Tuesday, May 26, 2009

CAMERON: FINAL EPISODE

Ini hari terakhir saya berada di cameron. Dah nak balik dah...huhuhuhuhu!

Memandangkan kejap lagi nak balik, saya nak tidur dulu puas2. Macam lazat jer tidur kat sini. Sejuk & nyaman bagaikan berada dalam peti sejuk... Cheh! Macam lah pernah tidur dalam peti sejuk.

Dah siap mandi, kemas barang & breakfast, lebih kurang pukul 11.00 pagi, maka tibalah masanya untuk balik ke pangkal jalan. Chop! bukan terus balik lagi. Singgah lagi kat satu dua tempat nak shopping lagi.

Ok... mula2 kitorang pergi satu tempat ala English Tudor style peninggalan tok nenek penjajah British yang telah diubah suai menjadi sebuah hotel & restoran ekskelusif. Memang nampak macam mahal. Mengikut catatan sejarah, hotel ni telah dibina seawal tahun 1939 masihi. Perghhh, memang mat salleh habis lah kalau stay kat sini!

Batu nesan ni menyatakan tempat ni telah dibuka pada tahun 1930. Ntah hape benda lah mat salleh ni buat tahun 30-an tu.

Nama tempat ni YE OLDE SMOKEHOUSE. Kat Malaysia cuma ada 3 cawangan sahaja, di cameron, fraser hill & KL.

Opposite main building Smokehouse tu ada sebuah pondok kecil yang saya tak berapa pasti apa fungsinya. Maybe pondok guard kot masa dulu2. Tapi kat pondok tu ada tulis "A DISTANT RUMOUR OF A LONG FORGOTTEN GARDEN". Gapo dio tu??? Macam falsafah jer. No idea!

Muslimah top model... presenting to you... the one & only... Bonda Nurul Aishah!!! (kontrol je nie... sebenarnya tengah menahan gelora nak termuntah)

Ini lah akibatnya kalau malas nak pasang speed lite. Muka bonda sudah bertompok2 dengan shadow akibat cahaya yang tidak sekata. Alamak bonda... ada jebon lah kat belakang... Jebon? Jebon tu apa? Jebon tu nenek kau... eh... nenek aku che embun! datuk kau? datuk aku james bond.

Kat depan Smokehouse tu pulak ada padang golf. Nak main golf mende, kayu golf lagi tinggi dari saya. Best lari-lari kat sini. Lapang jer. Pemandangan pun cantik.

Kejap lagi kita bertukar jadi power rangers!

Alaaa irfan ni tadi kata nak bertukar, nak lari ke mana pulak? Letih lar nak kejar tengah2 panas ni. Catch me if you can (macam lah saya ni kuat lari sangat).

Aisehman ayah & bonda nie. Diorang buat drama hindustan pulak dah. Anyway, ayah nampak slim lah... hua hua hua!

Bonda oh bonda... tolonglah dukung saya... saya dah tak larat nak jalan ni... bonda ni kontrol ayu pulok doh!

Penat berposing sakan kat area smokehouse, semua gerak ke Kea Farm sebab ada orang nak beli sayur, nak beli buah dan beli belah. Lepas beli baru boleh blah.

On the way balik tu, tengah syok layan korner turun bukit, tiba-tiba ada orang berak. Kena berhenti cuci. Maka berhentilah kat satu tempat ni yang tak tahu apa nama. Tapi yang mables nyer kat tempat ni ada banyak bunga matahari besar2 kepala pulak tu.

Berhenti kejap jer, lepas tu sambung layan korner balik sampai lah ke simpang pulai. Berhenti kejap kat situ sebab ayah long transit masuk kereta saya tumpang balik USJ. Bonda uwekk lagi kat situ. Pening katanya ayah layan korner macam F1. Itu baru sagaburuk. Kalau lamboghini mau keguguran terus gamaknya... hua hua hua!

Ok terus jalan lagi. Ayah dah mula tak sedap badan. Beliau rasa loya dan perut sudah kembung. Masuk angin ke? Selama ni kalau tak lunch pun steady je siap boleh jogging lagi petang2. Perubahan cuaca ke? Ye lah tadi kan sejuk, turun ke darat je terus terik. Ke sebab perubahan altitud & latitud menyebabkan tekanan udara yang berbeza lalu terasa loya? Saintifik sungguh andaian ini.

