalam bilik penginapan. Pantang berjumpa, perasaan untuk bermain dengan benda itu pasti melonjak. Puas papa dan mama mencari helah untuk menyembunyikan barang milik hotel tersebut, bimbang juga kalau rosak.

kontrol hensem dalam kereta kabel

Esoknya, sebaik sahaja selesai bersarapan dan berjaya mendapatkan sebuah kereta sewa model Perodua Kelisa, saya terus menuju ke Oriental Village. Misi hari ini ialah mendaki Gunung Mat Chincang, dengan kereta kabel pastinya. Terbentang indah, saujana mata memandang, panorama alam ciptaan Tuhan, serta struktur kejuruteraan yang hebat.

jangan jadi macam buaya... pemalas!!!

Tidak puas mendaki, saya menjelajah lagi menyusuri kawasan kampung di sekitar Langkawi menuju ke Taman Buaya Langkawi. Saya tidak pasti adakah saya kurang berani dengan reptilia ganas itu, atau saya memerlukan lebih tidur serta makanan menyebabkan saya seringkali merengek dengan usikan papa dan mama setiap kali ditakutkan dengan sang buaya.

this is what we called "CUTI-CUTI MALAYSIA"

Hari merangkak petang... penat! Terbayang tilam dan bantal di tempat penginapan saya seterusnya, Awana Porto Malai. Saya memilih untuk menginap di bilik yang mempunyai pandangan menghadap laut. Senang sekali untuk melihat deretan bot dan kapal layar yang keluar masuk ke marina. Dalam kepenatan, sempat juga saya bersiar-siar di pesisir marina sambil memberi makan ikan-ikan yang berenang-renang bebas. Tidak lupa telefon di bilik penginapan, nampaknya sungguh menarik sekali.

mengintai dari tirai kaca

Hari ketiga, masih ada waktu untuk saya melawat Langkawi Waterworld, atau lebih mudah jika dipanggil 'zoo ikan'. Tidak jauh dari Awana Porto Malai, saya kira ini tempat terbaik untuk mengenali spesies ikan serta beberapa fauna hutan hujan tropika. Puas berlegar di Waterworld, saya menuju ke pekan Kuah. Saya terus mendaftar masuk ke hotel Eagle Bay untuk berehat seketika sebelum menyambung perjalanan seterusnya. Mata juga kelihatan agak kepenatan dan kami bercadang untuk melelapkan mata seketika. Sebenarnya saya sudah hampir terlena ketika dalam perjalanan ke pekan Kuah, tetapi terus terjaga sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik hotel. Tatkala terpandang sahaja telefon, saya lupa untuk menyambung tidur yang terganggu tadi. Akhirnya mama sahaja yang terlena, sedangkan papa terpaksa melayan saya dengan telefon yang berwarna-warni itu.

Tatkala melewati petang, kami bertiga keluar membeli-belah. Mama awal-awal lagi merancang untuk membawa pulang bekas melamine dan coklat ke Kuala Lumpur. Tidak lupa juga beberapa helai kain batik dan kemeja t. Terlalu asyik barangkali, sedar tak sedar jam 9 malam saya masih belum selesai berbelanja. Dari petang sampai ke malam, kami hanya berlegar di sekitar 3 blok deretan kedai pekan Kuah.

air-asia: budak-budak comel macam saya ni boleh naik dulu... hehehe!

Hari keempat, hari terakhir kami di Langkawi. Penerbangan pulang dijadualkan berlepas jam 12.50 tengah hari. Masih sempat untuk saya menghabiskan sisa-sisa perbelanjaan yang tertinggal. Lantas, saya singgah lagi di Pekan Kuah, membeli ole-ole yang tidak sempat dibeli semalam. Sampai sahaja di lapangan terbang, saya mendapat tahu penerbangan telah dijadualkan semula pada jam 1.20 tengah hari, bermakna tempoh berada di Langkawi dilanjutkan lagi 30 minit. Sempat jugalah bergambar kenangan dan berkejaran dengan papa dan mama di sekitar lapangan terbang.

Akhirnya petang itu kami sampai juga ke Terminal Kos Murah LCCT. Melihat bebanan yang dibawa dari Langkawi, kami bercadang untuk mengambil teksi sahaja untuk sampai ke KLIA, namun setelah diberitahu kami terpaksa membayar lebih dari RM30.00 untuk satu perjalanan yang kami fikirkan tidaklah berapa jauh, kami batalkan sahaja niat tersebut dan rela bersusah payah membawa segala barangan kami menaiki bas sahaja.

