Wednesday, December 31, 2008

BALIK KAMPUNG

Today is balik kampung day...
Lunctime kat Restoran Sabak @ Taman Melati, tepi highway MRR2.
Cantik betul wardrobe kat restoran ni. Pemandangan sebuah perkampungan nelayan di Sabak barangkali. Sabak ni letaknya di Kelantan. Menjadi terkenal kerana menjadi laluan masuk tentera Jepun ke Tanah Melayu semasa perang dunia ke-2. Selain itu Sabak terkenal sebagai perkampungan nelayan yang menampilkan corak dan rekaan bot yang menarik serta berwarna-warni. Pasal restoran ni ambik nama tempat kat Kelantan, pelayan dia majority cakap Kelantan. Towkey dia pun mesti Kelantanese nih!
Tapi wardrobe ni memang power lah. Ntah sapelah yang shoot.
Untuk santapan kami tengah hari ini, kami order 2 set hidangan nasi. Set untuk ayah ada ikan bakar + sup kosong. Set untuk bonda pula ada sup ekor + telur dadar. Setiap set didatangkan dengan menu standard such as ulam, sambal belacan & air. Pilih sama ada mau sirap atau teh o ais. Alhamdulillah.

JOURNEY THROUGH THE NIGHT

First we went to Giant Bandar Puteri Puchong. Our main purpose because ayah want to collect the Phottix battery grip from the online forumer.
The price for the battery grip: RM210
The comfortability using battery grip: Priceless!
First picture captured after the 400D has been installed with the battery grip. Sodap giler pegang kamera ada benda nih!!!
Then we went to Restoran Alissara @ Puchong Perdana. Tom yam kat situ memang the best in town lah! Bila sampai jer… tu diaaa… punyalah ramai manusia. Dekat 15 minit jugaklah kami tunggu sebelum dapat seat. Ada meja kosong pun tak boleh pakai… dah kena reserved… Ramai pulak bawak family makan luar malam tu.
Sambil-sambil tunggu table, shoot aje lah.
Akhirnya dengan pertolongan seorang brader pelayan kat sini, kami dapat jugak tempat duduk awal. Ekceli brader ni memang kenal kitorang pasal ayah dari zaman bujang sampai dah ada anak suka makan kat sini. Itu pasal brader tu kenal ayah. Asal ayah datang jer, mesti bertanya khabar dan nak serve kitorang. Tapi malam tu nampak dia sibuk betul… Maklumlah customer ramai sangat.
Bahagian luar restoran pun penuh. Brader yang tengah ambik order tu “kawan” ayah…. Hehehe!!!
Mula-mula niat kami nak pekena tomyam. Tapi ntah macamane last minute terpesong pulak niat tu. Nampak satu menu dia tulis “Tom Kha Seafood”. Apa benda tu? Jom try?
Inilah bendanya… it has fish, squids, crabs, prawns & lots of garlic and lemongrass cooked in coconut milk tomyam… Rasanya? Hmmm… lemak-lemak manis & tak berapa pedas walau pun ada cili api. Tapi kalau tergigit cili api tu for surelah terasa pedasnya. Harganya… RM15.00 semangkuk untuk hidangan satu orang makan.Lain-lain kami order sotong bawang berlada & kailan ikan masin. Makan dengan nasi putih cicah sambal belacan. Habis licin semua…Selesai makan, kami bergerak menuju ke Putrajaya pula sebab ayah nak ambik lense Sigma 70-300mm yang dibeli dari seorang lagi forumer. First picture captured using Sigma 70-300mm.
Not bad right? So jadiklah angkat ini lens!

Monday, December 22, 2008

IRFAN'S COLLECTION

Personal collection from al-irfan's garage. Irfan's favorite should be the one with the grey / silver colour since that one got the ultraman mascot on it. Ekceli kasut tu besar sikit lar kalau nak masuk kaki irfan. Tapi beli jugak pasal masa tu ada clearance sale. Harga murah pulak tu, cantik dan ada otromen. Besar sikit pon takpe... boleh pakai lama.