Apa pun, ayah terus memandu sampai ke R&R Tapah. Lepas solat & lunch dah dekat pukul 4.00pm. Ajaibnya ayah tak lalu makan dan nasi tak habis. Ayam luak separuh je. Biasanya bab makan ni ayah memang champion. Kalau saya punya atau bonda punya lauk tak habis, ayah lah orang yang bertanggungjawab mengelakkan pembaziran. Lepas tu ayah dah tak de mood nak drive. Tukar pilot, tok ayah pulak drive sampai habis.

Sampai USJ pukul 6.00 petang. Lepas punggah barang mana yang patut, terus balik rumah ngam2 sampai dekat azan maghrib berkumandang ke udara.

Malam tu ayah terus flat. Tengok MotoGP kat tv pun ala kadar jer. Lagi frust sebab Rossi tergolek jatuh kat koner.

Habis dah!

Saturday, May 16, 2009

CAMERON: EPISODE II

Argghhh pedih... pedih... sungguh pedih bibirku ini. Macam mana nak makan ni? Macam mana nak minum susu? Macam mana nak mandi?

Puas sudah ayah & bonda memujuk saya meminum susu yang sudah dibancuh. Saya tak nak! Ok, kita tanggalkan puting dia, sedut susu dengan straw. Saya cuba minum sikit, tapi aduhhh pedihnya bibir ini. Cheh... itu baru kena minum dengan straw... kalau minum dengan tiub? Oh tidak... saya tidak separah itu.

Nampaknya umpan dengan susu tak jalan. Ok, try suap nasi lemak yang ayah beli kat Brinchang pagi2 tadi. Aduhhh... nak bukak mulut pun seksa... camane nak makan?

Fine! Makan tak boleh, minum tak boleh, jom kita mandi. Kejap lagi nak jalan.

Mandi??? Alamak sejuknya... air panas kan ada... ekceli tak panas sangat lah bila campur dengan air sejuk, maka suam lah jadinya.

Takde mood nak mandi... bibir sakit... tolongggggg!!!

Bosan dengan perilaku saya yang baik budi pekerti ni, ayah tak teragak lagi angkat saya masuk dalam bilik air, jirus dengan air suam. Saya menangis2 meminta simpati. Tapi kejap je lah.

Tadaaa... nampak macam dah ok tak? Sebenarnya bibir sakit lagi ni... kontrol je macam takde apa2.

Agak kurang hensem melihat wajahku dengan bibir yang lebam. Waaa... bila boleh baik ni?

Dah mandi, dah hensem, dah wangi, dah siap semua, kita jalan lagi. Mula2 nak pergi Boh Tea Plantation kat Sungai Palas. Nak masuk kilang proses daun teh. Nak tengok cara-cara buat teh.

Tadi eksyen tak mau makan, tak mau minum susu. Dalam kereta masa on the way ke Sungai Palas, tak yah suruh, tak yah paksa, diam2 jer saya minum susu abis sebotol, lepas tu bantai nasik lemak pulak. Lapor ber... lapor!!! Ayah & bonda buat tak nampak jer. Di tegur karang, terbantut pulak selera.

Lepas mendaki laluan sempit penuh berliku masuk ke kawasan ladang teh, nawaitu mula2 tu nak pergi ziarah kilang buat teh. Alih2 tutup pulak. Haiyokkk!!! Dalam banyak2 hari, bakpelah mung tutup hari ni. Banyak gak kereta lain sangkut tak boleh masuk. Trafik jem kejap kat dalam ladang tu. Nak u-turn pun tak boleh, jalan sempit. Lajak lagi ke depan, daki bukit, curam, selekoh semua hantam sampai jumpa tempat lapang sikit, then baru u-turn. Mencabar sungguh.

Masa nak turun tu, ushar2 lah port menarik untuk ambik gambar. Gambar lanskap ladang teh yang indah permai. Ala2 begini:

Nampak tak yang tukang tebas tu. Pendatang asing semua tu... mungkin dari India, Bangla atau Sri Lanka... ntah tak sempat nak interview lar diorang datang dari mana. Tapi saya masukkan jugak Sri Lanka dalam list anggapanku sebab teh ceylon yang glamer tu. Diorang menebas pakai batang besi biasa jer... Yang macam batang paip tu. Hayun... hayun... hayun...