Berakhirnya satu perjalanan menjelajah pulau lagenda bererti berakhirnya satu perjalanan yang memenatkan tapi amat seronok. Ibarat kata pepatah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Yang pasti cuma mandi sahaja yang basah. Impian seterusnya di Langkawi adalah untuk menyaksikan pameran udara dan maritime langkawi. Bila? 2009 barangkali……

Tuesday, April 17, 2007

STEP BY STEP

Minggu ini saya mula mengatur langkah. Sudah tentu menggunakan kaki dan bukannya merangkak seperti kebiasaannya. Walau pun pincang dan terhuyung hayang, namun setelah hampir 14 bulan menunggu akhirnya keberanian itu muncul juga. Hanya satu permulaan, langkahan awal bagi meneroka dunia luas ini.

Wednesday, April 04, 2007

HAPPY BIRTHDAY, AYAHANDA!

3 April 2007. Petang itu, seperti hari-hari sebelumnya, hujan datang lagi. Walau pun tidak lebat, tapi sudah cukup membasahi baju hujan yang dipakai ayahanda yang bermotosikal ketika pulang dari kerja.

Disebabkan hujan, ayahanda pulang agak lewat dari biasa. Saya dan bonda dari awal lagi menunggu ayahanda pulang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk membuat kejutan. Kotak hadiah yang dibalut rapi bersama-sama sebuah kek yang dihiasi dengan tiga batang lilin, simbolik kepada ulang tahun kelahiran papa yang ke-30 setia menanti kepulangan ayahanda.

Ayahanda sampai ke rumah tatkala maghrib menjelang tiba. Sebaik sahaja melangkah masuk, beliau kelihatan agak terkejut melihat kejutan yang tidak disangka-sangka itu. Selepas mencium bonda dan saya, kami bersama-sama menjamah kek yang dipotong ayahanda. Kemudian beliau membuka hadiah yang diberi oleh bonda, sepasang kasut kasual gaya terkini.

Malam itu, saya menemani ayahanda & bonda makan di sebuah restoran yang menyediakan masakan ‘steamboat’ ala Korea di Plaza Pantai. Hidangan ala buffet membolehkan ayahanda & bonda makan semahu-mahunya, ada yang direbus ala yong tau foo dan ada yang dipanggang ala BBQ, sedangkan saya hanya menjamah sedikit agar-agar susu yang lembut dan manis.

Wednesday, February 21, 2007

ONE


Suasana dalam bilik kecil itu agak tegang. Bonda yang pada mulanya kuat dan bertenaga semakin lemah tidak bermaya. Ayahanda masih setia disisi bonda kelihatan agak lesu setelah berjaga sepanjang malam tidak ketinggalan menemani bonda untuk berkongsi keperitan yang dialami.

Pagi itu, tatkala fajar mula melimpahkan sinarnya, saat yang ditunggu akhirnya tiba juga. Buat pertama kalinya bonda bertarung nyawa dan berjuang demi satu kehidupan. Semuanya kerana saya. Saya menjadi subjek utama mengapa peristiwa ini terjadi.

Tapi itu telah pun berlalu genap setahun yang lalu.

Sejak itu, bermulalah episod baru dalam kehidupan ayahanda & bonda, malah secara tidak langsung turut melibatkan semua insan yang mengenali ayahanda & bonda. Saya ibarat penyeri dalam kehidupan kami sekeluarga. Setiap perlakuan saya menjadi kegembiraan buat ayahanda & bonda. Setiap hari saya dibelai, dikasihi dan disayangi dengan sepenuh hati. Satu hari nanti, saya pasti akan membalasnya dengan mengasihi dan menyayangi ayahanda & bonda dengan sepenuh hati.

Beberapa kisah kejayaan telah dicapai oleh ayahanda & bonda sepanjang tempoh satu tahun kehadiran saya. Kata orang, “itu rezeki anak”, tapi kata ayahanda, “rezeki bukan datang dari anak, tapi dari Allah untuk anak-anak”. Lucu juga apabila sesekali mendengar papa berfalsafah. Namun, perlu juga dinyatakan di sini dua kejayaan besar yang telah dikongsi oleh ayahanda, bonda dan saya.

1) Tatkala permohonan penempatan semula sekolah mama diluluskan, sekaligus melayakkan mama memohon penempatan di kuaters. Bermakna mudah bagi bonda ke tempat kerja tanpa menempuh halangan tol dan kesesakan lalu lintas, mudah juga mendapatkan pengasuh yang baik dan bertanggung jawab serta tinggal hanya di sebelah pintu. Hasilnya, saya mendapat ramai jiran-jiran baru yang majoritinya berlatar belakangkan guru, ustaz mahu pun guru besar. Ayahanda pula semakin rajin menyertai rakan-rakan di surau dan memiliki sebuah motosikal baru untuk kemudahannya berulang-alik ke tempat kerja. Aktiviti membeli-belah pula saban waktu hanya di Tesco, Giant atau sesekali ke IOI Mall. Kehidupan semakin terurus. Alhamdulillah.