Ini baru kasut... selipar & sandal ada berapa pasang lagi ntah. Yang jadi banyak tu pasal beli time clearance sale... harga setiap pasang tak lebih Rm10 expect the black adidas. Dah nama pon adidas kan. That one tak beli pon... Acik Ida yang kasi.

Lepas ni tak beli dah kot... habiskan dulu mana ada... pakai jer sampai buruk atau tak muat.

Friday, November 28, 2008

WALIMATUL-URUS @ KIP

Mungkin ini bakal menjadi satu kenangan di Kuaters Institusi Pendidikan Puchong (KIP) apabila buat pertama kalinya dalam sejarah KIP, berlangsungnya majlis walimatul-urus yang dijalankan dalam suasana harmoni dan penuh kemasyarakatan. Sikap tolong menolong serta kerjasama menyerlahkan lagi semangat kejiranan yang semakin pupus dalam arus kehidupan di kota. Sukar untuk melihatkan amalan kejiranan di bandar seperti ini memandangkan gaya hidup di kota lebih cenderung kepada nilai material, di mana semuanya harus dibayar, hinggakan si penanggah juga mesti di bayar. Alhamdulillah, semua ini tidak berlaku di KIP.

Tahniah kepada semua.



Tuesday, November 18, 2008

PATRIOTISME

I found this article on the Opposition-hated newspaper, Utusan Malaysia. It does not mean that I support the newspaper. In fact I do not have any favourite newspaper.

To make it more interesting, this article is written by a Chinese who was converted to Muslim. I think he had both feeling for being part of chinese and part muslim (malay). Wahhh!!! tetiba hari nie jadi patriotik pulak.

KENAPAKAH setelah lebih daripada 50 tahun merdeka kita masih gagal untuk melahirkan masyarakat berbilang kaum yang meletakkan kepentingan nasional di hadapan? Inilah perkara yang mesti dikaji dan diuji oleh pemimpin-pemimpin hari ini agar jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga melupakan atau sengaja melupakan kepentingan masa hadapan atau kepentingan negara secara keseluruhan.

Kenapakah kita tidak belajar daripada negara jiran terdekat seperti Thailand dan Indonesia yang berjaya menanamkan semangat kebangsaan dan patriotik yang tinggi kalangan rakyat mereka berbilang kaum?

Tidakkah kita belajar daripada pengalaman apa yang berlaku di Singapura? Setelah sebuah negeri Melayu terlepas kepada tangan bukan Melayu, apakah yang telah terjadi kepada orang Melayu di sana? Terbelakah nasib orang Melayu? Adakah orang Melayu mendapat tempat dalam percaturan kuasa politik?

Menurut Lily Zubaidah (2001), yang membuat kajian mengenai nasib Melayu di Singapura, bahawa orang Melayu semakin tidak mendapat tempat di bawah kerajaan PAP yang diperturunkan oleh Lee Kuan Yew. Orang Melayu tidak lagi diberikan tempat seperti dahulu. Kalau adapun tempat diberikan adalah kalangan Melayu yang telah cair sifat keMelayuan dan keIslamannya.

Kepimpinan Cina di Singapura tidak lagi mempercayai orang Melayu di sana. Dengan sebab itu, mereka terus didiskriminasikan, walaupun dinafikan sendiri oleh Melayu Singapura yang mahu menjaga periuk nasi masing-masing. Namun, perilaku mereka menunjukkan segala-galanya.
Orang Melayu langsung tidak dapat tempat untuk memegang jawatan tinggi dan kritikal dalam perkhidmatan seperti ketua tentera, polis, juruterbang, imigresen dan sebagainya.

Saya begitu teruja apabila Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong diajukan oleh wartawan persoalan akan pandangan beliau mengenai perkembangan politik di Amerika Syarikat berkaitan kejayaan presiden Barack Obama. Lebih lunak sedikit daripada bapanya, Hsein Loong mengeluarkan kenyataan bahawa satu hari nanti orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri di Singapura.

Persoalannya, bila? Sama ada ia akan menjadi realiti atau tidak hanya Tuhan yang lalu. Keadaan hari ini yang berlaku sudah cukup memberikan pengajaran kepada kita bahawa proses ke arah itu masih terlalu jauh disebabkan oleh sikap ultra kiasu yang amat menebal.

Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu mempunyai sikap akomodasi yang tinggi. Selain daripada isu penerimaan orang Cina sebagai warganegara (Jus Soli), orang Melayu juga sanggup melepaskan sebuah negara Melayu iaitu Singapura kepada orang Cina dalam keadaan terpaksa. Namun, setelah orang Cina mendapat negara tersebut, mereka tidak pernah percaya kepada orang Melayu.

Malah menaruh syak wasangka atau persepsi yang kurang menyenangkan. Walaupun negara ini mendakwa mengamalkan dasar terbuka seperti yang didakwa, nyata sekali diskriminasi amat jelas dan nyata terhadap orang Melayu.

Orang Cina Singapura tidak pernah percaya kepada orang Melayu. Pendek kata, proses peminggiran orang Melayu berlaku dalam hampir semua aspek kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial, budaya dan sejarah (Lily Zubaidah, 2001). Saya agak hairan bagaimana Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu begitu berani menyindir Malaysia dengan mengatakan orang Cina dipinggirkan dalam arus perdana kepemimpinan negara.

Justeru, bagi saya, membandingkan Barack Hussein Obama, pemimpin kulit hitam yang berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat adalah contoh yang amat dangkal dan amat ultra kiasu. Inilah politik kotor yang sentiasa dimain-mainkan untuk mengugut kepemimpinan hari ini. Sejarah kita berbeza sejarah Amerika Syarikat.
Kejayaan Obama masih terlalu baru. Kita jangan terlalu yakin, terutamanya umat Islam yang meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap Obama menggantikan Bush yang dianggap sebagai dajal.

Jika Obama beragama Islam, saya tidak yakin beliau pergi lebih jauh sehingga setakat ini. Faktor peribadi beliau turut membantu. Beliau bukanlah dalam kategori kulit hitam tulen seperti kulit hitam di Afrika.

Ibunya adalah rakyat Amerika Syarikat berkulit putih. Cuma bapanya sahaja berkulit hitam daripada Kenya. Pendek kata, Obama adalah campuran darah kulit putih dan kulit hitam.
Salah satu sokongan yang diperolehi juga disebabkan beliau secara terang mengaku berpegang kepada agama kristian. Tidak ketinggalan, beliau mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin dan korporat-korporat Yahudi antarabangsa.
Saya bimbang umat Islam akan kecewa suatu hari nanti jika terlalu bergantung harapan kepada Obama. Tunggu dan lihat. Apa pun saya boleh katakan, jika Obama beragama Islam, berkulit hitam tulen, dan tidak bersikap lunak terhadap Yahudi, jangan harap dia boleh menjadi presiden Amerika Syarikat. Inilah sejarah politik yang mesti difahami.

Persoalan saya, kenapa DAP, Gerakan dan MCA membandingkan Malaysia dengan Amerika Syarikat? Kenapa tidak bandingkan Malaysia dengan negeri China atau India yang lebih bersifat ketimuran? Pada saya, DAP, Gerakan dan MCA sekadar mengambil kesempatan dalam apa jua ruang dan peluang untuk mendapatkan apa yang selama ini tidak didapati.

Saya ajukan persoalan ini kepada mereka untuk dijawab, bolehkah Cina Muslim atau India Muslim menjadi Perdana Menteri di negara China dan India, sedangkan mereka daripada satu bangsa yang sama.

Saya memberikan jawapan terlebih dahulu, jauh panggang dari api. Justeru, membanding Malaysia dengan Amerika Syarikat adalah sikap yang amat kiasu atau ultra Cina yang tidak sepatutnya berlaku bagi mereka yang telah tinggal di tanah air tercinta ini sekian lama.
Saya masih beranggapan baik bahawa orang Melayu boleh atau akan menerima orang Cina sebagai perdana menteri atau timbalan, jika orang Cina itu beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu termasuk, fasih berbahasa Melayu dan lain-lain lagi.