Inilah dia pokok teh, atau nama saintifiknya: Camellia sinensis. OMG! Ayahku memang kacak di kelilingi camellia sinensis. Lepas ni kalau nak order teh, cakap "mamak! camellia sinensis satu!!!"

Peserta rombongan sedang buat2 sibuk memetik daun teh.

Tiga serangkai, ayah, saya dan bonda... kitorang kalau bergambar tak suka tegak macam batang pokok jer. Buat lah aksi2 sikit, baru nampak menarik.

Aiyokkk... raksasa datang mengganas. Takutnyer... bonda lepaskan saya. Saya hendak bertukar menjadi ultraman.

Masa ni bibir macam dah tak sakit dah. Cepat pulak dia sembuh yer? Alhamdulillah... kalau tak susah nak makan & minum susu (dan aiskrim dan gula2 dan cekedis).

Ok... dah puas lepak2 kat ladang teh, mari kita menuju ke Butterfly Farm.

Kat sebelah Butterfly Farm yang kitorang singgah ni, ada kedai jual pokok kaktus. Macam2 jenis kaktus ada, yang besar, yang kecik, tua, muda, macam2 jenis lah senang cakap. Dah tertarik dengan kaktus pulak. Ok, masuk kedai kaktus dulu.

Pusing punya pusing, belek punya belek, pilih punya pilih, berejam jugak lah habis masa kat sini. Last2 nawaitu asal nak tengok butterfly harus dilupakan begitu saja. Takdelah masuk dalam tempat butterfly garden tu. Takat tengok butterfly yang dah kena letak dalam frame dalam area kedai tu. Dah mati pun, kena awet.

Lepas ni nak pergi mana pulak? Rasanya nak pergi Tanah Rata kot, makan tengah hari kat sana. Dalam perjalanan tu, kalau ada tempat menarik, kita singgahlah.

Tempat menarik yang pertama (kononnya):
Singgah Kea Farm lagi. Pasal kedai ni lah. Terang2 tulisan dia kat situ "KEDAI BORONG-RUNCIT", mesti murah ni, maklumlah dah nama pun borong. Tapi awas! Jangan mudah tertipu dengan strategi jualan peniaga di sini. Auta je lebih. Letak je nama kedai borong supaya orang tertarik nak singgah sini. Harga tak murah mana pun. Sama ada sama je harga dengan kedai lain atau sedikit mahal. Laaa... ingatkan borong, murah... tak jugak rupanya. Apa ingat ini pasaraya mydin ke?

Hmmm... kalau tak nak beli takpelah... saya boleh main2 kat sini.

Selongkar cari mainan yang best. Kalau ada yang best nak kena ayah belikan? Ohh tidak... ayah sudah kasi warning. No more mainan!

Jalan Kea Farm yang banyak kereta. Petang semalam saya datang tak sibuk macam ni. Ye lah semalam jumaat... petang pulak tu. Kalau petang dah banyak kedai tutup. Hari ni sabtu. Rombongan cik kiah (bukan nama sebenar) kalau nak datang pun baru hari ni dia muncul. Tengok bas berbaris2 kat belakang tu.

Tempat menarik yang kedua:
Terberhenti kat sini sebab nampak banyak replika strawberi yang besar2 dan comel2. Nama tempat ni: Multicrops Central Market... ya betolll!!! Tidak syak lagi...

Nawaitu asalnya just nak bergambar sahaja.

Tapi bila masuk dalam... wah macam menarik!

Masuk dalam lagi... wah ada taman bunga! Indahnya... nyaman je kat sini dengan flora yang mengasyikkan... ehemmm... excuse me... bonda je lah yang asyik. Saya?

Saya pun asyik jugak. Asyik melayan aiskrim malaysia berperisa strawberi kaw punya sambil duduk atas pokemon.

Ini bukan aksi minta doa atau menyembah kepala singa ya kawang2. Ini adalah aksi untuk menadah air yang keluar dari mulut singa tu, lepas tu minum dengan harapan bolehlah hilang morning sickness bonda.

Yang ini juga bukan upacara pemujaan iguana, tapi ayah cuba memujuk iguana itu supaya kembali ke pangkuan beliau. Mari ke marilah iguana ku sayang.