2)Setelah hampir satu tahun lapan bulan bersabar dengan status kontrak, akhirnya pengesahan jawatan ayahand terperoleh lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Ini melayakkan kami sekeluarga mendapat kemudahan dan keistimewaan penuh dari syarikat tempat ayahanda bekerja. Ayahanda juga semakin aktif melibatkan diri dalam aktiviti luaran yang dianjurkan syarikat, seperti acara perbarisan dan perhimpunan tatkala tibanya sesuatu hari kebesaran. Ayahanda juga aktif beriadah dengan mendaki gunung.


Pelbagai lagi kisah suka dan duka dikongsi bersama ayahanda & bonda dalam jangka waktu satu tahun pertama ini. Selagi berkemampuan, kisah-kisah tersebut bakal dicoretkan di dalam blog ini untuk tatapan dan kenangan di kemudian hari.

Setahun telah pun berlalu. Hari-hari mendatang pasti tiba. Kehidupan ini masih hijau. Masih banyak cabaran yang harus ditempuh, kerana perjalanan ini masih jauh, malah teramat jauh.

Selamat ulang tahun kelahiran pertama, AL-IRFAN.

Thursday, February 08, 2007

THE VIRUS ATTACKS

4 hari 3 malam saya ditahan. Ayahanda & bonda turut menemani saya dari mula saya ditahan hinggalah ke hari saya dibebaskan. Semuanya gara-gara Bronchiolitis.

Beberapa hari sebelum itu, sejurus selepas bermalam di rumah Ayah Long tatkala menantikan kepulangan Tok Ayah dari tanah suci Mekah, saya rasa tidak sedap badan. Terasa panas, disusuli dengan batuk yang disulami dengan kahak. Mulanya, ayahanda & bonda menjangkakan saya hanya demam biasa, lalu membawa saya ke pusat rawatan untuk menjalani pemeriksaan biasa serta mengambil ubat-ubatan. Itu pun secara kebetulan apabila kami merentasi Jalan Ampang dalam perjalanan ke rumah saudara dengan niat memperkenalkan 'orang baru' kepada saya. Hamper yang terbungkus indah turut dibawa sebagai buah tangan.

Di pusat rawatan lain pula ceritanya. Imej x-ray hasil dari ujian makmal mengesahkan terdapat ketulan-ketulan kahak mula bersarang di bahagian paru-paru saya. Bimbang akan kemungkinan jangkitan kuman, saya diarahkan untuk ditahan serta-merta. Ayahanda & bonda terpaksa akur dengan arahan doktor dan dengan setia menemani saya sehingga ke akhirnya.

Terima kasih kepada saudara mara serta sahabat handai ayahanda & bonda yang sudi melawat saya di wad. Juga kepada insan-insan yang tidak putus-putus menelefon dan menghantar mesej, bertanya khabar perihal keadaan saya. Begitu juga dengan kakitangan wad pediatrik, Gleaneagles Intan Medical Centre Kuala Lumpur, terutama sekali buat Dato' Dr. Vernon Lee yang begitu komited dalam memberikan layanan serta melaksanakan tugas mereka.

Saya meninggalkan Gleaneagles dengan meneruskan kembali perjalanan yang tertangguh 4 hari sebelumnya. Berkenalan dengan 'orang baru'.


Nota kaki:
Bronchiolitis is a common illness of the respiratory tract caused by a respiratory infection that affects the tiny airways, called the bronchioles, that lead to the lungs. As these airways become inflamed, they swell and fill with mucus, making it difficult for a child to breathe.

The illness affects infants and young children most often because their small airways can become blocked more easily than those of older children or adults. Bronchiolitis typically occurs during the first 2 years of life, with the peak occurrence at about 3 to 6 months of age. It's more common in males, children who have not been breastfed, and children who live in crowded conditions. Day-care attendance and exposure to cigarette smoke can also increase the likelihood that an infant will develop bronchiolitis.

Although it's often a mild illness, some infants are at risk for a more severe disease that requires hospitalization. Conditions that increase the risk of severe infection include prematurity, prior chronic heart or lung disease, and a weakened immune system due to illness or medications. Children who have had bronchiolitis may be more likely to develop asthma later in life, but it's unclear whether bronchiolitis causes or triggers asthma, or whether children who eventually go on to develop asthma were simply more prone to developing bronchiolitis as infants. Studies are being done to clarify the relationship between bronchiolitis and the later development of asthma.

Bronchiolitis is usually caused by a viral infection, most commonly respiratory syncytial virusinfluenza and adenovirus. (RSV). RSV infections are responsible for more than half of all cases of the illness and are most widespread in the winter and early spring. Other viruses associated with bronchiolitis include