Kenapa hari ini orang Melayu masih agak berat hati untuk menerima orang bukan Melayu untuk diletakkan pada hierarki yang tertinggi dalam kepemimpinan negara dan organisasi? Berbanding dengan kenapa rakyat Thai boleh menerima Thaksin sebagai ketua negara mereka suatu ketika dahulu walaupun Thaksin mempunyai darah keturunan Cina yang amat ketara? Jawapannya, kerana Thaksin beragama Buddha, sama seperti orang Siam yang lain.

Perawakan Thaksin tidak lagi kelihatan sebagai orang Cina, tetapi lebih Siam daripada orang Siam. Thaksin mempunyai semangat patriotisme Thai yang amat tinggi. Sebab itu Thaksin berjaya. Namun keadaan di Malaysia begitu jauh berbeza, majoriti bukan Melayu langsung tidak mahu dikaitkan atau diasimilasikan langsung dengan budaya dan cara hidup orang Melayu. Dengan sebab kebudayaan kebangsaan gagal mencapai matlamatnya.

Persoalan saya kepada MCA, Gerakan dan DAP, berapa ramai orang Cina hari ini yang boleh menguasai bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu dengan baik? Berapa ramai wakil-wakil rakyat Cina sanggup memakai songkok atau baju Melayu ketika ada majlis rasmi seperti persidangan Parlimen? Inikah sikap Perdana Menteri yang kita mahukan? Jika inilah sikap yang ditonjolkan, jangan harapkan mereka mengimpikan untuk menjadi perdana menteri.

Hari ini seolah-olah amanat Tunku dan Cheng Lock sudah tidak relevan lagi. Orang Cina tidak hanya menuntut kek ekonomi dan kek kuasa yang lebih besar. Majoriti mereka berpendapat bahawa DEB sudah tidak relevan lagi. Lupakah kita kepada bumiputera Sabah dan Sarawak? Tidakkah mereka lebih berhak untuk menuntut? Seperti mana tuntutan mereka agar jawatan Naib Presiden UMNO hendaklah diperuntukkan kepada bumiputera UMNO Sabah?

Saya cukup bersetuju dengan idea ini, agar politik kita tidak mengkesampingkan Sabah dan Sarawak yang telah dijemput menyertai Malaysia sekian lama. Kita sedia maklumkan bahawa keadaan di sana masih kurang membangun jika dibanding dengan Semenanjung.

Justeru, jika tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Pengerusi Barisan Nasional atau jawatan dalam syarikat milik kerajaan (GLC) serta perkhidmatan awam, diajukan kepada kerajaan, yang lebih berhak mendapatkannya adalah bumiputera Sabah dan Sarawak dan bukannya yang lain.

Inilah hakikat politik berunsurkan keadilan yang perlu dikaji dan dinilai dengan serius oleh bukan Melayu. Keadilan bukan bermakna sama rata sama rasa tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya yang betul. Apakah yang dimaksud konsep adil dalam konteks bumiputera Sabah dan Sarawak. Pertama, mereka bukan pendatang.

Kedua, mereka dijemput menyertai Tanah Melayu seterusnya membentuk Malaysia. Ketiga, keadaan di sana masih mundur berbanding Semenanjung. Keempat, kemiskinan tegar di sana masih begitu banyak berbanding dengan Semenanjung dan sebagainya.

Sebenarnya, banyak lagi faktor yang boleh diberikan. Justeru, saya percaya, mesti ada rasionalnya kenapa kalangan pemimpin-pemimpin Melayu masih mahu DEB terus disambung semula dalam versi baru. Mungkin sudah ada kesedaran bahawa, ia perlu dilaksanakan secara lebih telus agar mereka yang benar-benar layak sahaja yang dibantu, bukannya memperkayakan segelintir kroni dan orang tertentu sahaja seperti sebelum ini. Matlamat DEB adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara Melayu dengan bukan Melayu, dan
membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Kita perlu mengambil pengajaran kata-kata seorang pengkaji barat seperti Leon Comber (2007) yang menegaskan, jika semangat DEB diamalkan sejak dulu, tiada kumpulan tertentu yang akan mengalami sebarang kerugian atau berasa diambil sesuatu daripada diri mereka, sudah pasti tiada orang yang akan menentangnya. Tetapi adalah jelas bahawa semua ini banyak bergantung kepada cara bagaimana dasar itu ditafsirkan dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa Malaysia. Era selepas DEB dilaksanakan menandakan titik permulaan dalam lipatan sejarah perhubungan Melayu-Cina.