Sebab tension dengan sikap iguana yang tidak mempedulikan beliau, maka ayah telah mengubah fesyen rambutnya dengan konsep tumbuh-tumbuhan.

Sedap sungguh aiskrim malaysia ni. Seringgit sebatang. Harganya memang mahal kalau compare dengan aiskrim malaysia yang biasa kita makan sebab rasanya penuh dengan rasa strawberi. Kat darat memang tak jumpa.

Lama jugak lah bersantai kat taman bunga multicrops ni, sambil menunggu kedatangan ayah long sekeluarga dari ipoh yang nak ikut serta dalam percutian ni.

Lepas ayah long sampai, dia ajak lunch dekat food court Brinchang je. Tak jadi Tanah Rata. Follow je lah. Makan nasi lagi... alhamdulillah.

Semua dah kenyang, dah makan, rasa nak balik bilik je lah untuk merehatkan badan yang comel ni. Ehh kejap! Mana boleh terus masuk bilik. Singgah dulu kat kebun strawberi pulak. Dekat je ngan rumah gomen. Park kete kat dalam, pas tu jalan kaki tengok pokok & buah strawberi.

Penyambut tetamu yang mengalu-alukan kedatangan kami ke ladang strawberi. Silakan masuk...

Inilah rupa ladang strawberi yang ditanam oleh penternak2 strawberi di Cameron Highland. Buahnya ada, tapi ciput2 sahaja. Mungkin buah-buahan yang ada di sini mutant kot. Ingatkan buleh petik sendiri, tapi langsung tak dipelawa pun. Kawasan penanaman pun di kelilingi pagar besi supaya pelawat tidak senang2 masuk dan memetik buah-buahan seperti berada di dusun sendiri.

Sebenarnya untuk memetik buah strawberi ada musim2 yang tertentu bak kata signboard nie...

"HAND PICK (SEASONAL)... anda paham apa maksud seasonal?"

Di sini pun ada jual lollipop strawberi. Harganya 50 sen. Pagi tadi saya nak sangat makan lollipop ni, maka ayah dengan machonya beli dekat Butterfly Farm dengan harga 60 sen... ya betol, 60 sen! Sudah rugi 10 sen di situ. Harga yang sangat tidak konsisten. Pun begitu saya masih tidak faham apa yang cuba disampaikan melalui label yang dipamerkan itu... yang pasti 50 sen satu.

Manusia berbaju merah itu adalah sepupu saya. Walau pun beza umur antara kami cuma setahun, akan tetapi dia merupakan sepupu saya yang paling tua dalam kategori sepupu2 yang saya ada. Comel kan? Saya pon comel juga, malah lebih comel dari sepupu saya yang lain (sorry alif danish... this is my blog... kalau anda ingin memuji diri anda, sila tulis blog sendiri... hua hua hua!)

Strawberi atau nama saintifiknya Fragaria × ananassa.

Bonda sedang mencuba tahap kekebalan jari jemarinya daripada dicucuk duri pokok kaktus yang saiznya lebih kurang macam jarum peniti. Ternyata bonda memang kebal. Bukan sahaja tak lut, malah luka pun tidak... Bonda hebat!!!

Setelah berjaya mengaplikasi ilmu kekebalan jari tahap ke-18, bonda meneruskan lagi aksi dengan jurus ke-21 hikmat pembesaran lubang hidung dengan cuba memasukkan kelopak bunga-bungaan yang mekar di cameron ke dalam lubang hidungnya... Bonda hebat!!!

Ok... sampai di situ sahaja kudrat kami menziarahi ladang strawberi. Lepas tu, masing2 balik ke bilik dan buat aktiviti masing2. Sepatutnya saya kena tidur, tapi payah sangat nak lelap, maka aktiviti seterusnya ialah main! Mentang2 lah ada geng, cargas jer.