Sementara bagi orang Cina pula, sebaik sahaja DEB diwujudkan, isu ini terus menjadi fokus utama dan perbahasan hangat tanpa kesudahan. Kebanyakan tulisan penyelidik dan cendekiawan Cina (Kua Kia Soong, 1990, Thock Ker Pong, 2005, Ye Lin-Sheng, 2005 dan lain-lain) banyak mengkritik DEB, apatah lagi apabila tempohnya telah tamat. Jarang yang mahu melihat kebaikan yang diperolehi daripada dasar ini, walaupun tidak dinafikan kelemahannya akibat tidak diuruskan dengan jujur ikhlas.

Menurut Faaland (2005: 165-166), daya pendorong umum sikap orang Cina terhadap DEB, seperti dibayangkan oleh parti-parti politik mereka iaitu, DAP, MCA dan Gerakan, adalah amat jelas sekali.

Meskipun ada kelainan dari segi perinciannya, mereka menyokong objektif pembasmian kemiskinan DEB, kerana ini akan turut memberi manfaat kepada orang Cina yang miskin di kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar, khususnya mereka yang tinggal di Kampung-Kampung Baru, di mana terdapat orang Cina yang berada dalam kemiskinan tegar.

Tetapi kebanyakan daripada mereka lebih suka merobohkan objektif penstrukturan semula DEB. Objektif ini dilihat sebagai bersifat diskriminasi dan tidak adil. Malah kekuasaan politik dan hak istimewa orang Melayu dianggap menjadi penyebab kepada penghakisan kepentingan masyarakat Cina (Thock Ker Pong, 2005: 89).

Perlu ditegaskan, DEB memang tidak dapat dipisahkan daripada UMNO. DEB adalah daging UMNO. UMNO dan DEB tidak banyak bezanya. Justeru, memansuhkan DEB samalah seperti memansuhkan UMNO kerana DEB ibarat anak UMNO (Faaland et al, 2005: 184).

Sama juga seperti menghapuskan sekolah Cina seolah-olah mahu menghapuskan orang Cina. Jika DEB anak UMNO, maka Sekolah Cina adalah anak orang Cina. Perjuangan mempertahankan Sekolah Cina adalah hidup mati orang Cina (Lee Boon Kok, temu bual 7 Januari 2007).

Keadaan menjadi semakin rumit apabila sistem pendidikan sebegini terus terbawa-bawa sehingga peringkat institusi pengajian tinggi. Sekolah Cina telah berkembang menjadi Universiti Cina. Penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej Tunku Abdul Rahman (MCA), Kolej New Era (Dong Jiao Zong), Universiti Terbuka Wawasan (Gerakan) dan banyak IPT Cina yang lain.

Mengikut statistik yang saya perolehi, hampir seratus-peratus pelajar di IPT tersebut adalah orang Cina. Ini tidak termasuk Institut Perubatan, Sains dan Teknologi (AIMST) yang dipunyai oleh MIC dan tuntutan yang akan dikemukakan oleh parti-parti politik bumiputera Sabah dan Sarawak.

Benar, saya tidak nafikan bahawa universiti-universiti yang disebutkan tadi, mengamalkan dasar terbuka untuk sesiapa sahaja memasukinya. Tetapi oleh kerana trade mark itu adalah sebuah universiti Cina, adalah sukar untuk menarik bangsa lain untuk memohonnya.

Justeru, rakyat Malaysia mesti bertindak berasaskan prioriti bukan emosi. Membanding keadaan Malaysia dengan keadaan Obama di Amerika Syarikat adalah sifat ultra kiasu yang mesti dijauhi. Apa yang penting ialah rakyat Malaysia mesti berfikir berasaskan kepentingan berikut: (i) meletakkan kepentingan nasional di hadapan berbanding kepentingan etnik, (ii) mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan bangsa, (iii) mengutamakan kepentingan masa depan, berbanding kepentingan masa kini, dan (iv) mengutamakan kepentingan yang berterusan berbanding dengan kepentingan sementara.

Semua kepentingan yang diperjuangkan mesti berpandukan kepada sejarah negara, kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui secara bersama, bukannya mengikut emosi dan rasis etnik masing-masing.
"Bicara soal patriotisme, dimana kedudukan bangsa lain selain Melayu dan Bumiputera? Di sisi mereka, bahasa kebangsaan tidaklah penting. Maka tuturnya semakin pelat malah yang lebih teruk masih ada yang tidak mengerti bertutur dalam bahasa kebangsaan walaupun sudah bertahun-tahun tinggal di Tanah Melayu. Itu belum lagi penguasaan dalam dialek dan loghat negeri. Bahasa Inggeris menjadi keutamaan hatta memberikan sokongan padu terhadap perlaksanaan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris yang sememangnya menjadi bahasa harian mereka. Semakin mudahlah mereka menguasai subjek tersebut, semakin terserlahlah kepandaian dan semakin mendapat tempat dalam pasaran kerja. Melayu & Bumiputera juga yang semakin mundur.
Patriotik kah mereka andainya taksub terhadap kelab bolasepak luaran serta negara-negara yang bertanding hinggakan lupa pada bolasepak tempatan? Pantang ada perlawanan kelab gergasi, maka berdiri tegaklah layar putih tanda siaran langsung akan diadakan. Khemah-khemah didirikan, maka berduyun-duyunlah manusia ini datang. Namun apabila pasukan kita memerlukan sokongan, siapa yang sanggup datang? Melayu jugak.... Tidak dinafikan pasukan kita tidaklah segah dan secantik pasukan luar yang bertaraf jutawan, tapi dalam memberikan sokongan, negara mesti didahulukan. Begitu juga apabila adanya kejohanan yang melibatkan negara, tidak cukup dengan jersi, muka diconteng, bendera berkibar tanda fanatik pada negara asing, malah lebih fanatik dari warganegara pasukan yang bertanding.
Begitu juga dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara. Abang askar dan polis yang sanggup berjuang jiwa dan raga mempertahankan negara kita hampir keseluruhannya orang mana? Bangsa-bangsa lain?
Sayangkah mereka pada negara? Patriotik kah mereka?"

Monday, October 06, 2008

AIDILFITRI 1429H

Macam tahun-tahun sudah, Syawal disambut sederhana tetapi penuh kesyukuran di kampung ayahanda di Terengganu Darul Iman. Tiada apa yang menarik untuk diberitakan. Segalanya berjalan lancar mengikut rutin raya di kampung. Dentuman mercun saling bersahutan diselangi laungan takbir menandakan kemeriahan berhari raya di kampung halaman. Ketupat daun palas dicicah bersama rendang, nasi dagang, sate serta nasi himpit antara menu tempatan yang paling popular. Seperkara yang saya perasan, trend menyajikan air berkarbonat pelbagai perisa sebagai hidangan utama untuk tetamu. Rasanya hampir keseluruhan rumah yang dilawati semuanya menyajikan air berkarbonat, hinggakan bimbang kesihatan tak terjaga, air kosong sahaja yang kami minta. Kami berada di kampung sehingga raya ke-4 bagi meraikan majlis pertunangan Mok Cik Ja yang menerima lamaran pemuda yang berasal dari Kajang. Kira raya ni semua ok lah!
aktiviti santai petang raya; yahooooo!!! main air
tahun ni semua balik beraya
tak sabar nak gi beraya...

masjid terapung kuala ibai; raya ke-2 masa gi jalan ke KT
syoknyerrrr rayeeeee!!!












Thursday, September 25, 2008

CANON EOS 400D


Ayah used to own a 2 months old-used DSLR Digital Camera EOS 400D from somebody he met at yahoogroup. The Ramadhan afternoon sleeping time was sacrified because of 400D punya pasal. Jalan kaki pergi Ampang Park tengah panas terik bulan puasa.