Dah petang sikit, kitorang semua2 nih pergi menziarahi kawasan pentadbiran terunggul di cameron, iaitu Tanah Rata. Bagi penduduk cameron, Tanah Rata ni ibarat pusat bandar bagi diorang. Kat sinilah terletaknya hospital, balai polis, balai bomba, stesen bas, pejabat2 kerajaan dan bangunan2 lain yang sewaktu dengannya. Tapi amat tidak sesuai bagi saya melawat tempat2 itu. Yang paling sesuai sekali adalah bermain2 dengan gembira di taman permainan yang ada replika buah-buahan yang sangat besar, ibarat nak mengumpan raksasa datang makan buah tu, tapi tertipu sebab buah tu dibuat dari simen, kemudian datang ultraman cuba membunuh raksasa tersebut. Raksasa itu pasti menyesal sebab dah lah tertipu tak dapat makan buah, lepas tu kena belasah dengan ultraman. Imaginasi tahap tinggi.

Dah penat bergembira kat taman tu, repeat pergi pasar malam Brinchang. Happening sangat lah tempat ni sampai nak kena repeat. Bukan itu macam. Ekceli semalam ushar jer. Hari ni lah ketikanya untuk menghabiskan duit yang dibawa berkoyan-koyan tu. Maka dapatlah saya beberapa pasang baju bergambarkan cameron highlands. Ek elleh... tak rock langsung. Ingatkan nak beli t-shirt yang ada gambor Iron Maiden tu. Hilang pedoman.

Lepas berjaya menghabiskan duit yang berkoyan-koyan tadi, terus balik dengan keletihan. Malam tu ada orang tengok konsert final AF7. Ayah biasalah, tak layan pun AF yang takde pekdah tu. Tekan2 channel sport nak tengok bola, tak subscribe pulak. Sukan yang begitu penting dalam kehidupan rakyat malaysia takde dalam list? Akhir kata, ayah surf internet sahaja sambil mata beliau mencuri-curi pandang ke arah AF7.

Sekiang!

Friday, May 15, 2009

CAMERON: EPISODE I

Assalamualaikum...

Untuk entry kali ni, saya nak ubah sedikit gaya penceritaan supaya kelihatan lebih santai, ceria & childish... childish??? Sudah tentu kerana saya adalah seorang teruna sunti lagi comel yang baru berusia 3 tahun.

Sebenarnya, bukan perkara mudah saya nak sampai ke cameron. Ntah hape benda ntah yang jadi susah sangat tu? Ok... first of all, nak stay kat resort kerajaan ni bukannya senang. Booking kena buat awal2 lagi, kalau tak kempunan lah sebab penuh... manjang penuh je resort gomen nie... logik gak sebab gomen punya rumah rehat kat Malaysia ni ada kat 6 tempat jer. Kakitangan kerajaan ada sejuta lebih... persaingan yang sangat tinggi... sape cepat dia dapat.

Maka on behalf of bonda, di awal febuari dulu, ayah pun booking lah nak stay kat cameron selama 3 hari 2 malam. Mula2 plan nak ambik unit apartment, tapi penuh pulak. See... bulan 2 booking untuk bulan 5 dah penuh! Ok, then ambik bilik biasa sebanyak 2 unit. Ada kosong. Bayar online guna kad kredit. Ok settle!

As the time goes by, pejam celik pejam celik sampai lah ketikanya bulan mei. Dah nak gi dah ni, tapi bila tengok keadaan bonda yang tak habis2 lagi siang malam pagi petang uwekkk, kitorang dah cuak nak proceed ke tak. Tidak seronok andainya bercuti dalam keadaan tidak sihat bukan?

Lepas consider itu ini, ayah buat decision kita pergi jugak. Rasanya bonda boleh tahan lagi kot, tapi bonda letak syarat kena lalu Simpang Pulai. Tak mboh lalu Tapah sebab jalan dia kona baring, nanti bonda terberanak dalam kereta camane? Ehh.. tak mungkin bonda terberanak sebab adik saya masih lagi seorang fetus. Belum lagi jadi manusia.

Oklah kita ikut Simpang Pulai.

Walau pun saya bangun awal, tapi ayah pulak bangun lambat. Ayah kata driver kena dapatkan tidur & rehat yang secukupnya. Barulah hensem & berstamina tinggi ketika memandu.

Sudahnya, bertolak dari Puchong lebih kurang jam 10.30 pagi.

Singgah Putra Heights kejap untuk ambik Tok Ayah & Tok Ma yang memang kami ajak dari awal lagi. Kasi chan diorang honeymoon lah pulak.