The package comes with:

1) A camera wrapped with bubble-type plastic bag nicely located inside the box.
2) Open warranty - nothing written on the warranty card.
3) 18-55mm kit lens
4) 1GB CF memory card
5) EOS Digital camera strap
6) UV Filter
7) Extra battery
8) Canon Remote Switch RS-60E3
9) Tripod
10) Camera sling bag
11) Standard accessories like CD, USB cabel, TV cabel and some documents.

All comes with the price tag of RM1600 (before negotiation the price was RM2000). Not so bad for a beginner.

First few pictures taken using the camera.






Thursday, September 18, 2008

Waste Allocation Load Lifter Earth-Class

It was 1st Ramadhan 1429H. A little bit boring since i am the only one who could eat during day time. Thinking as there was nothing much to do, ayah decided to bring us watching a movie, which was i always pronounce as 'robot'. Anyway, the actual title is WALL-E, but since it was so hard to pronounce, 'robot' is much more easier.

For that purpose, we went to The Summit USJ. First time lepak summit. OK lah... still can survive eventough looks old school shopping bazaar. Lots of handphone and DVD shops. Hehehe dapat lagi more resources for the new DVD.
As the movie is over, we awere decided to go back immedietly as bonda needs to help tok ma preparing some iftar meals. Tengok2 hujan punyalah lebat. Kereta pulak park dekat open space. Camane nak buat?
Then ayah saw there was an indian teenager holding an umbrella with him. Ayah went to that boy and the conversation begin.
"Bro, may I borrow your umbrella for a while? I need to pick up my car and bring it here. I got a baby with me".
"Oh ok! Only if you could bring me home. Actually I am waiting for a cab to bring me and some of my stuff. The rains is so heavy. No cab around."
Cheh! mamat ni! Dia letak syarat pulak dah.
Since the time is ticking plus ayah bonda belum solat lagi, then we accept that agreement and brought him home. Nasib baik rumah dia belakang summit tu ajer.
Pandainya ambik kesempatan, kan?

Tuesday, August 19, 2008

1957: HATI MALAYA

080808: First time ever watching a movie at the cinema. It was happened at GSC Alamanda, Putrajaya. In conjunction with 21st Malaysia Film Festival, the organizer were giving away free movie passes to heat up the event.

The movie is all about spirit of Merdeka – remember the sacrifices made by our founding fathers to free us from colonialism. Today we must cherish and protect the freedom we have inherited – by upholding the country’s integrity we share the responsibility of ensuring a better future for every Malaysian, with a basic right to education. We Malaysians owe it to our founding fathers to stay united, bound together by our national language and heritage.

Four young Malaysians, Salmi, Razak, Ani and Angee have been assigned to do a picture book of ‘1957’. While two of them grudgingly carry out the request made by the publisher, Zahari. One of them takes on the role enthusiastically. Along the way, they find themselves immersed in the characters, emotional moments, identifying with and finding meaning in the struggle of ‘1957’. They weave the story of independence by transporting themselves back to the past. Ordinary Malaysians who fell in love, and found their love for the country override their personal emotions. The present characters find new meaning to ‘Merdeka’.

A little bit boring movie for a kid like me as it was hard to understand what it is all about. But since it was free, who cares? Besides, I could eat the caramel pop corn!

Thursday, August 07, 2008

HISTORIC CITY OF THE STRAITS OF MALACCA

Percutian yang dirancang selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Walau pun destinasi yang dipilih tersasar dari perancangan awal, namun memberikan peluang pertama kali menjejakkan kaki ke kota percutian A Famosa Resort, Alor Gajah Melaka.Kiranya inilah kali kedua saya ke Melaka (kali pertama sila rujuk catatan "Mengembara di Alam Sejarah June 2006). Saya memulakan perjalanan pada jam 8.30 pagi setelah berkali-kali dipaksa oleh ayah dan bonda supaya bangun awal dan bersiap dengan segera. Kami singgah di perhentian R&R Seremban untuk bertemu dengan rombongan-rombongan lain yang turut serta dalam percutian kali ini. Setelah semuanya berkumpul, kami bersama-sama menuju ke Melaka. Destinasi pertama kami adalah Bandar Melaka.
Cuaca yang tadinya panas tiba-tiba sahaja bertukar hujan setibanya kami di Bandar Melaka. Mujur juga hujan itu sekejap sahaja, lantas memberi peluang kepada kami untuk mencuba kehebatan Menara Taming Sari yang merupakan salah satu mercu tanda moden di negeri Melaka. Dengan bayaran sebanyak RM10 seorang (dengan syarat MyKad disertakan semasa pembelian), rasanya hampir separuh gondola itu didiami oleh kaum keluarga kami sahaja. Pengalaman pertama meluncur ke puncak, serta berada di ruang udara Bandar Melaka pada ketinggian dengan sudut pandangan 360 darjah amat mempersonakan.
Seketika kemudian, kami bersiar-siar di sekitar Bandar Melaka yang mempertontonkan pelbagai jenis monumen bersejarah yang menjadi aset utama negeri Hang Tuah ini, sementelah kunjungan kami sejurus ketika Melaka ditabalkan sebagai salah satu bandar warisan dunia di Selat Melaka oleh UNESCO. Tidak lupa juga untuk menaiki beca berhias bersama-sama Tok Ma dan Tok Ayah. Rancangan kami untuk menaiki gondola menyusuri Sungai Melaka terpaksa dibatalkan lantaran kekangan masa yang begitu singkat.
Kami menikmati hidangan makanan tengah hari di Pantai Klebang yang tidak begitu indah pemandangannya lantaran kerja-kerja penambakan di sepanjang pesisir pantai tersebut. Namun kombinasi perut yang lapar dan keenakkan bekalan yang dibawa dari rumah membuatkan kami tidak memperdulikan hal-hal yang berkaitan dengan persekitaran. Di tambah dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menjadikan hidangan tengah hari itu amat menyelerakan.
Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Alor Gajah dan tiba di A Famosa Resort setelah menempuh perjalanan yang agak mengelirukan melalui jalan-jalan kampung yang asing bagi saya. Bonda telah menempah sebuah banglo empat bilik sebagai tempat penginapan kami, lengkap dengan kolam renang peribadi yang tidaklah terlalu besar namun mencukupi untuk keperluan kami sekeluarga. Hari pertama banyak masa hanya dihabiskan dengan bersantai di banglo sambil berendam di dalam kolam renang.

Walaupun A Famosa Resort menawarkan pakej pelancongan yang menarik dengan pelbagai aktiviti dan tempat untuk dilawati, tetapi bukan percuma. Sementelah si pelawat terpaksa mengeluarkan wang tambahan, maka niat tersebut kami matikan begitu sahaja memandangkan harganya memang tidak boleh tahan! Rancangan untuk berkaraoke pula tidak menjadi lantaran kekurangan kelengkapan. Akhirnya kami bersantai sambil makan-makan sahaja.
Hari kedua, menjelang tengah hari kami mula bersiap-siap untuk pulang. Sebelum pulang ke rumah, sempat juga kami singgah sebentar di Nilai 3 walau pun sebenarnya tiada apa yang hendak dibeli.

Tahun depan kami akan berkumpul lagi, bersama-sama menyertai program hari keluarga ini pastinya ke suatu tempat yang lebih menarik.

Tuesday, June 24, 2008

REACHING FOR THE SKY


Yesterday morning, masa mula2 masuk opis, ternampaklah satu panorama yang indah ini. Tanpa membuang masa, i terus snap satu gambar. Mula2 tak buat apa2 pun dengan gambar tu, tapi bila dah dekat tengahari tu tiba2 dapat idea why not i hantar dekat paper 'The Star'... untung2 dapat 50 hengget sape nak bagi ye tak? Then i pun hantarlah.

Alih2 pagi nie, ada member cakap "Aqim... ko dapat berapa hengget?". Barulah i teringat yang semalam i ada hantar gambar kat paper. Apa lagi cargas pergi library ambik paper.

Eventough i can't get the RM50 prize, there was some proud and recognition for the effort plus creativity.