Kali ni ayah saje gatal nak lalu highway Guthrie, sebab selama ni kalau pergi utara, memang tak pernah lalu sini. Biasa ikut NKVE je sebelum keluar ke highway PLUS. Nak tengok lah highway ni best ke tak, apa yang menarik kat sini, tol dia best ke...

Ternyata highway ni memang hampeh. Takde mende yang menarik pun. Dah lah banyak tol. Jalan sikit, tol... jalan sikit, tol... tobat tak lalu dah highway ni. This is the first and last lah. I'm sorryyyy!!!

1.30 tengah hari kot, sampai R&R Tapah makan nasik dulu. Lapor beb... Oh ya! Hari ni hari jumaat, jadinya ayah telah mencatat sejarah makan nasik pada pukul 1.30 tengah hari & tidak pergi solat jumaat. Takpelah ayah... musafir kan? Tapi ramai bebenor musafir kat R&R ni. Yang menjual tu kira musafir jugak ke? Agaknya dalam seminggu berapa ramai orang kantoi solat jumaat?

Ok... sambung perjalanan sampai ke simpang pulai. Cuaca yang tadinya terik bertukar redup masa lalu kat Pos Slim (kawasan orang asli nih). Naik atas sikit terus hujan sampailah ke cameron, sampailah kitorang check-in. Sejuk dan nyaman sekali.

Mari ramai2 kita bersorak... hoorrayyyy dah sampaiiiii!!! Inilah resort gomen kitorang dari kejauhan. Bilik saya yang paling hujung sekali, belah kanan (tiada dalam gambar).

Saya akan menguji keanjalan spring dan ketahanan katil dengan membuat lompatan gaya bebas, sambil memanaskan badan dalam cuaca yang sejuk melampau.

Wah, ada free wifi! Sambil2 menunggu hujan kat luar tu berhenti, ayah pun melayari bahtera internet sambil minum kopi mai secawannnnn!

Lepas hujan berhenti, saya pun keluar bersiar-siar sambil menyedut udara yang nyaman dan segar dan bersih dan harum. Chehhh over over!
Anyway, dalam kolam kecik tu ada beberapa ekor ikan kap kot nama dia. Yang kaler putih bertompok2 oren tu orang panggil ikan kap kan? Ya betoolll!!! Dah check kat google...

Jalan2 lagi ke Pekan Brinchang. Time lengang lengang betul... kalau time banyak kereta, konfem jem lar jalan tu. Jalan yang kecik dan sempit. Tapi kalau buat besar sangat apa faedahnya. Bukannya ramai sangat orang kat Brinchang ni. Harapkan pelancong je yang suka buat jem. Bukan jem yang sapu kat roti tu, traffic jam lar...

Saya meneruskan lagi perjalanan sampai ke Kea Farm. Hari ni survey dulu, besok2 lah beli. Maklumlah, saya kan pengguna bijak.

Sampai kat Kea Farm, park aje kereta, tiba2 pandanganku terkesima, seperti tidak percaya apa yang ku lihat. Jiwaku bergelocak. Jantungku berdegup kencang. Hatiku meronta-ronta. Aku sudah tidak tahan lagi, lantas berkata:
"ayah nak jagung?"
"ok, kejap ayah gi beli" ayah saya berkata dengan tampannya.

Namanya jagung mutiara sebab dalam banyak2 butir jagung yang kuning tu, ada terselit beberapa biji kaler putih macam mutiara. Atau pun cuba bayangkan jagung albino. Lebih kurang macam tu lah rupa dia. Rasanya sedap, enak, lazat, lemak2 manis.

Strawberi yang comel... ayah, saya nak jugak!!!
"Sabarlah wahai anakku. Hari ni baru first day... kita jalan2 dulu, survey apa yang patut. Besok2 kita belilah" wah... sungguh berbudi bahasa ayah ku ini.

Aksi membelek buah dan sayuran lepas tu tanya harga. Survey dulu beb... Jangan terus beli. Harga kat sini ada beza sikit. Kena pandai pilih dan tawar-menawar. Harga boleh kurang maaa...

Sebab dah tak tahan sangat nak makan strawberi yang sangat kiut rupanya dan sangat merah kalernya, maka saya belilah sikit untuk merasa apakah kehebatan rasa strawberi ni. Tanya amoi tu nak dalam 2,3 biji jer... dia bagi 5 singgit. Saya pun gigit sikit, lepas tu jilat2 macam makan cekelat. Lepas tu bagi ayah mintak tolong dia habiskan. Ternyata tak sedap sangat kalau makan mentah macam tu.

Sessi 'food testing' diteruskan lagi ke kategori asam dan jeruk. Asam yang kaler hijau yang bulat2 tu rasa sedap sangat, dan yang itulah yang kitorang beli sampai kat bilik terus makan.

Beli asam. Harga tak ingat dah berapa. Kalau tak salah, 3 peket 10 hinggit kot.

Teh Made in Cameron. Macam2 rasa, macam2 perisa. Buat takat perisa strawberi je, perisa mangga, anggur, ceri, coklat, vanilla semua ada.... (hahahaha... tipu lah tu teh perisa coklat).

Ehhh... ulat apa ni? Macam ulat gonggok pun ada kan? Hello... ekceli ini bukan ulat ok? Ini adalah sejenis tumbuhan yang saya sendiri pun tak tahu apa nama saintifik dia. Tanya orang yang jual tu, dia kata sejenis ginseng. Macam ni ke rupa ginseng? Sangat tidak comel.

Satu perkara yang saya perasan kat Kea Farm ni (bukan kat Kea Farm jer, malah kat setiap ceruk Cameron) ada ramai foreigner. Bukan foreigner yang datang melancong tu, tapi pendatang asing yang memang keje dan duduk kat sini. Kat Kea Farm, majoriti pembantu kedai dia mesti Indon. Kalau gi kat ladang2 pulak, kalau takde bangla ke, nepal ke, myanmar ke memang tak sah. Cuma yang jenis caucasian tu je yang memang konfem pelancong. Ingatkan kat KL je ramai pendatang asing, kat Cameron pun berlambak. Ye lah, orang tempatan dah tak minat gamaknya nak jadi petani tanam sayur, strawberi, buah-buahan.

Kat belakang tu ialah Hotel Equatorial yang saya kira salah satu landmark tak rasmi kat Cameron.

Dah puas round kat Kea Farm, lepas ni nak bergerak ke Brinchang pulak ada pasar malam kat situ. Nak cari barang makan dan barang2 yang sewaktu dengannya.

Pasar malam ni hanya dibuka pada hari jumaat, sabtu dan cuti umum sahaja. Rasanya memang dia target untuk tourist kot. Ye lah, nak harapkan orang local jer, berapa orang sangatlah yang nak membeli-belah.

Brinchang 500 meter lagi? Abis tu saya kat mana sekarang ni? Bukan dekat Brinchang ke? Confusion... hehehehe!

Aksi tawar-menawar diteruskan lagi hingga ke pasar malam. Habis satu round kitorang tawaf pasar malam ni. Semua benda yang ada kat Cameron ni, ada jual kat sini. So, kepada sesiapa yang malas nak pergi ke sana sini, datang je kat pasar malam ni, beli kat sini.

Saya suka yang ini. Cactus Mickey!

Souvenir... souvenir... apa benda lagi lah bonda nak beli nih? Bonda nampak sihat dan cergas di Cameron... morning sickness mana bonda?

Ini ada satu lagi benda pelik. Buah cinta nama dia. Sangat jiwang lagi menusuk kalbu.

Strawberi berlambak-lambak. Memang tak termakan orang Cameron ni kalau takde pelancong datang.

Sekali-sekala, photographer pun nak enter frame jugak. Kenderaan kat belakang tu memang top kat Cameron. Boleh kata official vehicle of cameron. Itulah dia Land Rover Pickup. Bersepah-sepah, kat mana2 ceruk cameron mesti ada.

Nampak aje buruk, tapi gagah, kuat & bertenaga. Naik bukit, layan selekoh selamba jer. Laju pulak tu. Memang praktikal lah dengan bentuk muka bumi & kehidupan rakyat di sini. Nak angkut sayur, buah, tong gas, manusia pun boleh angkut. Memang old-skool. dah tak jual dah sekarang. So as a replacement, sekarang ni diorang terpaksa guna pick-up yang lebih moden, dan saya perasan Toyota Hilux yang menjadi pilihan majoriti kat sini. Tak tahulah berapa lama boleh bertahan. Adakah selama Land Rover ni?

Dah penat pusing2 kat bahagian souvenir, baru lah pergi kat bahagian makanan pulak. Tak banyak choice lah makanan kat sini. Yang paling common nampaknya, coklat strawberi. Strawberi yang fresh tu, di celup dalam coklat cair & dicucuk macam sate. Satu cucuk ada 3 biji strawberi. Harga dia 2 ringgit satu cucuk. Beli lah sikit sekadar nak rasa. Strawberi tu ala2 masam kan, then coklat tu pulak manis, maka rasanya jadilah masam-masam manis.

Lepas semua dah beli makanan, kitorang pun balik lah ke bilik. Malam tu, semua pakat tak mandi sebab sejuk. Tapi badan maintain wangi. Tak melekit pun, sebab tahap kelembapan udara kat sini tinggi.

Kat bilik, sambil makan, tengok tv. Siapa kata resort gomen ni koman sangat memang silap besar lah. Biliknya besar, luas, selesa, tv pulak ada full channel astro (hotel biasa pun takde tau), ada free wifi. Memang ok sangat lah dengan bayaran rm25 sahaja untuk satu bilik, satu malam. Kitorang ambik 2 bilik, 2 malam, jadi total RM100 sahaja.

Lepas makan, saya rasa macam best sangat. Semua orang macam nak layan saya main, sambil makan jagung. Lompat2 atas katil, lompat dan lompat lagi. Ayah dan bonda dah banyak kali larang, be careful irfan, watch your step irfan, jangan lompat atas katil irfan... argghhh saya tak peduli. Sukanya... sukanya lompat atas katil.

Tapi betullah orang kata, suka2 akibatnya duka... sekali saya tersalah langkah, maka buruk lah padahnya. Tergelincir sikit aje dari birai katil tu, muka ku terus mencium lantai (nasib baik jugak lah lantai tu bercarpet, kalau simen lagi parah... eh tak logiklah kalau lantai hotel kat cameron takde carpet... sejuk lah nak pijak).

Apalagi, habis terkopek, pecah berdarah bibirku yang kiut ini. Saya pun menangis sepuas hati. Ayah, bonda & semua yang ada nampak cemas, tapi belum mencapai tahap panik lagi. Lap dengan tisu darah tak mau berhenti. Nak pergi klinik, kat mana pulak klinik terdekat kat cameron ni? Nak pusing cari klinik satu hal, then kalau jumpa pun, bukak lagi ke dah pukul 10 lebih ni.

Last2 ayah teringat ada sebuah hospital dekat tanah rata. Kalau hospital, mesti ada wad kecemasan kan? So dengan pantas saya dibawa ke hospital, meredah kesejukan malam.

Sampai kat hospital, bonda bawak saya masuk ke dalam wad kecemasan. Ayah kat luar buat registration. Lepas tu, brader kat kaunter registration tu mintak singgit sebagai bayaran. Ayah bukak wallet, alamak takde singgit lah bro. Semua duit besar ni, boleh ke? Takpelah bang, tak payah lah, kata brader tu sambil tersenyum. Lepas mengucapkan terima kasih ayah pun ikut masuk dalam wad kecemasan.

Tengok2 saya dah tak menangis & darah pun dah tak berapa nak keluar lagi dah. Tak pecah pun bibir ni, cuba kulit dia je tersiat sikit. So, pembantu perubatan tu tak buat apa pun, dia kata nanti akan baik sendiri. Fuhhh legaaa... ingatkan kena jahit ke hape. Then dia bagi paracetamol untuk kanak-kanak sebagai penahan sakit.

Mangsa kemalangan jatuh katil. Sedih je... dalam mulut pun ada lagi sisa2 jagung yang tak sempat ditelan. Nak minum susu pun tak boleh dah ni. Pedih... ayah & bonda cuba bagi paracetamol, tapi sorry lah my parents, I don't like it. Puas diorang paksa saya makan ubat, tapi saya tak nak, tak nak dan tak nak. Bukan kah saya ni terkenal dengan kepayahan untuk makan ubat?

Akhirnya saya tertidur (dalam kesakitan). Susu yang sudah dibancuh pun tak minum. Pegang jer... Huhuhuhu... habis dah hari pertama.

Sekiang.